Showing posts with label siblings. Show all posts
Showing posts with label siblings. Show all posts

Setahun berlalu..

Thursday, October 18, 2012

Bismillah.

Setahun. Kejap je rasenye.
Pejam celik Iyas dah mula nak belajar berjalan.
Dari 3.7kg sekarang dah 8.25kg.
Alhamdulillah.


Setahun jugak kami semua kehilangan ayahanda tercinta.
Noor Affendi.
Nama yang saya akan junjung sampai mati.
Semoga kita bertemu lagi di syurga ye ayah.
Kite semua akan bersatu di sana kelak.
Nanti kaklang kenalkan Iyas pada ayah.
Cucu lelaki yang ayah nantikan.
Muhammad Iyas Affendi.
Semoga iyas punya jiwa dan semangat seperti ayah.

Saya yakin masing-masing punya kenangan yang indah bersama ayah.
Saya cuba elak untuk mengingati setiap kenangan.
Bukan apa.
Saya tidak mahu lagi menangis.
Meratapi pemergian ayah.
Saya perlu redha dan yakin dengan janji Allah.
Mati itu pasti.
Semoga kita bertemu lagi ayah.

Apakan daya saya manusia biasa.
Kenangan itu datang sendiri tanpa diminta.
Air mata pasti mengalir jua.
Mujur ada suami dan anak2 penguat hati yang hiba.

Sedih mengenangkan bonda.
Kalau saya menangis sebaldi air mata boleh dapat apatah lagi bonda.
Lebih 30 tahun hidup bersama.
Bonda juga orang yang menyaksikan pemergian ayahanda.
Bayangkan situasi bonda ketika ini?

Ya Allah kurniakan kami semua hati yang kuat.
Iman yang tebal. Jiwa yang kental.
untuk hadapi dugaanMu.
Kau tempatkan ayahandaku di kalangan mereka yang Kau kasihi.
Berikan  ganjaran yang terbaik untuknya ya Allah.
amin.

ini harta saya

Tuesday, September 11, 2012


Bismillah.
Alhamdulillah dikurniakan seorang ayah dan ibu yang bagi saya cukup sempurna.
Kami tak kaya harta.
Mak selalu pesan biar miskin asal kaya ilmu.
Ayah juga selalu ingatkan kami supaya penuhkan dada dengan ilmu bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu akhirat juga.
Inilah harta saya.
Satu2nya anugerah terindah yang Allah bagi pinjam.
Allah dah ambil ayah.
Entah esok lusa giliran siapa.
Mungkin saya dahulu?
Wallahua'lam.
Setiap kali bertemu org ramai mak pasti sebut, inilah harta yang arwah tinggalkan utk saya.
Betapa dia menganggap kami harta dunia akhiratnya.
Bukan rumah utk berteduh.
Bukan duit pencen utk belnja harian.
Inilah dia harta bonda...kami adik beradik.
InsyaAllah selagi harta ini masih bernyawa, takkan kami sia2kan harapan ayah bonda.
Semoga kami layak digelar anak soleh.
Semoga doa kami terus sampai buat ayahanda.
Semoga bonda bahagia dengan adanya kami.
Semoga hati kami terus bersatu menuju jalan Allah.
Amin.
Notakakiku: Untung kami punya ayah seperti dia. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

dalam hati siapa tahu?!

Monday, August 6, 2012

aku yakin along, kakngah, aby dan iman juga rasakan perkara yang sama.
rindu ayah Allah sahaja yang tahu.
Ya Allah sampaikan pahala kami yang tidak seberapa kepada ayahanda kami sebagai tanda kasih kami padanya.
sesungguhnya tiada yang lebih berhak ke atasnya melainkanMu ya Allah!

notakakiku: and i was the last person received the news, 3 hours after iyas selamat dilahirkan. MasyaAllah. MasyaAllah. MasyaAllah.



Hamper Raya

Sunday, August 5, 2012

Dah menjadi kebiasaan ayah setiap kali puasa.
Mengagihkan kurma dan mengagihkan hamper kepada mereka yg memerlukan.
Kebiasaannya ayah akan sms anak2 tanya ada tak yg nak join?
Ayah tak tetapkan berapa yg perlu dikongsi.
Ayah cakap, ikut kemampuan.
Kalau mampu bg lebih.
Bantu mereka yang susah. Pahala berganda!
Ayah akan beli beberapa keperluan hari raya seperti beras, susu, minyak, sunquick dan macam2 lagi.
Yang mana boleh digunakan pada hari raya.
Ayah buat takde la meriah macam org lain.
Sekadar letakkan dlm satu plastik biasa.
Takde la nak letak ribenbagai.
Lepas tu ayah sendiri yg akan agihkan.
Ayah cari golongan miskin, ibu2 tunggal, dan mereka yang benar2 memerlukan.
Ayah bawak mak. Naik kereta. Tolong agihkan hamper.
Tahun lepas ayah pesan kat aby. Adik saya.
"Kalau ayah takde nanti, usaha ni perlu diteruskan. Ada hak orang lain dalam harta kita. Kita kena kembalikan hak mereka."
Sebak setiap kali ingat pesan ayah.
Tak sangka tu ramadhan terakhir buat ayah.
Tahun ni ayah takde.
Amalan ayah kami adik beradik teruskan.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang baik untuk ayah.
Syukur sebab Allah pinjamkan ayah yang baik utk kami adik beradik.
Smoga apa yang kami buat dapat menyenangkan ayah di sana.
Notakakiku: Rasulullah seorang yang pemurah. Tapi dalam bulan puasa Rasulullah menjadi seorang yang luar biasa pemurahnya. Kata Aisyah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails