Showing posts with label en fadel. Show all posts
Showing posts with label en fadel. Show all posts

2014: Maisarah and Iyas is going to school!!

Sunday, January 5, 2014

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Kids are now growing wisely.
Mama dan ayah decide hantar Maisarah dan Iyas pegi school yang sama.
Keputusan untuk menghantar mereka ke sekolah mana memang agakmencabar.
Lebih2 lagi mama dan ayah is not familiar with new place. (Hahaha...perasan orang KAY EL la plak mama  ni)

Mana satu school bagus. Mana satu school ok. Memang agak mencabar. Tanya kawan2 kat opis.
Tanya jiran tetangga. Tanya sahabat tru facebook.
Alhamdulillah...luckily i got my old time friend..Daing who did introduce me to this new school.




Well..sebenar school ni bukan lah school baru.
sebelum ni pon dah wujud cuma belum dibuat secara besar-besaran.
School which is created by a homeschoolers parents.
Menarik.
Bukan sebab sekolah ni nampak kelas or nmpk mahal.
Tapi biah solehah yg ada kat sekolah ni buat mama dan ayah tertarik!

Thanks alot Daing.
Daing is also one of the teacher at this school.
Part time teacher. Kan daing?
Daing ada 2 anak yg juga bersekolah di tempat sama.

Apa misi mama hantar anak mama ke sekolah di usia awal.
Bukan nak lepaskan tanggungjawab seorang ibu dan ayah tapi untuk memperkenalkan dunia luar kepada anak2.
Mama minta maaf sebab kurang spend masa which is anak2 mama pon tahu masa mama banyak dihabiskan pada kerja. Kerja kat opis. Kerja rumah. Kerja untuk online business. Banyak betul kerja mama kan?

I will try my est to spend most of free time mama dengan anak2 mama.
Lepas ni kita buat craf sama2. Main sama2. Belajar sama2. Ngaji sama2. Solat sama2.

To Maisarah dan Iyas,
Membesarlah sebagai anak yang soleh. Biar tidak hebat di mata orang asalakan hebat di sisi Allah.
Doa mama sentiasa akan mengiringi hidup kalian.
InsyaAllah.


2014: Cabaran 1: 52 week money challenge

Saturday, January 4, 2014

Assalamualaikum,

2014. Tahun yang bakal mencabar kemahiran kita menguruskan wang!
Oh my.
Dengan segala kenaikan harga, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu.

Perasan tak perempuan ni kedekut?
Aku tatau la kalau orang lain. Tapi bagi aku, aku admit perempuan kedekut.
Bukan apa...perempuan kedekut sebab perempuan punya akal yang panjang. (heheh..lelaki sila muntah)
Kita suka saving demi masa depan keluarga. Anak2 terutamanya.
Kalau rasa benda tu perlu kita beli. Kalau tak. Sila abaikan!
(eh..en fadel mesti buat muka kalau baca ni!)

So aku dengan senang hatinya mencabar diri utk acara tahun 2014 iaitu:
52 week Money Challenge.

Misi: Memasukkan sejumlah duit yang telah ditetapkan pada setiap minggu dalam 'Money Jar'

Target: Akan mempunyai RM1,378 pada hujung tahun 2014.


inilah dia jadual yang perlu saya patuhi secara disiplin.

saya perlu cari money jar yang cantik utk menaikkan semangat saya

Oh saya perlukan dua money jar utk menjadikan cabaran ini lebih menarik.
1 utk en Fadel. 1 untuk saya.
Siapa yang lebih disiplin.
;)

Tolong doakan cabaran ini berjaya.

Walaupun mungkin nampak mudah tapi tanpa disiplin yang kuat aku tak yakin akan berjaya. So aku harap semoga aku lebih disiplin. Tawakkaltu 'Allah.

InsyaAllah.

Minggu pertama sampai ke sepuluh aku tak rasa susah.
kita tunggu!

notakakiku: misi mencari money jar yang cantik petang ni! :)




Penjunjung nama AYAH

Monday, June 17, 2013

nurulhuda NOOR AFFENDI

sampai bila2 saya tetap menjunjung nama ayah saya.
saya bangga punya ayah seperti ayah saya.
ayah saya sangat hebat.
TQ Allah kerana menghadiahkan ayah sehebat dia.

ayah saya sangat baik.
baik dengan semua.
tak kira siapa, umur atau pangkat.
semoga pengakhiran ayah saya juga sangat baik.

Allah sayangkan ayah saya lebih dari saya dan yang lain sayangkan dia.
tahun kedua tanpa ayah kami masih gagah.
gagah demi mak.
hanya rindu yang sangat menebal.
kadang-kadang kami jatuh dek kerana rindu yg tebal.
tapi kami bangkit demi mak dan lain.

saya tiada ayah lain di dunia ini.
saya harap saya dapat jumpa ayah saya kelak.
bukan di dunia tapi di syurga nanti.
amin. bersama mak dan lain2.

anak2 saya juga punya seorang ayah.
ayah anak2 saya juga hebat.
mampu menguruskan anak2 saat saya sibuk dengan urusan kerja.
ayah anak2 saya kekadang kuat melenting.
tapi semua demi kebaikan anak2 saya.
anak2 saya beruntung punya ayah seperti dia.
ayah anak2 saya juga baik.
saya juga berdoa semoga segala yang baik juga Allah kurniakan pada dia.
ayah anak2 saya tak pernah lokek.
kalau ada rezeki lebih, memang dia tak pernah lupa anak2 dia.
maisarah kalau dengan ayah sangat manja.
pantang merengek tgh malam pasti ayah yg bangun dulu tepuk dan gosokkan badan maisarah.
iyas juga manja dengan ayah.
pantang tgk ayah pegang kunci kereta mesti nak ikut.
semoga ayah anak2 saya terus hebat di mata mereka.
semoga terus menjadi yang terbaik dalam diri mereka.
saya pasti anak2 saya sayang sangat ayah mereka.

HAPPY FATHER's DAY buat ayah saya dan ayah anak2 saya.

Saya sayangkan kalian dunia dan akhirat.

Man that i truly love

Thursday, December 27, 2012


After ayah.The man that i love most.
Now he is the one and only man that stay in my heart.
InsyaAllah until Jannah.

The man that i truly love.
I really adore.
And the one who always be with me no matter what.
InsyaAllah.

Alhamdulillahi rabbil alamin.

Tq Allah for your gift.
Please ya Allah...please let us be husband and wife forever even in Jannah.
Please let us be the parents to our beautiful kids.

Oh Allah...please strengthen his iman and islam.
So that he could lead me and kids to Your Jannah.
Amin ya Allah.

Notakakiku: en fadel x berapa sihat. But still hes willing to accompany me. Semoga cepat sihat sygku. Semoga tiada lagi gundah di hatimu. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Menutup aurat untuk semua!

Wednesday, November 7, 2012


Bismillah.

Kalau ada sesiapa yang perasan atau pun tidak, sebenarnya saya sedang berjuang untuk menjadi muslim yang ohsem!
Saya mahu kelihatan cantik di pandangan Allah.
Berjuang menutup aurat dengan sempurna.

Terus terang masih banyak kekurangan.
Masih banyak yang perlu dipertingkatkan.
Masih banyak yang perlu saya ubah.

Di zaman yang serba moden ni untuk menjadi muslimah ohsem memang cabaran yang sukar.
Merenung semua pakaian lama dalam wardrobe rasanya seperti mahu mengalah.
Jeans, tshirts, blouse, kemeja...semua tersusun rapi dan masih baru2.
Tapi bila teringatkan keindahan di akhirat kelak...saya tekad!
Sekarang sedang cuba mengumpul beberapa jubah yang gojes dan stokin yang kalerful sebagai koleksi terbaru.
Tak mampu la nak memenuhkan ruangan wardrobe saya dengan pakaian baru hanya dalam tempoh sebulan dua! Setakat yang mampu.


Tudung saya masih blum capai kpi yang sebetulnya.
Begitu juga dengan lengan baju saya yang kekadang terselak menampakkan maruah saya!
Malu!
Misi sekarang adalah untuk mencari stongan yang cantik!
Ya Allah tetapkan hatiku yang sentiasa berdolak dalik ni! Amin.
Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Bantu aku ya Allah.

Lega sebab en fadel sentiasa memberi sokongan.

Pernah saya tanyakan..
"abg ok ke kalau ayg dress macam ni?"
"Tak up to date macam kawan2 abg? Diorang sume vouge!"
Jawapan mudah lagi ohsem!
"Laki diorang dapat dosa free!"
Oh en fadelku yang macho!
Terima kasih kerana memberi sokongan!


Btol! Saya tanak bagi saham neraka untuk suami saya!
Abg..kita masuk syurga sama2 ye..abg pimpin tangan ayg dan anak2! Amin.

Sebenarnya saya tidak layak dipanggil ustazah.
Tidak sama sekali.
Menutup aurat adalah tanggungjawab semua!
Bukan ustazah semata!
Kepada kawan2 yang sudi membimbing dan memberi dorongan...sokonglah saya!
Bantu saya dan pimpin saya untuk mendapat keredhaan dan cinta Allah.
Bantu saya untuk menjadi mama muslimah yang gojes lagi ohsem!

yeay!

notakakiku: sape tau mane nak dapat jubah murah sila roger ye! :)



Setahun berlalu..

Thursday, October 18, 2012

Bismillah.

Setahun. Kejap je rasenye.
Pejam celik Iyas dah mula nak belajar berjalan.
Dari 3.7kg sekarang dah 8.25kg.
Alhamdulillah.


Setahun jugak kami semua kehilangan ayahanda tercinta.
Noor Affendi.
Nama yang saya akan junjung sampai mati.
Semoga kita bertemu lagi di syurga ye ayah.
Kite semua akan bersatu di sana kelak.
Nanti kaklang kenalkan Iyas pada ayah.
Cucu lelaki yang ayah nantikan.
Muhammad Iyas Affendi.
Semoga iyas punya jiwa dan semangat seperti ayah.

Saya yakin masing-masing punya kenangan yang indah bersama ayah.
Saya cuba elak untuk mengingati setiap kenangan.
Bukan apa.
Saya tidak mahu lagi menangis.
Meratapi pemergian ayah.
Saya perlu redha dan yakin dengan janji Allah.
Mati itu pasti.
Semoga kita bertemu lagi ayah.

Apakan daya saya manusia biasa.
Kenangan itu datang sendiri tanpa diminta.
Air mata pasti mengalir jua.
Mujur ada suami dan anak2 penguat hati yang hiba.

Sedih mengenangkan bonda.
Kalau saya menangis sebaldi air mata boleh dapat apatah lagi bonda.
Lebih 30 tahun hidup bersama.
Bonda juga orang yang menyaksikan pemergian ayahanda.
Bayangkan situasi bonda ketika ini?

Ya Allah kurniakan kami semua hati yang kuat.
Iman yang tebal. Jiwa yang kental.
untuk hadapi dugaanMu.
Kau tempatkan ayahandaku di kalangan mereka yang Kau kasihi.
Berikan  ganjaran yang terbaik untuknya ya Allah.
amin.

Playroom untuk anak2. Perlu atau Tidak??

Tuesday, October 2, 2012

Kalau tanya aku sah2 la jawapannya PERLU kan?!

Walaupun aku masa kecik dulu tadek pon playroom yang mak ayah aku sediakan tapi aku rasa macam kiut je kalau anak2 main dalam playroom tu.
Main la sangat kan?
Alih2 dok hangkut semua mainan kat ruang tamu macam maisarah dan iyas buat sekarang ni.

Kat rumah sekarang ni aku ada la buatkan ruang 'playroom' la kononnya. tapi rumah kecik kan...so ruang playroom tu tak la nmpk 'playroom'nya.

Actually kalau ikutkan aku, aku lebih suka panggil creativity room. Kat situ la tempat anak2 kembangkan creativity diorang. Macam lagi sesuaikan dari kita panggil playroom.Nanti sampai ke tua la diorang asyik nak main jek.

Kalau ada rezki aku nak sangat buat creativity room ni untuk anak2 aku yang tercinta.

Kat situ la nanti diorang main. Diorang belajar. Bergurau senda. Best kan?

Meh ushar sket bilik mana yang cantik!

merah dan hijau. nice kan?? rak tu nak kena custom made tu.

biru dan hijau. meja tu kat ikea ada. memang cantik la. sesuai tak kira lelaki atau perempuan.

Ni untuk anak perempuan la kot kan? Tapi sangat cantik warnanya. soft sangat!

Ini pon cantik. Still ada konsep hijau.

Menarik jugak kan letak cermin. Kalau maisarah ni nmpk je cermin dia suka la buat ekspresi muka yang macam2. Kelakar je!

Ini rasanya playroom yang belum siap deco. huhu~. Tapi still mengenakan konsep hijau dan biru. Lembut sangat warnanya.

Ni dah merangkap bilik tido dah ni. Tapi kalau camni memang kena tunggu maisarah dan iyas dah besar la. Tak harap la mama kat kamu berdua kalau katil siap ada wall climbing camtu!

So agak2 yang mana mampu dimiliki? Ekekeke. Kena menabung mulai sekarang ni. So kepada kawan2 sekalian yang sudi baca blog ni, sudi2kanlah klik iklan yang ada di sini. Nak mulakan tabungan creativity room utk anak2ku!! yeay!!

notakakiku: nanti kita pujuk ayah pulak.

ini harta saya

Tuesday, September 11, 2012


Bismillah.
Alhamdulillah dikurniakan seorang ayah dan ibu yang bagi saya cukup sempurna.
Kami tak kaya harta.
Mak selalu pesan biar miskin asal kaya ilmu.
Ayah juga selalu ingatkan kami supaya penuhkan dada dengan ilmu bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu akhirat juga.
Inilah harta saya.
Satu2nya anugerah terindah yang Allah bagi pinjam.
Allah dah ambil ayah.
Entah esok lusa giliran siapa.
Mungkin saya dahulu?
Wallahua'lam.
Setiap kali bertemu org ramai mak pasti sebut, inilah harta yang arwah tinggalkan utk saya.
Betapa dia menganggap kami harta dunia akhiratnya.
Bukan rumah utk berteduh.
Bukan duit pencen utk belnja harian.
Inilah dia harta bonda...kami adik beradik.
InsyaAllah selagi harta ini masih bernyawa, takkan kami sia2kan harapan ayah bonda.
Semoga kami layak digelar anak soleh.
Semoga doa kami terus sampai buat ayahanda.
Semoga bonda bahagia dengan adanya kami.
Semoga hati kami terus bersatu menuju jalan Allah.
Amin.
Notakakiku: Untung kami punya ayah seperti dia. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kami berempat


Bismillah.
Assalamualaikum.
Ya Allah.
Kau limpahkanlah keberkatan ke atas keluarga ini.
Kurniakan hidayah seperti mana Kau berikan kepada mereka yang Kau kasihi.
Berikan rezeki yang berkat lagi halal kepada keluarga ini.
Kurniakan mereka iman dan islam yang kuat seperti para solihin.
Ya Allah.
Satukan hati mereka berempat.
Kekalkan mereka di dunia dan juga di syurgaMu ya Allah.
Jadikan mereka golongan yang sentiasa mendirikan solat.
Golongan yang Kau kasihi ya Allah.
Ya Allah.
Sesungguhnya mereka adalah manusia yang sentisa lupa dan alpa.
Berikan mereka hidayah ya Allah.
Berikan mereka hidayah Ya Rahman.
Berikan mereka hidayah Ya Rahim.
Amin. Amin. Amin.
Notakakiku: rasanya gambar petama kami berempat.
Published with Blogger-droid v2.0.6

entry special edition

Tuesday, September 4, 2012

pagi tadi dgr lawak hot fm pon tak bleh nk gelak.
senyum je.
tu pon kelat.
dengar panggilan hangit rasa hambar je.
hujung mulut je aku menyengih.

boring sungguh dalam kereta pagi tadi.
nak tengok kiri kanan tak boleh.
nak tido lagi la tak dpt.
rasa cam sunyi sangat!

hadap la jem sorang2!
tak best langsung!

en fadel tak sihat harini.
die cuti.
ade kat rumah.
so terpaksa la sang isteri pandu sendiri!

dah lama lak rasanya tak drive kereta.
sengal rasa badan!
hahah. itu gedix!

cepat sembuh ye en fadel. tak best la pegi keje sorang2.
takde yang nak cuit-cuitan!
tadek suara garau gelakkan lawak hot fm.
boring!

notakakiku: en fadel sakit. die jarang sakit. bila sakit die sangat manja dan menggedix. tapi saya suka! huhuhu~

Salam Ramadhan!

Friday, July 20, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum pada semua.

Di kesempatan yang indah ini, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang baca blog aku ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sudah. Bersama kita sambut sebulan bulan pesta ibadah ini dengan penuh kekusyukkan. Jangan la kita terlalu ghairah dalam menikmati makanan yang pastinya melimpah ruah. Jangan membazir! Ingat saudara kita yang serba kekurangan di serata dunia! Entah macam mana bulan puasa mereka? Sama2 lah kita renungkan!

Jom kita bersama mengimarahkan masjid dengan solat terawih! Jom kita hidupkan bulan Ramadhan dengan ayat suci Al-Quran! Jom banyakkan sedekah dan banyakkan membuat amal ibadat. Bersama kita berlumba kejar keredhaan Allah.

Sekali lagi aku dan keluarga...En Fadel. Nur Maisarah dan Muhammad Iyas Affendi mengucapkan...

RAMADHAN KAREEM!!


notakakiku: Ingat! Hadis tentang fadilat terawih mengikut hari tu adalah hadil palsu! Jangan dok copy paste je!!! boleh rujuk kat sini!

Anak mama, Anak ayah

Monday, June 11, 2012





Maisarah kalau dia terjaga dari tido tgk ayah dia takde memang confirm la menangis.
Terus bangun cari ayah.
Even mama ade kat sebelah.
Iyas pulak kalau dia terjaga tengok mama takde konfem la terus mengesot mencari mama even ayah ada kat sebelah.

Macam2 kan perangai anak2 ni.

But they are so cute!
Maisarah kalau jatuh sikit bukan berlari dapatkan mama dia.
Mesti cari ayah dia dulu.
Kecuali kalau dia tahu ayah dia takde.

Iyas pulak.
Pantang tengok mama ada kat rumah.
Mesti nak mama melekat sebelah dia.
Selagi mama tak angkat abis jari kaki mama dia hisap!
Memang taat sungguh anakanda mama ni.
Almaklumlah syurga di tapak kakai ibu!
Tapi tak perlu kot sampai nk hisap semua jari kaki kan iyas?!
Huhuhu

Mama dan ayah masih mencari ilmu untuk menjadi ibubapa yang cemerlang.
Mama yakin anak2 mama semua ahli syurga.
InsyaAllah. Bantu aku ya Allah untuk menjalankan tanggungjawabku dengan sempurna.
Sungguh berat amanah yang dipikul tapi itulah tanggungjawabku dan suamiku.
Sesungguhnya ya Allah kami hambaMu yang lemah.
Kami sentiasa memohon bantuan dan merayu kekuatan darMu.
Dengar kami ya Allah.
Bantu kami ya Allah.

Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Baru dua...kalau setengah dozen camno?

Sunday, June 10, 2012


Memang rasa macam nak pengsan kalau bawak anak2 ni jalan2. Kalau tak bawak karang kesian lak asyik terperap kat rumah.

Bawak jalan nak bg tengok dunia dan dapatkan ilmu.

Last2 sorang kiri sorang kanan. Stroller buat perhiasan...

Pengsan!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Happy Birthday to Me - 2.4.12

Thursday, April 5, 2012

Las monday was my birthday! my 29th birthday! my first ever birthday yang ayah takde sama. ok2. dah tanak emo2. aku dah asek nangis since las monday rindukan ayah. ayah...forgive me..bukan niat meratapi but i do miss you badly! it is hurt if i kept the tears inside! alfatihah untuk ayah tersayang.

My birthday besa2 je. but surprisingly kawan-kawan kat ofis bought me a cake!terharu!! sangat!! frankly speaking tak terpikir pon diorang nak  buat camtu! to all my friends...thank you so much! i love you all! especially to dear kak fad! yang sanggup redah beli kek tanpa bawak wallet!! i am highly appreciated that!!!  Tetibe aku terasa cam korang buat farewell party untuk aku!

Kawan2 yg wish kat hp pon tq! Yg kat fb pon tq!! Tq sbb ingat birthday aku! Padahal korang dapat notification kat ujung kiri fb! klu tak harammm....!!hahahaha~ takpe..asalakan korang sudi wish pon dah kira kegembiraan aku!!

and also to my husband who was the first person wish me HB! thanzxs darling! thank you sebab teman layan movie petang tu!! best! dah lame tak feeling jiwa2 ngan abang kan??!! huhu~ and thank you for the cake!! i got TWO cakes on my 29th birthday!!! best giler!!! mmg surprise la! thanzxs sbb sudi layan kerenah ayg sampai malam! hahaha~ bile lagi?!


Simple but Sweet!

Tinggal Maisarah je..Iyas dah tido.
and this is my besday speech...

i am so grateful! Thank you Allah for giving me chance to be a wife to loving husband! Be a mother of two adorable and wonderful kids! Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kerana Kau ambil ayahku dengan cara yang indah dan baik! Syukur ya Allah. Aku redha dan pasrah dengan segala ketetapanMu ya Allah.

To my husband...en fadel.
Thank you for always be there for me! Walaupun kekadang ada masa kita tak sehaluan tapi abg tetap tabahkan hati! wakakaka. Thank you for being such a good father! Ayg tau maisarah and Iyas sayang sangat abg!

To my kids..maisarah and iyas,
Maisarah now dah jadi kakak. So you have to behave like kakak! Jangan selalu pukul2 iyas ye. Sharing is fun sayang! Jangan kedekut dengan iyas ye! Kesian Iyas kan..?? Maen sama2 kan seronok! Mama sayang maisarah sangat! Even Maisarah dah kena share mama and ayah tapi kasih sayang kami tetap sama malah makin bertambah sejak Iyas datang dalam hidup Maisarah kan?
Iyas pulak jangan la selalu usik kakak. Mama tengok Iyas pon bleh tahan suka mengusik! Iyas suka bergurau kan??? Takpe2...Tapi tanak gaduh2 ek! Mama sayang iyas sangat2!!

notakakiku: I am not older. I am matured!

r.i.n.d.u

Wednesday, October 12, 2011

saya dan maisarah rindukan en fadel.
dah 2 ari en fadel tinggalkan kami berdua untuk siapkan keje kat kl sana.
rindunye kami...

cepatlah keje die setel supaya die dapt bersama2 kami di sini.
abg..i need u more than anything in this world!

luv u so much!

notakakiku: sunyi 2 mlm! huk huk huk~

movie we watched together~

Tuesday, July 26, 2011

after almost 2 years tak g ngedate tgk wayang sesame akhirnye tercapai gak impian en fadel layan movie kat wayang!
smlm beh kuang jam 800mlm. lepas sopping barang2 maisarah kat jusco kepong kitorang pon decide nak blek. tetibe en fadel bagi idea.
"jom tgk wayang!"
"maisarah?"
"bawak je la"
aku ingat memaen. rupenye bbtol!
"nk tgk cite ape?"
"pape je la yg ade. kite tgk dulu"
punye la nk lepas gian tgk wayang. tak kesah pon cite pe yg ade. hahaha~

so kitorang pon standby la barang2 maisarah.
susu! check!
cd! check!
kaen lampin! check!

dah ready sume barang kitorang pon naek la tingakt 4 sane tu nak layan wayang.
cite pon tak bnyk. tapi seb baek ade lagi transformers!
ok2...mmg kitorang outdated! hahaha~
kalau ikutkan maybe lagi 2 bulan baru tgk kot cite tu. tunggu dvd pirate clear! hahaha.

memule kitorang masuk maisarah macam takot2.
gelap agaknye. die peluk en fadel kan maen erat.
aku tanak la anak aku ni jenis yg takot cam hantu ke ape ke.
aku cakap la..
"ni la die panggung wayang maisarah. tmpt orng tgk movie. tadek pape nak takot pon"
bile start je cite...
mak ai! die yg beria. mulut dok muncung2 layan cite.

tapi kejap je. 40 minit pas tu die tetido. senangnye la anak aku ni.
bayangkan la. dalam keadaan bising, transformers asek dok transform je bleh die tetido!
haish!
kesian punye pasal aku tutup dua2 tlinge die. takot nnt terjage lak.

bile movie dah nak abes bleh plak die terjage. sambung balek eksaited die. hahaha~
beh kuang kol 1130 kitorang sampai umah.
maisarah sambung tido sampai pagi!
best la maisarah ni. nex time bleh layan lagi! yeah!!

notakakiku: tak bleh amek gmbar dalam wayang takot orrg kate aku ni jakun lak!

mish them sho deep!

Wednesday, July 6, 2011

lasnite disebabkan batuk aku yang tak bleh kontrol maka aku telah memengsankan diri dari jam 630 sampai la kol 4 pagi tadi!
gilak la!
maisarah nak maen pon aku marah2 sbb kaco aku tido.
las2 cam besa mula la rase nyesal sbb marah die tak tentu pasal!
so pagi tadi die merengek bangun awal aku layan je.
rase cam sonot lak die nk manja taim2 pagi.
tinggal beh kuang 3bulan lebih je maisarah nak aku manja lebih2.
pasni die dah kene kongsi mama ngan ayah.
sedeh lak aku rase!

tapi tu la die adat berkeluarga kan?

eh..en fadel pon kesian sbb kene jage maisarah sorang2 smalam. die pon saya rindu...ekekeke

notakakiku: nak geget geget ayah maisarah ni! geram!

Tazkirah Jumaat: Wanita kaum teramai di neraka!

Friday, June 24, 2011

.: Rasulullah saw bersabda,"Wahai kaum wanita,brsedekahlah kalian & prbykkan istighfar.Kerana aku melihat kalian lbh byk menjadi penghuni neraka."Seorang wanita yg cerdik diantara mereka bertanya,"Wahai Rasulullah,kenapa kaum wanita lbh byk menjadi penghuni neraka?"Rasulullah saw menjawab."Kalian banyak mengutuk & mengingkari kebaikan suami." 

~ HR Muslim :

aku petik dari satu blog yang aku follow sejak owner blog ni ditimpa tradegi sedih. tujuan aku follow blog dia bukan skadar untuk suka-suka tetapi untuk sama kongsi kesedihan dan sama merasa insaf dengan kenikmatan dunia yang hanyalah tumpangan kita sementara ni.

sedeh aku bile bace luahan hati die.

so kepada yang masih mempunyai suami...especially utk diri sendiri..hargai suami kita! sentiasa ucapkan sayang dan sentiasa jaga hati dia. semoga Allah kekalkan en fadel sebagai suamiku di dunia dan akhirat. amin~

notakakiku: kalau zaman bercinta dulu rasenye setiap sms ade perkataan 'ailebiu'!

mama yang selfish~

Friday, May 20, 2011

aku hengat demam maisarah makin ok. alih2 balek umah smlm aku rase badan die sangat panas. dengan termometer yg ade aku sukat suhu maisarah. humang aih..39.5'c! oh Tuhan! sangat panas!

tak pikir ape dah aku ngn en fadel trus bawak die g klinik. sebabkan demam yg panas sangat, doktor masukkan ubat bontot! sian maisarah!

so mlm tadi kitorang tak dpat tido lena sbb bergilir basahkan badan maisarah dengan towel. towel yang dibungkus ngn ais tu pon trase bahang panas badan maisarah. susu pon dah tanak minum.

so pagi tadi cam besa aku bangun kol 5. bersiap iron baju bagai. tetibe en fadel bersuara..

"nak g keje gak ke?"
"ayg ade meeting. pastu ayg ade bende nak setel kat opis tu. dah lma sangat kes tu pending"
"maisarah?"
"dah kurangkan demam die?"
"nak letak umah mak ke?"
"hmmm...tak bleh ek?"
"die demam ni...panas ni badan die"
"tgk bape suhu die?
"39.3'c!"
"alamak...tinggi lagi ke? so camne? ayg ade keje."
"el la...sian maisarah"
"cuti dah tinggal sket"
"el je la. tgk maisarah. abg nak kene pegi kat farid arini. klu tadek hal penting mmg abg dok umah jaga die"
"ok la."

tgk tu...sket punye selfish mama ni. maisarah panas menggelegak pon mama nk pegi keje lagi. truk btol la mama ni maisarah. sowi ek. bile mama pegi baring sebelah maisarah mama pon trase bahang panas maisarah. mula la rase bersalah. sowi sayang! mama sayang sangat anak mama ni!

mama tak sengaja. mmg keje mama banyak tapi mama lupe maisarah nyawa mama. arini mama masakkan maisarah bubur ye. bubur sedap! ekekeke. kite dok umah sampai maisarah baek!

buat kengkawan. mmg aku niat nak blanje korang makan best arini. aku plan before ciknoor cuti tapi nmpknye tak kesampaian jugak! sowi geng!

notakakiku: tringat entry shaida smlm. insaf.

maisarah berpiknik!

Wednesday, May 18, 2011

memula aku was-was jugak nak bawak maisarah pegi mandi waterfall. ye la lately ni kan banyak sangat brite pasal mati lemas. seram jugak! tapi sebabkan aku tringin nak terjun dalam sungai kenalkan maisarah ngan nature ni. so aku ngn en fadel tawakkal sahaja la. insyaAllah tadek pape.

so pagi semalam..aku beria la bangun awal. siapkan bekalan utk berpiknik. masak nasik goreng je pon. kitorang plan nak bakar ayam buat bbq kat sane. lupe plak...sah2 la kalau nak berhibur cenggini aku ajak babad aka suzie dan family!

kitorang sampai sane dah lewat dah pon. beh kuang kol 12. punye la ramai manusia! rase nyesal lak sampai lewat! nak cari parking kete pon susah! ade la dalam stgh jam dok sesah cari parking! dah dapat parking..sesah cari port lak! aduyai! hampir sume ceruk dah ade orang bentang tikar!

las2 kitorang panjat bukit! mak aih! sesak nafas den! dengan barang2 yang banyak. dengan dukung maisarah lagi. dengan carry baby dalam perut lagi. semput jugak la aku ngn babad ni! en fadel ngan en hakam (laki babad) dah gerak dulu nak g cari port baek! las2.. alhamdulillah dapat gak port baek!

memule maisarah cam takot giler nak jejak kaki dalam air. korang bayangkan la kalau mandi ari2 pon kene mandi air suam..ni nak pekena air sejuk tahap gigil! aku pon cam tak konfiden ngn maisarah.
hadif (anak babad) dah besa dah mandi sungai. punye la tak sabar nak terjun! maisarah gak terkial2.

tapi las2..korang tgk la pic yang tak seberapa ni...excited beb dapat berendam dalam air!! sonot aku tgk!



lepas mandi manda, sambil selang seli g makan2, sambil tgk en fadel ngn en hakam dok bakar ayam! pergghhh..bau die..tak tahan beb! teringat sampai skang! dalam kol 330 kitorang balek. mmg best ar! lenkali aku bleh bawak maisarah lagik. rupenye sonot die mandi sungai! cayalah anak mama. dalam kete...hadif ngn maisarah tido sebab letih snagat mandi manda!

notakakiku: anak aku tak pandai berjalan tapi dah terer berenang! hahaha~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails