Luka kalau dah baik still berparut.

Saturday, October 2, 2010

sminggu aku tinggalkan blog. bnyk yang perlu aku stori. dari cerita sehappy2nye hingga cerita sesedeh2nya! banyak yang jadi kat aku sminggu ni. keje? mmg keje aku banyak. terlalu banyak! mungkin sebab itu jugak aku tak sempat nak hapdet blog ni.

life aku banyak berubah sejak smnggu ni. semua bagi efek kat orang sekeliling aku. termasuk buah ati aku en fadel dan maisarah.sminggu yang penuh dengan tradegi ni buat aku makin kenal mana lawan mana kawan. demi Allah aku belajar terlalu banyak perkara baru yang telah banyak ubah prinsip hidup aku.

keegoan yang selama ni aku julang setingginya telah dijatuhkan bukan kerana gagal dalam perjuangan tetapi demi insan tersayang. tak terlintas dalam pikiran aku orang laen selain en fadel dan maisarah.insyaAllah segalanya akan berubah selepas apa yang telah berlaku.di mata kasar, orang mungkin melihat sesuatu yang baek dan indah. tapi jaoh di dasar hati ni masih terselit rase kecewa dan putus asa dengan dunia luar.

orang hanya menilai sesuatu pada apa yang dilihatnya. orang takkan sedar dan nampak apa yang tersirat disebaliknya. cerita diolah bagi indah. ayat diatur tersusun bagi menyedapkan lagi cerita. namun Allah cuba membuktikan sesuatu yang selama ni aku sedniri tak pernah perasan. Allah Maha Besar. aku akur dengan segala ketentuanNya. pedih untuk aku ceritakan sedetailnya. kekecewaan ni tak mungkin dapat dilihat mahupun dikongsi dengan sesape melaenkan Ar-Rab.

terima kasih ya Allah atas segalanya. aku kini sedar langkah yang perlu aku teruskan. terima kaseh ya Allah atas kurniaMu. terlalu besar anugerah yang telah Kau berikan berbanding dengan apa yang aku lakukan. pasrah dengan segala yang berlaku. sesungguhnya kuasaMu melebihi dari segalanya.

susah untuk aku atur ayat untuk aku gambarkan bentuk hati dan perasaan aku. ternyata segala yang berlaku terlalu pedih dan luka yang dulunya parah kini makin terubat. namun parutnya masih jelas dan tak mungkin akan hilang!

yang pasti apa yang berlaku punya hikmah yang terbaek. tak mungkin untuk aku mempercayai sesape melaenkan suami, anak, dan kluarga! aku jadikan kisah sminggu itu sebagai satu titik permulaan dunia baru aku. mereka inginkan perubahan. aku mampu lakukan perubahan. mereka mahukan sesuatu yang terbaek. aku yakin aku mampu lakukan yang terbaek.

aku tetap aku. tetap menjadi aku selamanya. tangan ni hanya bisa dipimpin dan dihayun riang oleh mereka yang membuatkan duniaku indah bukan oleh mereka yang buatkan duniaku satu dunia palsu. terus terang ku katakan aku kecewa dengan mereka!

notakakiku: pedulik klu orang tak paham aku nak cakap pe. yang penting aku tau kaseh suami dan anak lebih bermakne dari segalanya.!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails