10 Langkah Untuk Menjadi Ibu LEBIH BAIK!

Wednesday, February 18, 2015

Menjadi seorang ibu adalah tugas yang mulia serta mencabar. Ianya menuntut kesabaran yang tinggi malah dalam banyak hal, ibu adalah orang yang paling stress dalam rumah.
Ibu ini berkongsi 10 perkara yang beliau amalkan.
  1. Usah abaikan bayi atau anak yang sedang menangis. Itu adalah cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Pujuk atau tenangkan mereka dahulu. Mereka hanyalah anak kecil. 
  1. Sekiranya anak sedang tantrum serta mengamuk dan anda merasakan sudah hampir hilang sabar hanya menunggu masa sahaja untuk meletup- jauhkan diri dari situ. Usah cakap apa-apa hanya terus jauhkan diri dari anak sebentar. Tarik nafas dan istighfar. 
  1. Apabila anak mengamuk, menangis, menendang, membaling barang dan sebagainya, biarkan sahaja. Buat tidak tahu agar anak tidak mengambil kesempatan. Contohnya “Oh lain kali jika aku menangis begini mesti mama akan belikan mainan itu” 
  1. Biarkan anak-anak bermain dengan bebas di dalam rumah. Biarkan mereka berimaginasi, berdrama dan menjadi kreatif. Kemas mainan yang bersepah bila anda punya tenaga untuk mengemas. Atau boleh juga ajak anak-anak mengemas bersama-sama. Rumah kita hanya bersepah. Bukannya rumah yang kotor. 
  1. Tidur semasa anak tidur. 
  1. Elak daripada menggunakan perkataan “jangan”. Ianya secara automatik mengaitkan suatu yang negatif dan otak anak akan ‘block’ perkataan lain yang datang selepasnya. 
  1. Sekiranya anda tidak suka dengan perbuatan anak, terus sahaja terangkan mengapa tidak baik dan apa tingkahlaku yang baik. Biarpun anak buat tidak tahu dan tidak mendengar. Duduk dengan mata anda separas dengan mata anak, pandang dan beritahu apa tingkahlaku yang baik dan wajar untuk situasi tersebut. 
  1. Ambil ruang untuk diri sendiri biarpun hanya dengan secawan kopi dan sambil duduk di sofa menonton rancangan kegemaran anda. 
  1. Berhiaslah di rumah- pakailah baju yang cantik, lipstick atau lipgloss serta pewangi biarpun hanya duduk di rumah. Ia memberi energi baru pada diri. 
  1. Tiada satu pun aktiviti, permainan, gajet, atau alat yang lebih baik selain daripada diri anda sendiri. Anda sebagai ibu adalah penenang terbaik buat anak- renungan penuh kasih sayang, sentuhan, pelukan serta kata-kata semangat adalah suatu terapi serta merupakan ubat terbaik buat perkembangan anak. Tambahan pula ianya PERCUMA bukan !!
Ehsan: pamapedia

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails