Banyak kali ingatkan diri, anak adalah pinjaman Allah yang tidak ternilai harganya

Friday, November 28, 2014

Aku, Maisarah, Iyas dan Iyad eksiden malam td.
Car accident.
Teruk.
Kereta berpusing.
Driver kereta Dek Nor.
Cuma kami berlima. Tanpa En Fadel.
Maisarah dan Iyas melambung kat belakang.
Aku masa tu peluk Iyad dalam dakapan panik bila dilanggar.
Muka Iyad penuh kaca.
Alhamdulillah Deknor tak apa2.
Masing2 panik.
Kereta yang melanggar lari.
Kereta yang kami bawa kereta viva mak.
Remuk bhgn kanan.
Cermin tingkap depan pecah kiri dan kanan.
Cermin depan retak seribu.

Alhamdulillah anak2 semua ok.
Mujur ada yang dtg membantu walaupun berbeza agama dan bangsa.
Bantu aku keluarkan Iyad dan buang semua kaca di muka.
Maisarah dan Iyas tidak cedera. Sekadar berlanggar dan terhantuk sesama sendiri.

Anak2 masih trauma. Kesian.
En Fadel bisik ke telinga...abg takkan tinggalkan ayg dan anak2 lagi...

Macam2 keluar dalam kepala. What if itu..what if ini..
Mulut sentiasa sebut ye..anak adalah pinjaman Allah tapi aku tau sekiranya apa2 berlaku hati aku tak sekuat mulut yang sentiasa berkata bertabahlah nurul.

Tq Allah. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Syukur semua selamat.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails