Kurang kekuatan diri

Thursday, October 18, 2012

Bismillah.

Entry kedua hari ini.

Mencari kekuatan diri.
Hati sering tertanya. Kenapa Allah pilih saya untuk menjadi anak buah dia?
Bagi saya (yang semamngnya tidak adil ini), dia adalah seorang yang kejam.
Bukan seorang yang bertanggungjawab. Suka lepas tangan.
Suka ambil kesempatan. Merasakan diri terlalu bagus.
Bermegah dengan kemewahan. Menganggap diri terlalu sempurna.
Bermuka-muka. Keterlaluan. Annoying. Pandai berpura.
Tidak layak untuk dihormati.. Tidak punyai hati yang bersih.

Tapi siapalah saya? Untuk menilai diri orang lain.
Layakkah saya untuk menilai orang lain?

Allah Maha Besar.
Jika ya sekalipun dia sememangnya punya sikap begitu ada sebabnya kenapa Allah pilih saya untuk hadapi dia.
Saya yakin ketentuan Allah. Perancangan Allah adalah lebih tepat berbanding yang lain.
Aku yakin aku kuat untuk hadapi kerenah dia yang bukan2.
Yang sentiasa memandang rendah kebolehan saya.
Yang sentiasa menggunakan kuasa yang ada untuk menjatuhkan mereka yang lain.
Saya tidak punya kuasa.
Tapi doa saya sebagai orang teraniaya amat berkuasa.
Allah Maha KUASA.

Ini bukan pertama kali saya berdoa kerana teraniaya.

Tapi dia tidak perlu risau. Saya masih punya akal yang waras.
Saya cuma berdoa semoga Allah jauhkan dia dari terus hanyut.
Semoga dia sedar yang dia dah banyak melukakan hati orang. Bukan saya seorang.

notakakiku: Semoga bila saya punya pangkat dan harta saya tidak jadi seperti dia. Saya mahu jadi seperti ayah saya. seorang yang berpangkat dan dermawan. tanyalah mana2 anak buah ayah saya. hanya kata2 indah yang keluar dari bibir mereka. 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails