Banyak kali ingatkan diri, anak adalah pinjaman Allah yang tidak ternilai harganya

Friday, November 28, 2014

Aku, Maisarah, Iyas dan Iyad eksiden malam td.
Car accident.
Teruk.
Kereta berpusing.
Driver kereta Dek Nor.
Cuma kami berlima. Tanpa En Fadel.
Maisarah dan Iyas melambung kat belakang.
Aku masa tu peluk Iyad dalam dakapan panik bila dilanggar.
Muka Iyad penuh kaca.
Alhamdulillah Deknor tak apa2.
Masing2 panik.
Kereta yang melanggar lari.
Kereta yang kami bawa kereta viva mak.
Remuk bhgn kanan.
Cermin tingkap depan pecah kiri dan kanan.
Cermin depan retak seribu.

Alhamdulillah anak2 semua ok.
Mujur ada yang dtg membantu walaupun berbeza agama dan bangsa.
Bantu aku keluarkan Iyad dan buang semua kaca di muka.
Maisarah dan Iyas tidak cedera. Sekadar berlanggar dan terhantuk sesama sendiri.

Anak2 masih trauma. Kesian.
En Fadel bisik ke telinga...abg takkan tinggalkan ayg dan anak2 lagi...

Macam2 keluar dalam kepala. What if itu..what if ini..
Mulut sentiasa sebut ye..anak adalah pinjaman Allah tapi aku tau sekiranya apa2 berlaku hati aku tak sekuat mulut yang sentiasa berkata bertabahlah nurul.

Tq Allah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Syukur semua selamat.

Anna & Kristoff

Wednesday, November 26, 2014

Maisarah suka Frozen.
Aku tau demam anak2 perempuan sekarang.
Pakat layan Frozen semuanya.

Maisarah jadi Anna...

Iyas?
Pon suka Frozen?
Huhuhu..
Iyas terpaksa sebenarnya...

Maisarah mintak Iyas jadi Kristoff tanpa rela...

Kesian....

:)

My kids my everything

Monday, November 24, 2014

Mak2 sangat kan?

Kiddos,
Mama sayang sangat Maisarah n Iyas.
Anak2 mama lah segalanya bagi mama.
Harta dunia dan akhirat mama.
Amanah Allah yg paling susah mama nak jaga.
InsyaAllah mama cuba yang terbaik.
Wlaupun setiap hari ada je pitching sumbang yg keluar.

Sorry sayangs.
Mama cuba menjadi mama yg paling sabar.
Urut dada setiap hari bila layan karenah korang.


Hugs and kisses,
Mama.

Larome Apple Stemcell Slimming Serum

Sunday, November 23, 2014

Kenal tak Larome Apple Stemcell Slimming Serum?
Produk paling hangat sekarang ni. Rasanya semua pakat mencari Larome sekarang ni. 
Meh nak stori sket pasal Larome ni. 
L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum direka untuk menghasilkan hasil yang hebat kepada pengguna. Ia bukan sahaja untuk membakar lemak anda, ia membantu membentuk badan anda, menghasilkan enam pek anda (pembina badan), menghilangkan selulit dan stretch mark.
Kandungan stem sel epalnya menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis selain membentuk pigmen kulit. Dengan kata lain juga, ia berupaya membaiki tisu dan sel dalam badan dengan efektif dan akhir menghasilkan sel baru dengan untuk kulit.
Formulanya yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dapat membantu memecahkan lemak, menyahkan toksik dan air yang berlebihan dalam badan. Jadi ia akan menghalang pembentukan lemak disamping melancarkan pembuangan air besar dan kecil sekaligus menggalakkan pemecahan sel-sel lemak dengan kesan termo sehingga dapat melangsingkan badan anda. Selain itu, ia membantu mengurangkan selulit, stretch mark memperbaiki tona kulit yang lebih baik.
Serum ini dihasilkan melalui PhytoCellTec oleh Dr. Fred Zulli, saintis tersohor Barat menggunakan epal liar yang hanya terdapat di negara Switzerland sahaja. Beliau melihat ada keganjilan pada epal liar ini kerana meskipun terbiar dibawah pokok selepas luruh selama 3 bulan, buah ini tidak kecut dan rosak sepertimana buah-buah epal yang biasa kita makan.
Buahnya didapati masih segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan buah ini seperti keadaan asalnya walaupun lama terbiar. Epal ini dinamakan Uttwiler Spatlauber. Ia mempunyai banyak khasiat serta istimewa kerana berupaya kekal segar dalam 6-8 bulan walaupun tidak diletakkan dalam peti sejuk. Ia kaya dengan Phytonutrien, Protein dan mempunyai sel hidup yang lama.
Produk yg amat2 berkesan untuk menguruskan badan dan akan nampak hasilnya dalam 24jam setelah digunakan.
✔ Mengurangkan kesan parut selepas bersalin
✔ Tanpa risiko kesihatan.
✔ Tidak perlu berlapar.
✔ Hanya kurangkan sedikit amalan pemakanan (Bagi mendapat kesan yang lebih menakjubkan).
✔ Dapat bakar lemak anda dalam masa 24jam.
✔ Dapat mengurangkan kesan parut selepas bersalin bagi wanita.
✔ Dapat mengempiskan perut muncit!

En Fadel sendiri gunakan Larome ni awal dari aku. Almaklumlah...ibu mengandung tak boleh nak pakai demi keselamatan. Huhuhu...Yang bestnya, seluar 2 tahun lepas yang dia beli dan tak boleh nak pakai dah kes perut muncit disebabkan 'kebahagiaan' (hahaha) die dah boleh pakai dan siap berlagak dengan wifey dia! (mana mak tak hangin,,mak nye bentuk badan dah macam tong drum masa tu...) So disebabkan itu...dalam tempoh berpantang ni mak terus pakai..Alhamdulillah baru seminggu consume perut dah kurang 1 inci! Woohooo!!! Hebat tul Larome ni!

Jom kita review beberapa testimoni dari pelanggan yang dah guna Larome ni!





Oh Yesss..Orang tanya berapa hengget satu Larome ni?

RM 150.00 SM/RM 160.00 SS (1 BOTOL)
RM 300.00 SM/RM 320.00 SS (2 BOTOL)

TAPI... KORANG BOLEH JIMAT SEHINGGA 40% dengan...

BELI 4 BOTOL DGN HARGA

RM 350.00 SM/RM 360.00 SS

FREE POSTAGE
FREEGIFT *


So ade sesape nak try?? Cepat call/sms/whatsapp/telegram ke 012-9626247 (no aku ler tu) atau 016-7736247...


Rugi tak try...!!!

Anak dah berderet dah...

Saturday, November 22, 2014

Alhamdulillah...

Selamat sudah melahirkan anakanda ke3 kami pada 3 Nov 2014 yang lepas. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan anak yg sihat dengan berat 3.7kg!
Sekali lagi mama dia rabak. Huhuhu. Sama besar dgn Iyas dulu. Papepon dah selamat dan hari ni dah masuk 19hari dah anak kecik mama ni.

Nama?
Muhammad Iyad Iskandar.
Ekekek..bukan terpengaruh dgn sitkom keluarga iskandar tapi nama Iskandar diberi special oleh nenek Iyad.

Nama tu nenek dapat ilham lepas baca surah al-Kahfi. Mengenai Sultan Iskandar Zukqarnain. Nak letak Iskandar Zulqarnain panjang sangat. Huhuhu...so lepas dipersetujui oleh ayah...(oh yess...iyad tu ayah yg letak) dgn rasminya pada hari ke7 nama Muhammad Iyad Iskandar pon diberikan kepada putera ke2 mama ni. (Putera terus kau...mentang2 nama sultan! Hahaha)

Mama dia macam biasa dalam proses untuk kurangkan berat yang bertan-tan ni...eh kurang ke? Nampak gemuk macam biasa je..lelagi la tang muka. Geram je bila tgk cermin.
Haaa...jangan taktau baru seminggu consume Larome perut mama dah kurang 1 inci..yuhuuu!!! Best2. Memang berkesan la Larome ni. Eh taktau eh Larome tu ape? Larome Slimming Serum Apple Stemcell. Ye..aku adalah pengedar yang sah!

Hopefully lepas abes pantang ni tadek lagi la perut muncit ni...amin...! Yang penting kn konsisten pakai siang dan malam. Baru cepat kesannya!
Cuma tu la..asal pipi aku kembung semacam je..?? Huhuhu

Nak order Larome?? Meh whatsapp 0129626247 sekarang! Sempat lagi promote! Huhuhu...


Di minggu ke 36.

Wednesday, October 8, 2014

Masih banyak keje yang pending.
Masih banyak yg menanti.
Ikutkan hati memang nak cuti awal 2 minggu.
Macam kebiasaan.
Tapi dek kerana keje yg membukit tinggi, niat di hati tu terpaksa diabaikan.
Keje di pejabat terpaksa dihangkut sekali ke rumah.
Nak tanak kerja mesti diselesaikan...

Penat badan tak terkata.
Semoga Allah permudahkan segalanya.

Notakakiku: Baby still belum enganged. Doakan.

Dua beradik

Saturday, August 9, 2014

Korang agak diorg buat apa sebenarnya??
Gaduh ke berpeluk? Hahaha.
Ce teka ce teka!

Anak bila dah besar


Anak perempuan.
Memang berbeza dengan yang lelaki.
Maisarah suka buat revision.
pantang keluar beli barang mesti nak beli buku aktiviti.
Mengira. Membaca. Atau mewarna.

Iyas?
Lagi suka tengok tv.
Main car.
Dan kacau kakak dia.

Hai lah anak.
Membesarlah dengan penuh iman.

Amin

Gaza kembali berdarah

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog kan?
Bulan ke bulan.
Konon tekad nk aktif balek.
Tapi masyaAllah..i need more time!

Dari puasa sampai la ke raya.
Semua aku dah terlepas.

Tapi kali ni aku nak share yang lebih penting dari raya dan puasa.
Aku rasa semua dah tau kot.

Yup.
Gaza kembali bergolak dan bermandi darah.
Dihujani bom dan peluru tentera zionis.
Diterangi bukan cahaya lampu mahupun pelita macam Malaysia ni tapi cahaya yang datang dari letupan-letupan yang tak henti-henti..

Sehingga hari ini angka kematian mencecah 1800 lebih orang manakala yang cedera hampir mencecah 6000 orang. Dan target si zionis ni adalah wanita dan kanak - kanak. Dasar si pengecut kan??





Perang kali ni dah masuk hari ke 33 pada hari ini 9.8.2014. Lama. Panjang.
Namun Hamas sedikit pon tak tunjukkan perasaan takot atau ingin mengundur diri. Malah semangat juang tentera Al-Qassam semakin melonjak2 tingginya.
Aku yakin semua umat Islam khasnya dan seluruh dunia kini kagum dengan Briged Al-Qassam.
Walaupun kita tahu yang Palestin tidak punya peralatan canggih seperti tentera zionis dan juga tidak mempunyai funder bermillion dollar, mereka tetap berjuang hingga ke titisan terkahir.

Oh ye, sebenarnya perang ni bersambung semula selepas gencatan senjata diumumkan selama 72jam. Pada masa inilah semua mangsa yang tercedera dan mangsa2 yang masih terperangkap bawah runtuhan diselamatkan oleh sukarelawan.

Banyak kalau nak bercerita. Rasanya tak cukup masa nak story semua kat sini. Apa yang aku harap kat sini adalah kita semua berdoa untuk mereka. Doakan semoga mereka peroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Doakan mereka yang kehilangan keluarga supaya terus bertabah. Doakan supaya bumi Plaestin kembali menjadi hak umat Islam.

Jom ramai2 like page Aman Palestin untuk tahu perkembangan dari masa ke masa. Kepada mereka yang memboikot tu nasihat aku boikot penuh iman. Memang ikutkan geram tgk restoran mekdi yang masih ada lagi yang g tabur duit kat sana. Terbayang wajah anak2 yang menjadi mangsa kezaliman. Nak je aku g dalam mekdi di pastu g maki semua yang tengah hirup air dan telah burger. Tapi kita kena ingat jangan kelakuan kita ni dah sama cam tentera zionis. Takde perikemanusiaan.

Teruskan memboikot sebab boikot tu mampu lumpuhkan ekonomi diorang ni. Teruskan doa. Teruskan membuat sumbangan kewangan tak banyak pon takpe. Mereka memerlukan banyak dana untuk bangunkan semula bandar mereka. Sekolah. Hospital. Universiti. Uitiliti. Kesian.





#pray4gaza #weareallalqassam #dedaunhancur #freepalestine

notakakiku: En fadzil kate kalau baby dalam perut boy dia nak bagi nama Izzuddin Al-Qassam. Biar sama2 jadi pejuang Islam di masa akan datang. Amin.

Masanya belum tiba.

Friday, June 13, 2014

Tahun ni bukan rezeki saya. Entah tahun depan macam mana.
Saya sendiri tak tahu dan rs tak mampu.
Sedih. Saya ketinggalan.
Walaupun belum tiba masa saya, saya harap doa saya sampai.
Maafkan saya...saya tak mampu...

Sedihnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails