Kisah Seminggu

Thursday, August 19, 2010

mak ai kejap je nak abeskan mggu ni. esok dah jumaat.
rupenye dah sminggu aku tak nek opis.
kah kah kah.
padan la nyoyna cam nak syeh bile dapat tau ketua unit kawalan serta pembantunye tadek kat opis.
chop! aku tak pakat ek ngn akak tiri sorang tu!sowi!!!

ari senin maisarah demam panas.
ari selasa aku lak yg demam.
ari rabu aku dapat mc.
ari kamis which is arini la..aku g putrajaya meeting kat JKR Wilayah.
meeting smpi kol 12:30 je.
disebabkan dah dekat putrajaya ngan umah aku tetibe lak makcik VJ tu melencong balek umah!
haha.
rase malas nak mampos nak masuk opis disebabkan cuti yang terlalu lama dan dek kerana aktiviti berguling2 bersama maisarah sakan diadakan setiap hari. orang sakit la katakan...

so far alhamdulillah aku bertambah sehat. sengau tu ade la sket tapi dah nak baek dah sesema aku ni. batuk je yang tinggal.
maisarah ni. demam dah ilang cume sesema die je yg tinggal.
aiseh. mmg susah la budak kecik tu nak bernafas. aku try banyak kali nak sedut hingus die but still fail!
haih. geram aku ni. nak je korek idung die ngn jari aku. seb baek lubang kecik.
aku penah dengar petua time huda sesema dulu. letak kunyit kat idung.
disebabkan umah aku ni tadek kunyit idop. aku blasah dulu gune serbuk kunyit. aci tak.
bancuh ngn air pastu tempek kat idung maisarah.
sampai la malam tadi aku amek kunyit idop kat umah ibu mertuaku.
tapi shaida cakap gune ibu kunyit. haih. menatang ape lak ibu kunyit tu. mana nak tau kunyit tu ibu ke bapak?

sian maisarah. skang ni pantang terjaga dari tido kompem menangis.
gaya mmg cam orang lemas.
mama tatau nak tolong camne lagi syg. sume mama dah ikhtiar.
maisarah jgn nangis ye sayang.
klu mama ade kuase magic dah lama mama ilangkan sesema maisarah.

cepat sehat sayang mama.
esok maisarah nak masuk bulan baru!
cepat anak mama membesar.
membesar dengan sehat ye sayang!
happy 4months birthday sweetie!

4bulan yg lalu..*smile*
notakakiku: arini rajin nak buat puding karamel..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails