Tips nak beli stroller anak

Wednesday, January 5, 2011

Aku plan nak beli stroller baru utk maisarah. yg dah ada tu still okek lagi cume cam agak gebadak utk aku bawak g travel jaoh2. konon tahun ni bnyk la nak fly kluar. hahah. tu yg plan nak cari yg lightweight stroller. senang nak hand carry je.

so yg dah ade tu aku ingat nak lelong jual. ade sesape nak?? aku jual murah la sebab dah pakai. tapi tadek la murah bebenor sebab mmg jarang sangat guna. rasenye tak lebih 20kali rasenye.

nnt la aku hapdet cite pasal barang lelongan ni. bnyk ni barang nak lelong! hahaha~

aku mmg dok ushar memane stroller yg seswai dan murah. dapat 2nd pon takpe asalkan senang dan bergaya! hahah~  aku dapat la google sket pasal tips nak beli stroller ni. dulu before maisarah kuar maen belasah je beli. rupenye stroller ni banyak jenis..hahaha~


  • Pram/Carriage Strollers – Ini merupakan jenis stroller yang tradisional dan klasik. Kalau dulu, jenis ni macam ala-ala orang inggeris zaman dulu dengan 4 roda. Sekarang ni dah macam-macam design ditampilkan untuk membuatkan stroller ini unik tapi still mengekalkan ciri-cirinya yang meletakkan bayi macam dalam besen bertutup. Jenis ni, boleh fully recline.Sangat sesuai untuk baby baru lahir sebab dia mendatar macam baring kat tilam je. Kekurangan dia, stroller jenis ni sangat besar and susah nk dibawa ke mana-mana. Harga dia pun boleh tahan mahal .

  •  Standard Strollers – Jenis ni yang banyak digunakan. Stroller jenis ini, agak  berat. Kebiasaannya, stroller jenis ini boleh rear facing and forward facing. Tempat duduk dia juga boleh fully recline macam pram tu jugak. ( ni bergantung pada model jugak. ) Senang digunakan on smooth surface macam mall dan pejalan kaki.  Jenis ni memang boleh tahan lama. Nak pakai anak ke-2, ke-3 pun bleh.
  • Lightweight Strollers and Umbrella Strollers – Stroller jenis ni sangat ringan. Mudah dibawa ke mana-mana. Especially yang jenis payung tu. Stroller jenis ni jugak mudah kalau kita bawak travel jauh2 and masa naik kapal terbang. Cuma, stroller jenis ni tak sesuai untuk baby yang baru lahir. Sebab dia tak boleh recline. Not good for posture for your newborn. Ni yg aku plam nak beli ni...ade sesape yg nak jual murah2 ak kat aku??!!
  • Jogging Strollers – Stroller jenis ni biasanya sesuai untuk parents yang suka berjogging dan beraktiviti. Stroller jenis ni, sesuai  digunakan di semua jenis permukaan tanah. Jenis yang lasak.Cuma, dia besar dan panjang. Design dia bukan untuk baby baru lahir.Dulu aku berkenan yg camni..tidak lagi sekarang! susah nak bawak nek flite sebab berat!
  • All-Terrain Strollers – Stroller ni lebih kurang sama dengan jogging stroller. Sesuai untuk semua jenis permukaan. Bezanya, stroller jenis ni, kebanyakkannya dengan 3 roda. Senang dikendalikan dan mudah. Stroller jenis ini jugak sesuai untuk outdoor dan juga indoor. So, stroller jenis ni memang praktikal. Ada banyak jenis dan ada jenis yang sesuai untuk new born.

  • Convertible Travel Systems Stroller – Stroller jenis ini adalah kombinasi stroller dan car seat bayi. Kelebihan stroller ini ialah kita boleh mengeluarkan car seat bayi dari dalam kereta, meletakkannya ke stroller dan terus membeli-belah tanpa perlu mengangkat dan mengejutkan anak kita yang sedang tidur. So easy. Ada banyak jenis stroller yang macam ni. Yang 3 roda pun ada. Harga dia ada yang mahal and ada yang sederhana.
  •  Double Strollers  – Ni kalau kita ada anak twin boleh guna. Ataupun, kita ada 2 anak, so beli je jenis yang ni. boleh duduk sekali and kita pun bawak 1 stroller je. Ni pon penah aku ngan en fadel terpikir..adek dok blakang..kak maisarah pon depan..kiutkan?? ngeheheh~
so sesape yg ade lightweight stroller yg aku nak tu..dan bleh jual murah2 kat aku roger la ek...tadek la aku susahkan en fadel dok hangkut bende berat ni! klu ade yg ringan..ringan sket beban en fadel..kan kan kan?

notakakiku: apsal sume picas kaler merah?? i like red but not manchester united red devils! hahah~

2 comments:

ddianna said...

thanx for da info, babe. Nti aku nk cr stroller utk aleesya senang dah baca sni. dok terpk2 gak nk cari stroller cam gane

Eija Talib said...

arituh aku try combi..model ape aku lupe.tp ringan giller..4.6kg jek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails