Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Ramadhan penuh dugaan..

Sunday, July 21, 2013

Pesan seorang sahabat:  "Kalau Allah tak sayang kita, Allah akan biar kita tanpa sebarang ujian atau dugaan sehingga kita leka.." Setiap ujian itu adalah sebenarnya tanda kasih sayang Allah untuk kita supaya kita sentiasa dengar merintih dan merayu padaNya. itu sebenar.

Bulan Ramadhan kali ini, banyak isu yang timbul. Ashraff Muslim kahwin lagi. Kisah Abby Abadi kahwin  lelaki muda. Kisah Mesir yang masih tak redha. dan terbaru kisah mengenai seorang ibu yang baru kematian anaknya 5 tahun. Saya sendiri ada kisah yg sedih dalam bulan Ramadhan kali ni.

Saya tanak membangkitkan mengenai mana-mana isu pun. Walaupun kisah sedih yang berlaku kepada saya sendiri. Apa jua tafsiran dan kesimpulan kita atas setiap kisah yang berlaku biarlah simpan dalam diri sahaja. Yang penting, anggaplah itu sebagai pengajaran. Memang ramai yang menjadi hakim dan panel juri ketika ini. Mengutarakan pendapat dan kesimpulan masing-masing. Hakikat sebenar hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu dan yang akan teruskan kehidupan mereka.

Mereka yang memberi komen, idea tambahan dan kesimpulan yang mungkin tidak berapa sesuai itu sekadar melihat perjalanan hidup mereka yang sengsara mahupun gembira itu dari jauh. Allah Maha Mengetahui. Tiada siapa dalam dunia ni mahukan yang buruk dalam kehidupan mereka. Takde isteri yang mahukan suaminya menikahi yang lain secara diam2 dan tanpa izin. Tiada siapa yang sangka jodoh kita dengan lelaki muda mahupun tua. Tiada siapa yang mahukan pergolakan dalam negara sehingga menjadikan ramai yang tidak bersalah mati terbunuh dan tiada ibu yang nak tengok anaknya terlukai layu dalam kereta hanya kerana kealpaan sendiri.

Berbalik kepada fitrah manusia yang sering lupa. Siapalah kita tanpa peringatan Allah. Apa yang kita perlu lakukan beristighfar dan kembali ke jalan yang benar. Allah menyayangi hambaNya yang taat dan hambaNya yang soleh. Itu yang sebenarnya. Allah rindu nak mendengar rintihan dan tangisan hambaNya dalam setiap doa. Itu hakikatnya. Jadikanlah peringatan ini yang sebenarnya bukan hanya utk mereka yang terlibat tetapi untuk seluruh manusia di dunia ini sebagai peringatan dari Allah.

Kepada mereka yang terlibat, tak kira apa jua kisah, semoga kalian lebih tabah dan lebih kuat mengharungi kehidupan akan datang. Yakin dengan kuasa Allah. Tiada yang lebih hebat dari kuasaNya. Yakin dengan takdir Allah. Segalanya berlaku atas perancangan Nya yang hebat. Wallahua'lam.

Salam 12 Ramadhan.

Ramadhan Kembali! Yeay!!!

Monday, July 8, 2013


dah ready ke semua?
Ramadhan dah nak masuk ni.
Jom tanamkan azam dan target kita utk Ramadhan kali ni.
Setahun kita tunggu ni...bukan main lama kan?
Takkan kita tak target apa2?

Ada yang tanya.
Tetiap tahun Ramadhan datang...apa nak heran?
Apa yang kena prepare?
Sama je? Semua orang kena puasa sebulan.
Waktu berbuka dan bersahur pon sama je.

Kalau macam tu la pandangan kita. Memang silap besar.
Ramadhan adalah sebaik2 bulan. Pada bulan ini jugalah diturunkan AlQuran. Hebatnya bulan Ramadhan ni sampai Allah ikat semua syaitan dan jin untuk bantu kita kuatkan iman kita yang senipis kulit bawang ni.

Diriwayatkan dari Ibn Umar ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan ramadhan” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16).

 “Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079).

hebatkan? Takkan kita sebagai hambaNya sikitkan tak buat sebarang persediaan? Allah nak bagi kita pahala yang berlipat ganda yang banyaknya tak terkira ni! MasyaAllah...hebatnya bulan Ramadhan ni.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 38 dan Ibn Majah no. 1641).

Uish..Memang hebatlah bulan Ramadhan ni. Tak sabarkan nak tunggu hari pertamanya!

Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah swt yang akan dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah dalam hadith qudsi bahawa Allah berfirman : “Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah) dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah pendinding..” (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

So?? Dah boleh agak apa persediaan kita??
Jom kita tengok:

1. Perbetulkan akidah dan keimanan. Niatkan dalam hati, segala ibadat yang akan kita buat nanti lillahi ta'ala. Jangan sebab nak nampak hebat di mata manusia.
2. Ulangkaji balik ilmu2 tentang ibadah khusus di bulan Ramadhan. Contohnya niat puasa, perkara2 yang dilarang ketika berpuasa (nmpk remeh tapi kekadang banyak yang kita terlupa), ilmu berkenaan solat terawih.
3. Persiapan fizikal. Terutamanya yang sering alami gastrik, atau pening2 sebab puasa, atau sering keletihan. Memang puasa mendidik kita erti lapar dan dahaga. Tapi bayangkan ada sesetengah orang yang rasakan lapar dan dahaga itu sebagai penghalang untuk mereka terus berpuasa hari2 berikutnya? Atau menjadi penghalang untuk mereka produktif seperti orang lain? Kan hilang nikmat Ramadhan. Cadangan saya, bagi mereka yang ada masalah2 seperti ini, cepat2 cari supplement atau makanan tambahan. Jangan jadikan alasan gastrik sebagai punca kita tanak berpuasa. Ruggiiiiii!!!
4. Susun atur jadual kita sebaik mungkin. Contoh: Plan dalam bulan puasa ni nak balik kerja pukul berapa. Lepas tu nak terawih dekat mana? Kalau hari tak bekerja apa kita nak buat? Takkan duduk kat rumah tidur dan menanti saat berbuka sahaja? Rugi tu! Cuba cek mana2 jadual kuliah dekat2 masjid berdekatan atau join kumpulan tadarus atau bertadarus bersama ahli keluarga. Plan! Planning is very important. Baru senang nak capai target!
5. Sentiasa anggap inilah Ramadhan terakhir kita. Mungkin lepas ni kita takkan jumpa Ramadhan lagi. Siapa tahu kan? So...kalau kita ada perasaan ini saya yakin kita akan menjalani Ramadhan dengan bersungguh-sungguh! Satu saat pon waktu Ramadhan kita takkan biarkan kosong! Percayalah!

Ini serba sedikit yang boleh saya kongsikan. Sebagai persediaan kita bersama terutamanya persediaan untuk diri sendiri. Sepanjang hidup saya selama 30 tahun ni, kemanisan Ramadhan saya dapat hayati ketika berumur 29 tahun. Ruginya saya. 29 tahun saya abaikan nikmat Ramadhan. So azam saya semoga kali ni Allah terima ibadat saya dan kawan2 semua. Memang tak sabar nak tunggu Ramadhan ni!!

Go nurul go!


Boleh tampal kat rumah ni kan??

credit: http://ustaz.blogspot.com/2009/08/tazkirah-persediaan-ramadhan.html

Sumpah sedih!

Tuesday, December 11, 2012


macam tak percaya ade jugak orang macam ni.
tapi inilah dunia.
penyakit wahan.
sumpah sedih.
terus terbayang perasan wife die.
notakakiku: mohon perlindunganMu ya Allah.

Nak buat baik tak perlu tunggu masa.

Thursday, November 8, 2012

Bismillah.

Setuju tak dgn tajuk entri kat atas tu?

Sebenarnya saya sedang menyiapkan report.
Dalam hati ni kekadang datang syaitan berbisik "kenapa la aku jugak akhirnya yang buat report ni?"
Mujurlah akal masih waras dan masih punya iman walaupun senipis kulit bawang.
"Takpe..ni tanggungjawab aku. Niat kerana Allah. Semoga ada pahala di baliknya. Amin!"

Terus aku terpikir.
Andai kata la Allah pilih aku untuk mati dalam tempoh lagi 30minit.
Dan Allah kata "Memandangkan amal kau kurang, bagi aku satu amal yang paling baik pernah kau buat!" (ini imiginasi aku. Sila jangan interpret lebih2)
Gulp!
Nak jawab ape?
Nak kata solat? Solat kita solat yang terbaik dan sempurna ke?
Nak kata puasa? Puasa kita sebab iman atau sebab itu bulan puasa so kena wajib berpuasa?
Atau bersedekah?
Kita bersedekah kerana Allah atau kerana nak tunjuk yang kita kaya?

Allahu akbar.
Rasanya tak mampu nak bagi satu pon jawapan yang terbaik.
Kerdilnya diri ni.

So kawan2 semua. Jangan tunggu masa kalau nak buat baik.
Mengalihkan batu yang menghalang jalan juga dianggap perkara baik.
Tidak perlu jadi kaya untuk menjadi dermawan. Senyum yang ikhlas juga dianggap sedekah.
Jangan tunggu seru datang baru nak tutup aurat. Perlahan2..insyaAllah Allah bantu.
Jangan nak tunggu magrib baru nak mengaji. Setiap masa boleh mengaji.

Jangan tunggu lama2 kawan...
Masa sedikit pon tak tunggu kita.

Notakakiku: Pesanan untuk diri sendiri!

Hari ini lebih baik dari semalam!

Thursday, November 1, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum.

Saya nak kongsi satu entry yang menarik dari seorang sahabat.
Ilmu bagaimana cara untuk kita menjadi lebih baik dari semalam!

Semoga bermanfaat buat semua termasuklah saya!


Ubah perkara kecil
Haa, ape kate ubah benda yang kecik-kecik dulu. Misalnye, pakai armsock. Ala, yang lekap kat tangan tu. Tahu kan? Lagi satu, stokin. sebab kaki pun aurat jugak. Lama-lama nanti, mesti biasa dan rase tak selesa bila tak pakai dua benda tu. Tak caye, try lah! ^_^

Pakaian longgar dan labuh
Pastu, pakai pakaian yang longgar dan labuh. Sekarang kan banyak T-shirt muslimah yang comel2 tu kan. Blouse pun banyak. Beli lah. Pastu pakai. Pastu tengok cermin, cakap dekat diri sendiri camni.. "Subhanallah... cantiknye aku macam ni.." hehe.. Pastu kan, setiap kali kite pakai baju ape2 je, fikir balik, Allah redha tak agak-agak dengan cara pemakaian kite. Dari situ, insyaAllah kite akan terarah dengan benda yang baik-baik je. Yelah, sebab setiap mase ingat Allah! =)

Ikut orang yang baik
Ikut usrah yang benar. Bergaul dengan orang-orang yang hatinye dekat dengan Allah. Bile kite jatuh, ade orang bangunkan. Bile salah, ade yang tegur. Bile tiap mase asyik dengar mutiara hikmah je kan, lame2 nanti, hati kite akan cair sendiri, insyaAllah.

Upgrade ilmu
Banyakkan jugak pi majlis-majlis ilmu. Bile sedar diri kurang sana sini, so kena usaha lebih perbaiki diri. insyaAllah niat yang baik, Allah bantu!

Ibadah-ibadah asas
Dalam mase yang same, betulkan ibadah-ibadah asas kite, misalnye solat, kite solat lima waktu. ok, good! Tapi cube solat awal waktu. Lepas dah cantikkan yang asas, beralih pulak pade yang sunat... InsyaAllah, tak rugi dunia akhirat!

Kawan dengan Al-Quran
Banyakkan bace al-Quran. Kawan dengan al-Quran. Sekarang ni kan banyak jual tafsir yang kecik, comel tu kan. Bole bawak gi mane-mane. Pastu bace je. Hirau pandangan orang. Diorang tak faham yang kite tengah bercinta dengan tuhan kite. Yelah, kite nak faham ape yang Allah nak sampaikan melalui ayat-ayat-Nya. ^_^

Tudung labuh 
Yeah, jom pakai tudung labuh. Cam ni je, after dah mantapkan dalaman, tibe mase tuk luaran. Untuk tudung, mule-mule pakailah yang bidang 50. Tak bape nak labuh tapi lagi labuh dari bidang 45. usually, jenama akel yang garis tepi-tepi tu banyak. berlambak-lambak kat pasaran. beli online pun ok. 

Lepas tu, awak try pakai bidang 55 atau 60 pulak. Asal selesa dan rase selamat, dah ok...

Macam mana nak istiqamah?
Ok, cam ni je. Kalau rase hati bolak balik tu, doa banyak-banyak kat Allah mintak tetapkan hati. Pastu, takyah lah hirau ape orang kate. Sebab orang memang akan berkate-kate dan sangat suke menilai. Allah pun menilai. Tapi Allah menilai kat hati. Manusia menilai fizikal.


Ya Allah kau tetapkan hati dan iman ini! Amin.

Notakakiku: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

Penyakit Hati

Friday, October 19, 2012

Saya tidak punya apa yang istimewa.
Yang ada hanya Allah, suami, anak2, keluarga dan kawan2 yang sentiasa menyokong saya tidak kira hujan mahupun panas.

Tak perlu ada rasa iri hati dengan saya.
Mahupun punya niat jahat terhadap saya.
Ikhlas lah dalam setiap perbuatan saya yakin hati kamu juga pasti ikhlas terhadap segalanya.
PErsahabatan tidak memerlukan wang ringgit mahupun janji2 manis.
Persahabatan hanya memerlukan keikhlasan dan keikhlasan itu akan datang dari jiwa yang bersih.

Kamu tidak perlu menjadi seorang yang pangkat mahupun berkuasa untuk menakluk dan memiliki hati yang lain.
Cukup sekadar senyuman ikhlas dan hati yang bersih.
Saya yakin ramai yang mendampingimu dengan ikhlas.

Cukuplah dengan rasa iri hati itu.
Hidup di dunia hanyalah satu langkah awal utk perjalanan di akhirat sana.
Jika kemaafan tidak dibuat di dunia. Mampukah kemaafan dipinta di sana kelak?

Berdamailah wahai hati.
Usah biarkan hati terus dihimpit rasa pedih.
Kasihan si hati.
Hitam disebabkan perbuatan buruk sendiri.

Notakakiku: Ya Allah jauhkan aku dari penyakit hati. Istighfar.

kongsi ilmu!

Saturday, October 13, 2012

Dari fb Ustaz Zaharuddin.net

Bila seseorang wanita post gambar di fb, kemudian ada orang komen, "Cantiknya awak." "Waaahh..comelnya" "Ish keibuannya wajah." "ayunya dia." atau apa2 yang seerti dengannya, khusus dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemuadian, apakah respon si wanita itu? Apakah respond yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?

a. terima kasih.
b. biasa-biasa saja
c. alhamdulillah. Allah yang bagi.

Menurut padangan saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan isteri ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut dar fbnya tanpa sebarang komen lagi. Yang lebih baik tentunya tiada dipaparkan gambarnya yang cantik tersebut.

Wallahua'lam.


notakakiku: hmm...setiap kali baca peringatan macam ni. macam nak delete je sume gambar kat fb kan? apa yang kalian rasa?


maisarah solehah pintar dan cerdas suatu hari nanti


iyas soleh yang cergas dan bijak suatu masa nanti


keluarga idaman semua! kan?


credit to triggy.com

Janji Ditepati

Monday, October 1, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum.

Isnin datang lagi. hari pertama di minggu baru. Bukan favourite kebanyakan mereka terutamanya yang sudah bekerja. Walaupun macam2 berita baik yang PM Najib dah bagi Jumaat lepas aku yakin sikit pon tak boleh ubah OUR MONDAY BLUESSS!!! kan?

Aku ngan family baru je tiba dari Kuala Terengganu jam 12:30 malam tadi. Still penat sebab perjalanan pulang kami ke Terengganu kali ni adalah perjalanan yang bukan dalam perancangan kami tapi sudah dijadualkan oleh Allah.

Pakcik Zainal, adik ipar ayahandaku dijemput Allah untuk kembali ke Penciptanya. Jam 6:30 pagi hari Sabtu 29.9.2012. Diagnos gastrik. Meninggal di hospital Kuala Terengganu.

Terkejut. Sangat terkejut. Arwah Pakcik Zainal masih muda. Takde apa2 penyakit kronik sebelum ni. Meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Udin 19 tahun. Fifah 15 tahun. Bakal menduduki PMR 9 Oktober ini dan Farhan 13 tahun. Aku stil tak dapat nak bayangkan macam mana Udin nak pikul tanggungjawab ayah dia bantu ummi dia jaga keluarga. Ya Allah memang hebat dugaanMu.

Setelah kematian ayahanda tercinta, bondaku memang banyak bergantung pada Pakcik Zainal. Bukan bergantung macam mana. Kalau bonda memerlukan kudrat lelaki dalam menyelesaikan sesuatu masalah pada Pakcik Zainal la bonda mengadu. Boleh tolong setelkan masalah di pejabat tanah. Selesaikan masalah projek rumah ayah. Sebab arwah ni memang terkenal dengan budi bahasa dia. Kalau nak mintak ke pejabat mana2 memang arwah la sanggup offer diri. Arwah memang baik. Humble sangat.

Mati itu pasti. Janji Allah pada semua hambaNya. Kita semua pasti mati. Janji yang pasti akan ditepati. Tiada janji yang paling tepat melainkan janji Allah. Cuma masa dan saatnya dirahsiakan.

Sini aku pastekan antara tanda2 husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Semoga kita semua tergolong dalam golongan ini. Amin ya Allah. credit untuk detik islam.

1. Mengucap kalimah syahadah. Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang di akhir hayatnya mengucapkan la ilaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah, kecuali Allah SWT), maka ia masuk syurga." (HR Abu Daud)

2. Dahi atau kening berpeluh. Sebuah riwayat dari Buraidah bin Hashib ra, dia berada di Khurasan. Lalu, saudaranya kembali kepadanya dalam keadaan sakit sehingga ia sempat menyaksikan kematiannya

3. Meninggal dunia pada malam Jumaat atau siang harinya. diriwayatkan Abdullah bin Umar RA. Dia mendengar bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah siksa kubur." (HR Tirmizi).

4. Mati syahid. Ada lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabak (al-math'un), sakit perut (al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), ditimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim)

Suka aku  ingatkan kita bukanlah hakim untuk menentukan baik atau tidak kematian seseorang itu. Allah yang lebih layak dan berhak. Sekali lagi jom kita semua berdoa supaya kita semua tergolong dalam golongan husnul khatimah. Amin Ya Allah.

notakakiku: Kuatkan semangat Makcik Dah dan anak2nya ya Allah.




Musuh Ketat Kita!

Friday, September 28, 2012


Assalamualaikum.

Siapa antara kita yang kalau solat tu time tu la teriangat segala perkara yang nak dibuat dalam tepoh setengah jam lepas solat?
Kalau ada tu sah la memang musuh ketat kita SI SYAITAN YANG DIREJAM tu sedang sibuk mengganggu kosentrasi kita!

Jon kita tgk satu-satu tanda solat diganggu MUSUH KETAT KITA!

1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda,
"Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
"Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
- (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Semua di atas memang selalu terjadi kepada diri sendiri yang hina lagi dhaif ni.
Ya Allah...time dah ambil wudhuk tu la time tu la mula rasa nak kentut la.
Nak buang air la.
Jahat betul syaitan ni!

Macam mana nak bagi kusyuk solat?

Rasanya boleh kot follow yang kat bawah ni!
1. Jaga pemakanan - elakkan memakan makanan dari sumber yang tidak diketahui. Makanan merupakan faktor yang paling utama dalam mendidik jiwa kita. Laksanakan sunnah Rasulullah SAW iaitu berhenti sebelum kenyang. Apabila kita makan terlalu banyak, sudah tentu kita akan merangsang kekuatan nafsu malas. Dalam masa yang sama, sudah tentu susah kita untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.

2. Wuduklah dengan sempurna - Ia akan membuatkan solat menjadi sempurna serta menentukan sama ada solat itu diterima atau tidak.

3. Mulakan dengan istighfar - Disunatkan kita beristighfar dan membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum memulakan solat. Fadilat 3 Qul ini ialah untuk mencegah kita dari gangguan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk melalaikan kita ketika solat.

4. Ikhlaskan hati - Fokuskan diri seolah-olah sedang berhadapan dengan Allah SWT, kita merasakan amakt hina kita kepada Allah SWT dan merasakan taubat dengan segala kesalahan yang telah kita lakukan. Diri kita akan merasa gerun dan takut akan segala seksaan Allah SWT terhadap segala dosa yang telah dilakukan.

5. Hayati bacaan - Cuba hayati maksud bacaan kita dalam solat untuk memelihara hati supaya kusyuk dalam solat.

6. Solat berjemaah - Pahala solat berjemaah sudah tentu berganda jika bersolat sendirian. Solat bersednririan diibaratkan seperti seekor kambing yang terpisah dari kumpulannya dan mudah menjadi mangsa kepada serigala yang sentiasa mengintai.

Rasanya masih banyak yang perlu diperbaiki. Jom kita sama-sama repair solat kita jom!!

Notakakiku: Sambil dengar berita baik dari BAJET 2013.

Minta MATI Segera!

Assalamualaikum.


Salam hari Jumaat.

Kejap je Jumaat kan? Esok boleh la nak berjoli2!
Itu pon kalau ada yang sudi. huhu.

Penah tak korang alami situasi macamni.

U dah tak sayangkan ai! Kalau macam ni ai RELA MATI!
Dari ai susahkan idup mak bapak ai...baik ai MATI je!
Ai doa Allah ambillah nyawa ai cepat2. Senang u cari orang lain!

Ish. Gila hebat.
Banyak sangat gamaknya pahala dia yang nak sangat mati tu?
Konfem ke masuk SYURGA kalau Allah amek nyawa tu?

Astaghfirullah.

Sabar nurul sabar!

Kalau rasa diri tu mmg dah banyak pahala dan mmg dah yakin boleh masuk syurga pegilah doa minta mati.
Kalau tak jangan harap!
Sila buat kebajikan banyak2.
Sila mintak ampun dengan suami!

Rasulullah s.a.w bersabda "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." - Riwayat Bukhari dan Muslim Huraian

Pengajaran hadith:

i) Seorang mukmin DILARANG KERAS meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu, Allah SWT menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

So kawan2. Ingatlah. Allah Maha Penyayang.
Kalau rasa kawan2 kat sebelah tu tak cukup penyayang pergilah bercinta di tikar sejadah!
InsyaAllah jiwa akan tenang!

notakakiku: saya banyak dosa!

Lets Wear Hijab!

Friday, September 21, 2012

Lately ni ramai artis yang bertudungkan?!
Masing-masing dah buka mati hati untuk kembali ke jalan fitrah.
Seronok btol bila baca blog gossip artis ceritakan hal ni.

Pernah satu hari dulu aku bersembang dengan Farrah Bagaikan Puteri dan Yatt Hamzah.
(masa short course prof muhaya. CELIKZ mom)
Aku cakap...
"Jelesnya dengan mereka yang Allah berikan hidayah sebegini hebat. Berbanding kami yang memang dilatih memakai hijab sejak kecil. Kefahaman kenapa perlunya pakai hijab tu lambat sikit nak sampai. Tapi Allah sayang korang, Allah tunjukkan dulu seksaan mereka yang tidak berhijab. Kesan di akhirnya lagi dasyat dan bermakna berbanding kami yang sedia ada memakai hijab!"
Farra dan Yatt sama membalas..
"Jangan gitu. Allah sayangkan kita semua. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Doakan Allah bagi yang terbaik utk kita sekeluarga"
Memang terharu dgr jawapan Farrah dan Yatt.




Kita memang selalu terlupa kasih sayang Allah.
Allah suruh kita berhijab pon sebab Allah sayangkan kita.


Memang benar ada sesetengah pihak buat statement tak ingat.
"Alah..pakai tudung tapi perangai gila2 pon tak guna. Aku tak pakai tudung solat cukup pe?!"
Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya solat dia cukupkan. Tapi lagi indah kalau dia pakai tudung.
Masa aku kat sekolah dulu. Aku penah belajar perkataan istikhlas.
Istikhlas tu adalah satu jalan untuk kita menjadi ikhlas.
Pakai tudung a.k.a berhijab adalah wajib.
Tak boleh ade statement blum terbukak hati. Atau tunggu bila hati dah ikhlas.
Ikhlas atau tak. Hijab adalah wajib.

Rasulullah SAW telah bersabda :
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya hingga pergelangan"

so memang kena bertudunglah kan?
Berbalik kepada istikhlas tu.
Dalam bahasa mudah istikhlas tu ialah buat-buat ikhlas.
Benda ni penting bagi mereka yang lambat sangat nak ikhlas dalam buat kebaikan.
Kita buat tu sebab nak capai tahap ikhlas.
Ni penting untuk mendidik hati kita.
Hari-hari kita buat lama-lama kita akan automatiknya capai maksud ikhlas tu.

Allah tak sebut pon..dirikan solat apabila kamu sudah ikhlas.
ataupon tutup auratmu bila kamu dah rasa ikhlas.
itu sebabnya istikhlas tu penting.
satu-satunya cara nak didik hati untuk menjadi ikhlas.

Aku bukanlah pakar atau hebat dalam bidang ni.
Ilmu yang ada ni aku kumpul sikit2.
Sikit yang aku dapat. Sikit yang aku bagi.
Semoga lebih terpahat dalam minda dan hati.

So berbalik kepada pakai hijab!
Takpe kalau hati blum ikhlas.
Slow-slow. Allah tengok usaha kita bukan output kita.
Semoga kita semua mampu menjadi hambaNya yang terbaik.

Notakakiku: Kalau saya jual tudung yang menepati syarak ada yang nak beli tak? Satu lagi...ada sesapa yang nak ajak saya join usrah tak??



Mereka tak Kenal Kekasih Allah.

Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.
1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.
2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.
3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”
4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”
5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”
6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.
7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”
8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.
9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.
10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”
Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.
Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”
Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”
Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).
11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.
12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.
13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.
14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.
Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”
Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.
17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”
18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebutcepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.
19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”
20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”
Kagum aku baca antara kebaikan Rasulullah. Sifat penyayang Baginda benar2 buatkan terasa ingin hidup di zamannya. Alangkah indahnya kalau Rasulullah masih ada di zaman ini.
Ya Allah...Kau tanamkanlah rasa cinta dan suburkanlah rasa kasih kami terhadap kekasihMu ya Allah.
Bergenang air mata aku bila baca sirah Rasulullah. Tak mungkin ada mana-mana manusia pun sehebat Baginda!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Kau hukumlah mereka yang mempersendakan idola kami.
Kau turunkanlah bala buat mereka yang menghina dan merendahkan martabat nabi kami.

Notakakiku: Cuba didik maisarah dan iyas untuk sayang rasulullah.

Jangan dihina Kekasih kami

Tuesday, September 18, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum.

Rasanya masih belum terlambat untuk aku update kisah mengenai kekasihku yang kini hebat dikecam merka yang dilaknat Allah.
Sedih rasanya hati ini. Begitu sekali mereka membenci kekasihku.
Satu dunia bangun memberontak mengecam mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan penghinaan yang dirancang ini.
Masing-masing tunjuk cara yang tersendiri demi mempertahankan kekasih kita semua.

Aku bukanlah antara yang sudah menonton filem itu.
Tetapi aku tahu mereka sebenarnya takut dengan kehebatan Rasulullah.
Takut untuk mengakui yang sebeanrnya Nabi Muhammad lah manusia yang paling agung.
Itulah sebabnya mereka yang berniat jahat itu bangun untuk menafikan sesuatu perkara yang telah terbukti kebenarannya!
Sungguh mereka pengecut!


Ya Allah..semakin kuat dugaanMu di akhir2 zaman ini.
Ada seorang sahabat aku pernah berkata.
Kita semua melenting marahkan Rasulullah dihina.
Tapi berapa ramai antara kita yang mengamalkan sunnah Rasulullah?
Berapa ramai yang mulut sentiasa basah dengan salawat padanya dan zikir pada Allah?
Berapa ramai yang menghafal sirah2 baginda?
Malu rasanya nak jawab.
Tak payah tunding jari pada yang lain.
Cermin diri dahulu.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengaku Islam tetapi mentertawakan sunnah Rasulullah?
Mengaku cintakan Rasulullah. Turun bersama berarak di jalanan sewaktu maulidur rasul tetapi tidak mahu tunduk dengan sunnah Rasulullah?
Lagi bertambah sedih rasanya.
Kalau filem Innonece of Muslim tu layaklah kita kata mereka sememangnya mahu jatuhkan Islam.
Tapi kalau yang memang sudah Islam, mengaku cintakan rasulullah tetapi enggan laksanakan sunnah malah mentertawakannya lagi di kategorikan sebagai apa?
Fikir2kan.
Bila di usik, kita semua melatah. Semoga Allah berikan rasa cinta itu kepada kita semua!
Amin.

Notakakiku: Islam bukan hanya di bibir. Sematkan dalam2 dalam jiwa!

Hari ke 13 Ramadhan

Thursday, August 2, 2012

Bismillah.

"Don't waste your Ramadhan"
Gitu lah nasihat Wardina Safyyah.
Btol kan?
Kejap je masa berlalu.
Nak tunggu bulan rahmat ni punyalah lama.

Notakakiku: Sementara punya waktu! Jommss!

Tarikh Melihat Anak Bulan

Thursday, July 12, 2012


Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan - Penetapan Awal Puasa 2012 - Tarikh melihat anak bulan Ramadhan tahun 2012 yang bakal tiba tak lama lagi. Menurut laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh lihat anak bulan Ramadhan ialah pada petang Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah.


Tempat-tempat yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan tahun 2012 belum dinyatakan, bagaimanapun dijangka tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011 (1432H) biasanya sama setiap tahun. Apepun selamat menyambut Ramadhan 2012 yang bakal tiba.

sumber: bulan purnama

ya Allah tak sabarnya nak tunggu bulan Ramadhan kali ni. Rasa tak macam tahun2 sebelum ni. Kali ni rasa tak sabar sangat dah nak berpuasa. Mungkinkah Ramadhan terakhir buatku??


Ya Allah kasihani hambaMu ini. Berilah peluang untuk aku menjalani ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan ni!



notakakiku: List makanan nak berbuka dah ada dah ni! huhu~

Apa yang perlu kita buat?

Tuesday, March 6, 2012

Bila kita marah dia kata kita melawan.
Bila kita tak layan dia kata kita sombong.
Bila kita cuba tegakkan pendirian kita dia kata kita degil.
Bila kita banyak bercakap dia kata kita kuat bersembang.
Bila kita buat kerja lebih dia buat tak tahu je.
Bila kita buat kerja ala kad dia kata kita tak cekap.
Hujung tahun dia tunjuk kuasa dia.
Tapi dia lupa yg ada kuasa lagi hebat.
Allahu Akbar.
Dan kita juga terlupa bukan dia penilai yg adil.
Allah Maha Mengetahui.
Wallahu a'lam.

muhasabah diri

Thursday, February 23, 2012

seorang hamba Allah yang tak pernah aku iktiraf dan shortlistkan dia sebagai sahabat pernah menasihati aku supaya sentiasa muhasabah diri.aku terima dan sentiasa ingat untuk bermuhasabah.walaupun diri yang menasihati itu tidak pernah mempraktikkannya.

ayat yang saya sentiasa saya pegang sejak di bangku sekolah klang:

Unzur maa qoola walaa tanzur man qoola
-lihat apa yang dibicara bukan siapa yang membicarakan -
notakakiku: redha atas setiap yang berlaku adalah tips untuk hilangkan tekanan. 

Wajib baca: Cintanya Rasul Allah pada kita semua.

Friday, February 17, 2012

copy paste dari myibrah

Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
“Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku.”



Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”


“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku”.


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”


Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW

notakakiku: aku pernah baca kisah saat-saat akhir kewafatan Rasullullah sebelum ni dalam magazine solusi. Percayalah aku menangis. Seorang yang terulung dan juga merupakan kekasih Allah mengharungi saat kewafatan yang sebegini...bayangkan kita yang hanya hamba yang terlalu kerdil dan hina. sikit pun tidak layak dibandingkan dengan Rasulullah. bagaimana saat kematian kita pula. wallahua'lam. alfatihah buat ayahanda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails