Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Sumpah sedih!

Tuesday, December 11, 2012


macam tak percaya ade jugak orang macam ni.
tapi inilah dunia.
penyakit wahan.
sumpah sedih.
terus terbayang perasan wife die.
notakakiku: mohon perlindunganMu ya Allah.

utk naz!

Wednesday, August 29, 2012

http://miera301.blogspot.com/2012/05/norma-telah-pergi-buat-selamanya.html

bangga btol aku punye sorang sahabat prihatin cam ko!!


Hari ke 13 Ramadhan

Thursday, August 2, 2012

Bismillah.

"Don't waste your Ramadhan"
Gitu lah nasihat Wardina Safyyah.
Btol kan?
Kejap je masa berlalu.
Nak tunggu bulan rahmat ni punyalah lama.

Notakakiku: Sementara punya waktu! Jommss!

Menu berbuka

Tuesday, July 31, 2012

Bulan puasa. Haruslah ada entry menu bukaan bagai!
Kan?

Hasil membeli belah di pasar tani kat ofis ni aku dah come out ngan idea untuk berbuka.

Petola tumis Air
Ikan bawal masak taucu
Pajeri Nenas - ni aku beli je dari kafe kat bawah ofis.
Ulam-ulaman


Air: Sirap bandung cincau Soda

ok! Balik ni sila bergegas berlari menuju dapur!

notakakiku: semalam pecah rekod masak dalam masa tak sampai sejam! ade org cakap "boleh la ada maid!" ok!

Puasa ke 6

Thursday, July 26, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.
Tapi aku baru dapat puasa 3 hari. Dan masih belum berpeluang untuk tunaikan terawih di masjid!
Sedih tu sedih tapi aku kena redha.

Semoga aku diberi peluang untuk sama berterawih di masjid kali ini.

Memandangkan aku tak dapat nak puasa, untuk mendapatkan pahala puasa, aku, pada setiap hari bekerja akan cuba bergegas pulang awal untuk menyiapkan menu berbuka untuk en fadel dan kak moh.

Sabda Rasullullah, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)
Semoga Allah terima amal aku. Amin.

So far alhamdulillah aku sempat masak untuk mereka makan.
Dah tentulah dengan bantuan kakmoh kan?
Kak moh dah siap2 masak nasik. Aku balik kak moh join aku masak.

Kalau sempat aku try buat mknan sampingan.
Kalau tak smpat makan je apa yang ada.
Huhuhu.

First day puasa aku buat ayam percik. Beria kan? Saja nak meraikan bulan penuh barakah. Masak la beria sket.
Second day kitorang berbuka di rumah mak en fadel. Makan asam pedas ikan kembung. Memang sedap la. Konfem la kalah aku masak.
Puasa hari ketiga aku masak daging black paper.
Keempat aku masak gulai ikan tongkol.
Dan semalam aku masak rendang ayam.
Itu sumer lauk utama. Sayur, ikan goreng, sambal bilis dan lain2 tu kena ada jugak. Buat penyedap menu.

Gambar sori la tak sempat hamek.

Hari ni aku tatau lagi nk masak apa.
Tapi semalam en fadel request ulam.
Mane nak cari ulam ek?
Tgk lah kat kafe ade tak jual ulam.

Notakakiku: Seronok tgk orang makan masakan kita. Aiseh..kakmoh request nak puding karamel. Bleh gak buat satu. reramai bleh makan!

Schedule Appoinment!

Thursday, July 12, 2012

Now aku kat klinik kesihatan batu arang.
Kali ni diri sendiri punya appoinment.
Ntah nape harini ramai babies lak.
Riuh rendah!
Menangis melalak! Sumer in package!
Blum masuk yg toddlers baru lepas kene cucuk!
Memang bingit laaa!
But one thing yg come across my mind...
Aduhai..cutenya babies nangis!
Rasa nk ada baby je!
Hahaha.
Sumpah semua yg tgh melalak ni cute!!
Trase nk peluk cium sume babies kt sini!!
Boleeehhh???

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tarikh Melihat Anak Bulan


Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan - Penetapan Awal Puasa 2012 - Tarikh melihat anak bulan Ramadhan tahun 2012 yang bakal tiba tak lama lagi. Menurut laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh lihat anak bulan Ramadhan ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.


Tempat-tempat yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan tahun 2012 belum dinyatakan, bagaimanapun dijangka tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011 (1432H) biasanya sama setiap tahun. Apepun selamat menyambut Ramadhan 2012 yang bakal tiba.

sumber: bulan purnama

ya Allah tak sabarnya nak tunggu bulan Ramadhan kali ni. Rasa tak macam tahun2 sebelum ni. Kali ni rasa tak sabar sangat dah nak berpuasa. Mungkinkah Ramadhan terakhir buatku??


Ya Allah kasihani hambaMu ini. Berilah peluang untuk aku menjalani ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan ni!



notakakiku: List makanan nak berbuka dah ada dah ni! huhu~

Pegi bandung!!

Sunday, June 24, 2012

Bukan aku pon yg pegi bandung.
Mak, kakak n adek2 aku yg pegi.
Lepas raya diorang pegi.
InsyaAllah!

Ikut ati mmg nak join!
Tapi bile tgk price tiket aku sekeluarga, telan air liur sejuta kali!
Seribu beb! Blum mkn minum, hotel dgn soping mopping!pasport lagi!
So terpaksa la batal niat!

Sila tgk gambar di atas!
Sebab tayar itulah kami terpaksq kenselkan niat ke bandung!!
Miss VJ saya dapat tayar baru!
Sila like sejuta kali!!

I Like!! Thumbs up!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Pemain Bola Muslim yang HEBAT!!!

Thursday, June 14, 2012

aku cuma cut and paste dari sini sahaja!

Sangat menarik kan??
Rupa-rupanya ramai pemain yang hebat di peringakt antarabangsa adalah pemain Muslim.
Lebih hebat mereka yakin dengan kehebatan Islam itu sendiri!

Macam Zinadine Zidane...dia pernah cakap solat 5 waktu tu buat dirinya tenang!
Kagumnya la...
Tapi lebih kagum kalau diorang maen bola cover lutut memasing! Mesti lagi hensem!

Bila la pulak orang yang sedia Muslim cam aku ni nak lebih mendalami agama Islam??
Jom kita ramai2 nak?

pssttt...player no 6 tu tgh hot skang sbb die berjaya sumbatkan gol utk perancis bebaru ni!!
GO Nasri GO
!

notakakiku: aku rase ade ramai lagi player muslim. tak ke?? korang lak cube listkan!!

Berkenalan dengan 10 pemain bola sepak Muslim

1. Nicolas (Bilal) AnelkaBekas penyerang Chelsea, Nicolas Anelka memeluk Islam pada tahun 2004, dengan mengambil nama Islam Abdul-Salam Bilal. Anelka adalah seorang pemain Manchester City pada masa itu dan mempertimbangkan bergerak untuk bermain bola sepak di UAE sebelum menyelesaikan bergerak ke kelab Turki Fenerbache.Beliau kini bermain untuk kelab profesional China, Shanghai Shenhua.
2. 
Franck (Bilal) RiberyBahasa Perancis pemain Franck Ribery memeluk Islam, dengan isteri Perancis-Algeria beliau telah dibesarkan sebagai seorang Islam sendiri. Ribery pernah dipetik sebagai berkata "Saya berdoa lima kali sehari, saya melakukannya kerana ia membolehkan saya dibebaskan dan saya berasa lebih baik selepas itu." Beliau kini bermain untuk kelab Jerman, Bayern Munich.
3. Kolo (Habib) Toure
Kolo Toure lahir di Ivory Coast dan bermain untuk Mimosas ASEC sebelum beliau berhijrah ke Arsenal. Toure,  Beliau kini bermain untuk Manchester City.

4. Frederick (Oumar) Kanoute
Perancis yang dilahirkan Mali Kanoute, yang bermain untuk Seville dan pasukan kebangsaan Mali sebagai penyerang, telah mengamalkan Islam sejak umur 20 (dia kini 32). Beliau enggan memakai baju Seville kerana ia ditaja oleh 888.com laman web perjudian, dan telah diberikan jersi jenama percuma. Kanoute juga telah membeli sebuah masjid di Seville untuk 700 ribu $ selepas pajakan yang telah tamat tempoh.

5. Karim Benzema
Karim Benzema dilahirkan di Perancis kepada ibu bapa keturunan-Kabyle Algeria, dan seorang Muslim . Benzema kini bermain untuk Real Madrid dengan pemindahan 35 juta euro dari Lyon, dan pemain tetap antarabangsa untuk Perancis.

6. Samir Nasri
Samir Nasri digelar sebagai 'The New Ronaldo'. Walaupun Nasri mungkin tidak mencapai perkara yang sama seperti Zidane, beliau tanpa ragu-ragu pemain yang sangat berbakat. Nasri dilahirkan kepada ibu bapa Algeria di Perancis dan dibesarkan sebagai Muslimm. Dia berada dalam pasukan kebangsaan Perancis dan juga bermain untuk Manchester City.

7. Yaya Toure
Yaya Toure adalah adik kepada Kolo Toure (nombor 3) dan dahulunya dimainkan sebagai pemain tengah pertahanan untuk Barcelona, ​​walaupun beliau bukan seorang pemain pilihan pertama selalunya. Seperti adiknya, Yaya adalah seorang Muslim amalan. Beliau kini bermain untuk Manchester City dan juga untuk pasukan kebangsaan Ivory Coast.

8. Hatem Ben Arfa
Hatem Ben Arfa adalah pemain yang berbakat antarabangsa Perancis berketurunan Tunisia, dan dahulunya dengan Marseille. Bapanya adalah antarabangsa Tunisia, dan seluruh ahli keluarga beliau adalah Islam. Pemain tengah United, Newcastle menyerang telah digambarkan sebagai "salah satu bakat yang terbaik rata di Perancis".

9. Khalid Boulahrouz
Khalid Boulahrouz pertahanan Belanda antarabangsa keturunan Maghribi Berber. Dia bermain di Jerman Stuttgart sehingga kontraknya berakhir pada bulan Mei 2012. Beliau kini dalam pasukan kebangsaan Belanda sebagai pembela.

10. Abou Diaby
Abou Diaby, seperti adik-beradik Toure, keturunan Ivory Coast. Beliau telah dibesarkan di Perancis, dan telah bermain untuk pasukan antarabangsa mereka. Bintang Arsenal, yang bermain sebagai pemain tengah pusat, kekal sebagai amalan Islam.

Demam Euro Bermula

Tuesday, June 12, 2012

Hahaha...aku lambat post.
Aku rasa orang lain dah pakat dok post story pasal Euro dah lama dah.
Ni dah nak masuk game yang Group D baru nak post.
Game yang aku layan mlm tadi bersama en fadel England vs Perancis.

Keputusan seri 1 sama.
Tengok game malam tadi membuatkan aku teringat game piala dunia 2006.
Masa tu aku belum kawen.
Time piala dunia 2006 dulu aku baru abes blaja kat UKM then sedang menunggu untuk diterima bekerja.
Syok la dapat dok rumah.
Time tu aku layan bola dengan ayah tersayang!

Memang seronok layan bola dengan ayah ni.
Aku ingat lagi final piala dunia 2006.
Perancis vs Itali.
Tak salah aku game final tu pukul 3 pagi.
Kol 10 paginye tu aku ade interview kat PWC Kuantan.
Hahahah.
Sebab aku time tu penyokong Perancis aku sanggup bangun 3 pagi semata nak tgk bola.
Ayah aku pon time tu sokong Perancis.
Tengok aku yang berjaga di pagi hari buatkan ayah aku cakap,
"Ler...tengok jugak ke bola? Bukan ade interview ke siang nanti? Karang mata lebam baru tahu!"
Aku balas,
"Takpe...insyaAllah tak kot. Ayoh pon same. Bukan ayoh nak drive ke lepas subuh nanti?"
Ayoh sengih je.
Time tu kitorang sume ade kat Terengganu. Disebabkan interview aku kat Kuantan so ayah kene la drive bawak aku g Kuantan. Tengok kasih sorang ayah...sweeetkan??

Kes Zinadine Zidane tanduk dada player Itali jadi topik perbualan kitorang sepanjang ke Kuantan.
Rindu ayah...!
Aku yakin kalau ayah ada mesti ayah layan jugak bola Euro kali ni?
Ayah memang suke bangun awal. Even takde game bola pon memang setiap hari ayah bangun awal. Mula dengan exercise ringan then mandi lepas tu ayah akan solat sunat sampai la ke subuh.

Ya Allah berilah ganjaran yang terbaik untuk ayah kami ya Allah. amin.

notakakiku: Korang tau ak Zinadine Zidane tu Muslim?

jamuan raya kkr

Thursday, September 15, 2011

meriah sebab banyak makanan.
aku pon makan sangat banyak.
soto. char kueh teow. lemang. cendol. abc. kopok goreng. satay. fruit puch. buah-buahan. rendang.
bebudak ni pon same mkn sampai cam nak meletupss ni hah.
layan je picas ni!

.


kan aku dah kate!!

ni plak gmbar shaziman melawat taska murni.
siap dapat duet raye lagi bbdak ni!
ces! rugi maisarah tadek!
sangat la kiut anak2 ni berbaju raye!!!


rugi kan maisarah?
huhu~

notakakiku: cantik kak nik berbaju kebaya! pasni turn aku lak! yeay!

tgk bola

Wednesday, September 14, 2011

percaya atau tidak malam ni maisarah ade dating ngan ayah die.
en fadel nak bawak maisarah pegi tgk bola kat stadium selayang.
kelantan vs felda!
nape kelantan? sbb papa hakam die pon ade skali. mat adif pon join sama.
so en fadel decide dah alang2 nak tgk bola dia nak hangkut maisarah skali!
giler ah!

maisarah klu tgk bola sangat dasat reaksinye.
pantang nampak orang tendang bola..
mulut die tetibe muncung..
"oooo....uh uh...ooooo"
siap bleh tepuk2 tangan ngan buat muke geram lagik!

aku? dengan kudrat yg semakin tak seberapa ni.
aku decide dok umah je.
sangat tidak larat nak join sama.

hopefully maisarah dapat behave!
en fadel kate klu maisarah dah mule meragam die akan balek.
tadeknye die nak seksa anak die tggu sampai abes match!

so kite tgk je la mlm ni camne ek.

notakakiku: ingat masa maisarah blum masuk 2 bulan aku, en fadel ngan maisarah layan match chelsea kol 2 pagi.

Salam Aidilfitri buat semua!!

Monday, August 29, 2011

 
Esok raya!
buat semua especially mak ayah kat ganu, ibu mertua ku, adek beradek ku, dan adek beradek iparku (eceh..macam diorang layan je blog aku ni hah!)
juga untuk sahabat yang aku kenal rapat atau pun yg layan blog aku ni dari jaoh.
untuk musuh aku pon sama..salam aidilfitri.
utk jiran aku yg langsung tak pandang aku time nak kuar opis aritu!
pon sama la slamat ari raya!
hahaha~

tahun ni kiotrang beraya bertiga lagi.
eh..3 and a half!
insyaAllah tahun depan berempat...! lagi meriah mak oi!

ati2 di jalan raya.
kalau ngantok sila la tido di tepi jalan ek! jgn tido sambil korang drive! bahye wei!

semoga perjalanan korang sume selamat pegi dan selamat kembali ke destinasi asal!

notakakiku: before balek bp nk sggah cari tudung raya dulu! nyempat...!!!

ketupat raya!

Friday, August 26, 2011

taraaa...!
aku buat sendiri weh!
kagum jap!

ok la. thanzxs to shaari yg ngajar aku camne nk anyam!
aku ni kan kayu! sejam lebih gak la belajar nk anyam seketul!

notakakiku: ketupat dah buat. mud raye still tak mai lagi! waaaa~

tringin nak makan carrot cake!!

Sunday, July 10, 2011

aku tringin nak buat sendiri. tapi aku tadek oven utk baking! huwaaa~arrgghh..tringinnye! kalau beli kat secret r kompem tak cukup sepotong kan? nak beli sebijik cam tak berbaloi lak regenye!! ni yg buat aku nk balek ganu ni! sume peralatan ade!!!

Resepi Kek Karot

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) –
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) – saya guna tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola  ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen
Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut
Cara penyediaan
1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul  ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.
** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.
Cara penyediaan frosting
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai frosting.

credit: potret kasih

sedap giler!!!
notakakiku: dapat minum ngan air kelapa laut kompem sedap!!!

sesi gambar seksi~

Wednesday, July 6, 2011

paling galok: aisyah the king
paling demok: yuyu de'bom!
paling 'tanned': maisarah anak pesisir!

wakakaka~

notakakiku: gambar lama baru nak publish!

Festaim layan F1

Monday, April 11, 2011

series mmg layan beb smalam!
walaupun telinge berdesing tapi kitorang hadap juga demi sukan berprestij sekali setahun tu!
gilak ah!
mmg bising nak mati! berdesing telinga klu tak pakai ear plug!
bayangkan tu aku yg rase..maisarah lak camno??
mau pokak tlinge anak aku tu!
oh yes..mmg aku pegi sane bersama en fadel, maisarah, suzie and family!
gile happening!
gambar2 laen nanti aku haplod!
yeah!!

notakakiku: maisarah layan tido sampai abes game! hampeh~

sengal

Friday, April 8, 2011

pepagi lagi member aku dah kene bamboo ngn bos! ntah hape2 ntah. spoilkan mood orang je! geram aku! klu salah die takpe gak! ni salah orang laen die lak yang kene maki! bengom btol la mereka yang terlibat tu!

mmg agak stress pagi ni. kepala aku pon ding dong ni! nape ntah!

keje kene jalan gak! nanti karang orang tuduh aku tak buat keje.

tapi jom layan lawak bangang ajoi dulu...

Ajoi Jadi Penyanyi
Sumardi: Ko pandai nyanyi x joi?
Ajoi : Aku dapat nombor dua dalam pertandingan kelas aku
Sumardi: Hebat!, berapa orang pesertanya?
Ajoi : 2 orang

Sumardi: Ok, yang nombor satu tu nyanyi bagus sgt ker?
Ajoi : Tidak, malah dia x nyanyi pun
Sumardi: So, kenapa dia boleh jadi juara?
Ajoi : Setelah mendengar aku menyanyi, juri sepakat memilih dia sebagai juara.
Sumardi: Fyuhhh…., ko pernah bernyanyi di depan orang ramai?
Ajoi : Pernah, gua pernah sekali menyanyi dalam bas.
Sumardi: Kemudian, apa yang terjadi?
Ajoi: Drebar bas tu bagi aku duit RM50
Sumardi : Hebat, jadi ko dapat RM50 kerana menyanyi?
Sumardi: Bukan, dia bagi duit supaya aku berhenti menyanyi

credit isuhangat

notakakiku: sengal~

Pening~

Tuesday, March 15, 2011

aduyai..
camne nak ilangkan rase pening ngadap pc nih~

TOLONGGGGG!!!!

notakakiku: sila tutup blog2 yg sedang anda lawati!

jakun~

Friday, March 11, 2011

addicted!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails