Jan 2104:
Misi menghantar Maisarah yang ketika itu berumur 3 tahun 8 bulan ke sekolah bukanlah untuk menyekolahkan dia. Misi utama mama dan ayah adalah untuk membiasakan diri Maisarah dengan persekitaran sosial. Melatih Maisarah untuk lebih pandai bergaul dengan orang luar selain mama dan ayah dia. Melatih Maisarah untuk bertutur dengan vocab yang lebih banyak.
Misi menghantar Maisarah yang ketika itu berumur 3 tahun 8 bulan ke sekolah bukanlah untuk menyekolahkan dia. Misi utama mama dan ayah adalah untuk membiasakan diri Maisarah dengan persekitaran sosial. Melatih Maisarah untuk lebih pandai bergaul dengan orang luar selain mama dan ayah dia. Melatih Maisarah untuk bertutur dengan vocab yang lebih banyak.
Alhamdulillah. Misi berjaya. Maisarah lebih konfiden dan sikap kurang bergaul dan pendiamnya itu sedikit berkurang.
Dan pada ketika itu Iyas yang hanya berumur 2 tahun 2 bulan terpaksa diheret sama ke sekolah demi menemani kakak dia. Risau sekiranya Maisarah tidak mahu ke sekolah sekiranya tiada adik kesayangannya. Maka dengan paksa rela Iyas bersekali di bawa daftar ke sekolah. Mujurlah Iyas ketika itu agak tinggi jika di banding kawan seusianya. Jadi tidaklah nampak dia anak kecil disitu. Rasanya Iyaslah pelajar termuda di situ.
Berat utk mama dan ayah lepaskan Iyas. Tetapi demi kebaikan bersama, mama redha. Mama dan ayah tak harapkan apa jua kelebihan akademik dari Iyas. Biarlah Iyas lebih banyak bermain kerana itulah dunia sebenar dia. Kalau Iyas boleh belajar, membaca ABC, mengira itu dikira bonus. Yang penting Iyas enjoy dan bermain sepuasnya.
Alhamdulillah Iyas enjoy walaupun kekadang nampak dia sedikit frust apabila permintaan untuk membawa mainan 'cars' dia ditolak mama dan ayah. Bukan tak bagi tapi risau nanti di sekolah anak2 kecil ini bergaduh sesama sendiri kerana rebutkan cars Iyas yang sudahpun buruk. Lagipun cikgu sudah pesan, elakkan dari membiarkan anak2 membawa mainan ke sekolah. Mama cuba cari alasan yang lain utk tidak membiarkan Iyas membawa mainan ke sekolah. Muka Iyas frust. Tak seronok. Langkah selalu tak bermaya kalau ke sekolah setiap kali cars tidak dibawa bersama. Maafkan mama dan ayah Iyas.
Hujung tahun pada sesi pertemuan parents teacher maisarah diberi review yang baik. A hardworking girl. Selalu siapkan tugasan dalam masa yang diberikan. A bit shy but can communicate well with friends and teacher. Hebat Maisarah. Mama sangat bangga. Maisarah sangat cepat belajar dan adapt dengan persekitaran.
Iyas? Sedikit berbeza. Belajar ikut mood. Tak siapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan tapi sentiasa ada semangat persaingan. Tidak mudah mengaku kalah dengan kawan2 yang lebih besar usia darinya. Iyas juga seorang yang happy go lucky kata cikgu2nya. Cuma bila datang moodynya terpaksalah cikgu2 mengalah.
Takpe Iyas. Memang itu fitrah anak2 di usia Iyas. Baru menjangkau 3 tahun 1 bulan sewaktu sesi parent teacher itu. Mustahil mama nak expect lebih dari itu. Iyas belum mencapai usia 4. Dah boleh baca alfatihah. Dah boleh baca ABC dengan baik. Dah kenal huruf dan nombor. Mengira 1-100. Apalagi yang mama harapkan? Itu sudah terlalu hebat dangan sangat hebat untk mama. Iyas tetap anak yang baik walaupun buku latihan hanya penuh dengan contengan. Xpe. Itu seni namanya sayang...
Jan 2015
Misi mama berubah tahun ini.
Maisarah mama harap supaya lebih fasih membaca. Oh ye. Maisarah dh boleh membaca. Di usia 4 tahun 7 bulan dia sudah boleh membaca. Alhamdulillah. Juz amma harapnya lebih banyak dapat dihafal. Dan yang penting Maisarah lebih pandai berdikari dan malu biar bertempat. :)
Dan Iyas?
Mama tak expect Iyas hebat seperti Maisarah di usia 4. Iyas baru 3 tahun 2 bulan. Mama harap Iyas terus enjoy di sekolah. Bermain bersama kawan2. Belajar berkongsi mainan. Belajar berkata baik2 d3ngan kawan2. Itu sudah cukup hebat.
Selamat berjuang anak2 syurga mama dan ayah.
0 comments:
Post a Comment