Bismillah.
Assalamualaikum.
Rasanya isu ni dah ramai yang buat dan dah lapuk pon. Tapi kalau tgk popularity kat google ramai lagi yang sibuk bertanya kat pakcik google kesahihan 3dots pada sesetengah item yang dijual.
Asal beli barang yang ada 3 dot tu je ramai yang tafsir itu kulit babi. Sebenar TIDAK semestinya. Di laman web jakim sendiri ada tertulis begini:
“Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan”ada jugak yang cakap kalau kasut mahal-mahal atau beg mahal-mahal je yang guna pig skin lining ni. ye ke? maybe btol jugak sebab saya sendiri pernah tengok barisan kasut berjenama yang menggunakan kulit binatang haram ini.
tapi kalau ikutkan en fadel saya , dia cakap barang murah la letak kulit binatang ini sebab binatang ini mudah dicari dan bersepah di sekitar China. Memandangkan kebanyakan pengeluar kasut mahupun beg seluruh dunia memilih China sebagai tempat mengeluarkan kasut mereka maka tidak mustahil mereka mudah untuk memperolehi material ini.
kalau yang rajin meng'google' tu mesti dapat tau macam mana kulit binatang haram ni. tak tergamak saya nak tempek di sini.
oklah. nak dijadikan cerita. saya juga TELAH membeli sepasang kasut dari sebuah laman web yang terkenal. www.mysale.com. saya beli kasut tu murah sangat. RM39 sahaja. tiada catatan tentang kasut ini diperbuat dari pigskin.
3.9.2012 sampai je ke tangan saya en fadel mula musykil.
"kenapa murah ni?"
"entah." jawapan malas nak layan puan isteri.
"kulit babi kot?"
"entah." sekali lagi malas nak layan.
(*en suami ni memang dah naek bengang dgn puan isteri yang suke sopping online ni. untuk elakkan soklan bertubi2 saya jawab entah sahaja. ekekeke. sila jangan contohi.)
malam tu memang tidur tak lena la asek terfikir material kasut itu.
esoknya 4.9.2012 saya terus menghubungi laman web mysale.com itu untuk kepastian.
setelah soalan demi soalan ditanya akhirnya 18.9.2012 pihak penjual (mysale.com) mengesahkan bahawa kasut saya itu MEMANG diperbuat dari kulit babi! oowh kecewa!!! (saya dah try banyak kali okey!!)
saya memang sedih sbb bagi saya kasut saya itu cantik! hahaha. pihak mysale.com sudi untuk me'refund' kembali duit saya. saya pon bersetuju. tetapi saya dijarum oleh en fadel untuk meminta ganti rugi tauladan. en fadel menjarum saya supaya mysale.com membayar lebih kepada saya memandangkan saya terpaksa tanggung kos interest kredit kad saya. selain itu en fadel juga menjarum saya supaya mysale.com itu diajar supaya lebih sensetif hal-hal yang menyentuh isu agama ini.
btol! kenapa saya admit sahaja kesalahan mereka. sedangkan mereka tidak transparent dari awal. kan?
Saya hargai kerjasama mysale.com yang memang saya akui membantu saya dalam menyelesaikan misteri kasut saya ini. tetapi sebagai pengajaran kepada pihak lain saya perlu membuat aduan.
so saya telah selesai membuat aduan di http://www.nccc.org.my/v2/ dan juga membuat aduan di tribunal pengguna. di tribunal pengguna tu saya dah claim RM200. hahah. maaf la. saya tak tau nak isi apa di ruangan tersebut. saya tidak mengharapakan balasan duit tetapi saya mengharapkan kepada para penjual di luar sana supaya lebih berhati-hati dan lebih sensesif dengan isu sebegini.
nak tengok kasut saya itu??
jenama dari australia |
tangan yang memegang itu perlu samak ye! |
style kan? |
notakakiku: samak samak samak samak samak samak samak. (oh bukan begini cara samak 7 kali!)
4 comments:
denbwah bahaya gile cenggini. patut tulis le siap2 pig skin lining.
tangan kalau tak dalam keadaan basah / lembap tak perlu disamak... sekiranya yakin keadaannya adalah kering...
tangan / kulit itu kalau tak dalam keadaan basah tak perlu disamak... jika diyakini ianya kering
tangan / kulit itu kalau kering dan tidak dalam keadaan basah / lembap tidak perlu disamak :)
Post a Comment