maisarah still sakit..

Tuesday, July 12, 2011

mama sedih sangat mlm tadi. tgk maisarah tido tak lena. kejap2 maisarah batuk. batuk teruk pulak tu. sampai terpaksa duduk nak tenangkan batuk. pastu maisarah muntah. mama ngan ayah bergilir peluk dan dukung maisarah supaya maisarah selesa. tapi maisarah tanak. tolak badan mintak dibaringkan atas tilam. mungkin maisarah rasa sangat tidak selesa dengan tekak yg gatal tu.

baru 2 3 minit lena, batuk maisarah datang lagi. sekali lagi terpaksa berjaga. maisarah dah tak larat. menangis sambil mata tertutup. mama dah tatau nak buat ape. vicks mama genggam kat tangan. setiap kali maisarah batuk mama sapu kat tekak dan dada. hidung pulak tersumbat. ayah dah perlahankan kipas. tapi maisarah berpeluh sampai basah tilam. terpaksa ayah kuatkan kipas balek. maisarah kembali tido lena. tetibe ayah kejut mama. badan maisarah panas balek.

mama pegi dapur. ambil ubat demam. bagi maisarah makan walaupun mata tertutup. maisarah anak yg baek. maisarah telan je semua ubat yg mama suapkan. pastu mama amek kain basah lap satu badan maisarah. mama mmg dah ting tong tapi demi anak mama, mama gagahkan jugak badan!

kekadang mama rase nyesal sbb mama letak maisarah dekat taska tu. maybe maisarah tak serasi. maisarah sekarang dah jadi laen. kalau nangis mesti nak ngan ayah. seolah2 merajuk ngan mama. marah sebab mama tinggalkan maisarah kat taska. bila mintak dukung, maisarah lebih suke ayah yang dukung. bile mama nak capai maisarah maisarah boleh  berundur ke belakang dan cuba lembikkan diri.
mama bleh agak yg maisarah tak hepi kat taska. mama sedang usahakan cara yg terbaek. atok akan tolong mama carikan maid. hopefully mama dapat setelkan masalah ni dengan segera. mama tanak maisarah terus memberontak dan marah2kan mama. yang lebih penting, mama tanak maisarah terusan tak sehat.

i love you so much maisarah...

notakakiku: mod: sedeh giler!

1 comments:

Fadliana said...

sian maisarah wei..bawak gi hospital la..risau aku..dia xnk mama dia sebab mama dia ada adik..hehe..jeles tuh..

anyway, cepat sembuh maisarah..may mama will decide the best for u..mmuahh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails