lesson learned

Sunday, October 3, 2010

ilmu pertama aku trime dari mak ayah aku.
walau tak seberapa ilmu itu bergune sampai akhir hayat aku.
ilmu itu terus membantu aku untuk gagah mengharungi hidup yang tak pernah aku jangkakan kesukaran dan keperitannya!
ilmu itu buat aku kenal erti kehidupan yang hakiki.
jelas, ilmu itu buat aku kenal erti manusia sebenar.

manusia tetap manusia.
kesilapan demi kesilapan akan terus berlaku.
sedar atau tidak itu perkara kedua.
yang penting kehidupan mesti diteruskan.
darjat, pangkat, nama dan harga diri menjadi pokok utama dalam kehidupan.
masing2 mengejar dunia.
masing2 kerja kuat demi kehidupan yang selesa.
mana mungkin manusia mahu melihat anak mereka hidup dalam kesusahan tanpa memberikan yang terbaek.
manusia berhak terima segala yang mereka usahakan.
namun manusia selalu lupa yang mereka tidak selalunya berada dalam mimpi indah.
sekali manusia jatuh tak bermakna manusia akan terus dipijak dan diabaikan begitu sahaja.
manusia mungkin lupa kuasa sebenar.
pencipta langit dan bumi sentiasa di situ tekun mendengar rintihan manusia.
setiap doa dan linangan air mata manusia didengari setia pencipta alam semesta.

manusia tidak mungkin akan mati ditangan manusia selagi pencipta tidak berkata demikian.
manusia tidak sekali akan hidup mewah jika penciptanya tidak memberikan kemewahan itu.
manusia hidup sementara.
pencipta adalah selamanya.
demi Allah, pencipta langit dan bumi, alam semesta, udara dan angin, segala yang diatur cantik bagiNya.
segala yang tertules dan tersirat besar hikmah disebaliknya.

terima kasih mak ayah atas ilmu itu.
ilmu itu buat aku menjadi kuat demi perjuangan seterusnya.
tak mungkin manusia akan jatuh selamanya.
ilmu itu sentiasa mengingatkan aku...
Allah sentiasa bersama kita kaklang~

notakakiku: hidup jangan jadi lalang. jangan hipokrit. jangan bermuka2. biar muka buruk jangan hati yang buruk!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails