tak paham btol la!

Tuesday, July 12, 2011

aku tak paham btol dengan sesetengah manusia yang merasakan diri mereka pandai utk mentafsir sesuatu perkara. dengan berbekalkan ilmu yang hanya cukup dibawak ke exam mereka rase dah cukup kebal utk menjawab serta menilai peribadi yang laen!

walaupun BERSIH dah abes. tapi ramai lagi yang sebok berbicara. sama ada yang menykong dan membantah. masing2 cuba membuat keputusan dan merumuskan kejadian yang pada hakikatnya mereka sendiri tak terlibat.

hanya kerana tersangkut dalam jem. hanya kerana terpaksa batalkan program. hanya kerana kedai terpaksa tutup...ramai yang menyalahkan mereka yang terlibat dalam perhimpunan. lebih teruk mendoakan yang buruk2 kepada mereka yang terlibat. kepada sahabat semuslim pulak tu! pelik kan?

bnyk komen yang aku bace dalam facebook tentang golongan ni. masing2 cuba membuat satu rumusan yang bagi mereka satu kepuasan. tapi mungkin mereka tak sedar. betapa ramai yang tersinggung. lebih2 lagi ahli keluarga yang terlibat.

seperti yang satu dunia tau..sewaktu kejadian ada hamba Allah telah meninggal. Innalillah..semoga arwah ditempakan dalam golongan yang Allah redhai. lebih menyedihkan ade pihak yang merasakan tu satu hukuman keada mereka yang ingkar kepada pemerintah Islam. dasat dasat! lebih teruk terus merumuskan arwah tergolong dalam golongan jahiliah. macam ni ke sahabat seislam? coretan aku bukan utk menunding sape yang betol sape yang salah.

nak aku tekankan kat sini.. kite hanya insan biasa. hamba Allah yang sangat hina. lelagi la aku yang serba kekurangan ilmu agama. tak seharusnya kita melabelkan seseorang atau meletakkan seseorang yang hanya pada mata kasar kita merasakan mereka bersalah. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

nasehat aku kepada mereka yang lantang berbicara diam adalah lebih baek. jangan disebabkan title hajjah atau disebabkan kite salah seorang best student dulu kite merasakan kite layak utk melabel seseorang. apa yang terbaek...doakan kesejahteraan sahabat muslim yang laen.

wallahua'lam..

notakakiku: sesekali terdengar rengekan maisarah yang tgh tido tu dek kerana batuk2 kecil die.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails