Setahun berlalu..

Thursday, October 18, 2012

Bismillah.

Setahun. Kejap je rasenye.
Pejam celik Iyas dah mula nak belajar berjalan.
Dari 3.7kg sekarang dah 8.25kg.
Alhamdulillah.


Setahun jugak kami semua kehilangan ayahanda tercinta.
Noor Affendi.
Nama yang saya akan junjung sampai mati.
Semoga kita bertemu lagi di syurga ye ayah.
Kite semua akan bersatu di sana kelak.
Nanti kaklang kenalkan Iyas pada ayah.
Cucu lelaki yang ayah nantikan.
Muhammad Iyas Affendi.
Semoga iyas punya jiwa dan semangat seperti ayah.

Saya yakin masing-masing punya kenangan yang indah bersama ayah.
Saya cuba elak untuk mengingati setiap kenangan.
Bukan apa.
Saya tidak mahu lagi menangis.
Meratapi pemergian ayah.
Saya perlu redha dan yakin dengan janji Allah.
Mati itu pasti.
Semoga kita bertemu lagi ayah.

Apakan daya saya manusia biasa.
Kenangan itu datang sendiri tanpa diminta.
Air mata pasti mengalir jua.
Mujur ada suami dan anak2 penguat hati yang hiba.

Sedih mengenangkan bonda.
Kalau saya menangis sebaldi air mata boleh dapat apatah lagi bonda.
Lebih 30 tahun hidup bersama.
Bonda juga orang yang menyaksikan pemergian ayahanda.
Bayangkan situasi bonda ketika ini?

Ya Allah kurniakan kami semua hati yang kuat.
Iman yang tebal. Jiwa yang kental.
untuk hadapi dugaanMu.
Kau tempatkan ayahandaku di kalangan mereka yang Kau kasihi.
Berikan  ganjaran yang terbaik untuknya ya Allah.
amin.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails