Assalamualaikum semua!
Iyad Iskandar
Friday, April 7, 2017
![]() |
gambar lama. di lumut |
![]() |
Dengan Uncel Iman. memang suke kenakan Iyad |
![]() |
Gemuknya mama! |
![]() |
Gambar 2 tahun lepas. |
![]() |
Iyad Iskandar terkini! :) |
Posted by
Nurul Affendi
at
5:37 PM
0
comments
Labels: anak-anak, cinta ati, iyad Iskandar
Percutian di Lembah Temir 2017
Thursday, April 6, 2017
Assalamualaikum,
![]() |
Ni sungai yang penuh dengan ikan alpia danikan merah |
![]() |
Affendi's clan! |
![]() |
Jalan2 pusing resort |
![]() |
Jalan2 pusing resort. Naik hilux sumbat semua 23 orang! |
![]() |
Air terjun! Best tak? |
![]() |
Family diknor + ayu. Ekeke |
![]() |
Dari kiri. Cik Ain, En Husband, Ju dan Is! Best! |
![]() |
Jannah si kecik tomey! |
![]() |
Ayu si Raja Ikan, hahha |
![]() |
Sempat la posing seklai. Nak masuk takot! |
![]() |
Me. Diknor dan anak2. |
![]() |
Iyas hero mama |
![]() |
Bukan main hepi anak2 |
![]() |
Ainul dan kucing tuan tanah! |
![]() |
Iyas. Breakfast sampai kol 10 lebih! |
![]() |
Iyas sejuk! |
![]() |
Nak tunjuk view belakang! |
![]() |
Mandi sampai lebam |
![]() |
My princess forever! Maisarah sayang! |
![]() |
Iyas. Maryam. Dalam bilik |
![]() |
Iyad. |
![]() |
Dengan sponsor utama! |
![]() |
Tq nenek! |
+6012 211 2259
(office hours only 9am - 5pm)
Posted by
Nurul Affendi
at
3:02 PM
0
comments
Labels: affendi's clan, anak-anak, cuti2, familia, nenek best
Ahli baru kami
Tuesday, April 4, 2017
Maryam Fareehah nama disepakati.
DOB: 28.12.2016 (anak hujung tahun :) )
Waktu lahir: 8.20 am Ceaser
Berat lahir: 3.55kg
Lain entry saya storikan pengalaman bersalin ceaser.
Seronok!
Alhamdulillah. Permata syurga kami ke 4!
Membesar jadi anak solehah ye Maryam Fareehah,
notakakiku: anak bijak ni tanak botol. Seminggu dok umah pengasuh guna syringe je minum susu. Sabar je mama.
Posted by
Nurul Affendi
at
12:36 PM
0
comments
Labels: anak-anak, cinta ati, MaryamFareehah
2017
Monday, April 3, 2017
Padan la berhabuk teruk blog ni.
Dah lama tak update.
Nak aktif balek aci tak?
Harapnya ada masa,
Salam tahun baru buat semua.
Dah masuk 2nd quarter dah pon.
Apa cerita terbaru?
Cerita saya?
Saya update kemudian ye!
Selamat hari Isnin semua!
notakakiku: Semalam birthday saya ke 34. Happy Birthday to me!
#makbanyakanak
#makanakempat
#maktigaempat
Posted by
Nurul Affendi
at
11:51 AM
0
comments
Labels: tahun baru
Hebatnya wanita ---->> Reminder for me!!
Monday, September 14, 2015
Sedih sgt.
Thursday, August 20, 2015
19 Oktober ni cukup 4 tahun ayah pegi.
Dalam semua adik beradik kaklang sorang je blum sampai sana utk ziarah ayah. Betul ada orang penah nasihatkan kaklang kata, betulkan niat nak ke sana sbb nk ziarah ayah atau nk jadi tetamu Allah.
Kaklang nak dua2. Kaklang mmg nk jadi tetamu Allah. Setiap hari kaklang doa semoga Allah bagi peluang dan permudahkan urusan. Kaklang nak tawaf keliling kaabah dengan fadel. Kalau boleh nak bawak maisarah , iyas dan iyad skali. (Ayah belum sempat kenal iyas dan iyad kan...)
Kaklang nak solat dalam masjidilharam. Nak ngaji kat situ. Seronok bila dgr cerita kakngah, mok, aby dan lain2. Selalu tertanya2..bila turn kaklang? Jeles tu ada... :(
Lagi jeles bila diorg dpt ziarah kuburan ayah kat sane. Sedih...katanya kuburan ayah hanya akan ada sehingga tahun ke5 shj. Maknaye tahun ni tahun terakhir...by 2016 kuburan ayah akan diganti...ya Allah...rs nk meraung.
Kaklang tahu semua yg berlaku ada hikmahnya. Juga apa yg berlaku maybe sebab kaklang sendiri. Kifarah mungkin. Kaklang tahu kaklang bukan anak yg baik. Dari kecik menyusahkan mak n ayah. Kalaulah boleh nmpk dosa kaklang rsnye tak terpikul di bahu ni. Kaklang sedar siapa kaklang dan sedang mengimprovekan diri. Kaklang berdoa semoga doa kaklang utk ayah sampai. Kaklang takot sgt, takot disebabkan kaklang ni anak nakal, doa kaklang utk ayah tak sampai....Allahu Akbar. Tolong ya Allah jangan sekat doaku utk ayahandaku.
Sedih....
Maisarah turns 5
Thursday, July 16, 2015
Birthday maisarah yang lepas.
Lagi sekali mama lambat beli kek!
Kali ni masuk bulan 6 baru mama beli.
Susah sgt nk belikan keke!
Entah apa masalah aku.
Kek ready made je.
Pastu figurine tu aku beli je yg siap.
Main buh atas tu je.
Sorry Maisarah.
Mama selalu lambat!
Mama doakan semoga Maisarah bahagia dunia akhirat.
Dilindungi dan dipelihara Allah selalu.
Dipermudahkan hati dan lidah untuk sentiasa menerima ilmu Allah yang baru.
Diringankan Allah untuk melakukan apa jua jenis kebajikan demi Agama.
Menjadi seorang muslimah yang dapat membantu agama kelak.
Amin ya Allah Amin.
Hari2 mama doakan untuk kakak.
Bukan sini atau time birthday je.
setiap hari!
5 waktu solat tak pernah mama tinggal untuk doakan anak2 mama.
Mama sayang sangat Maisarah!
Peneman jiwa mama.
Mama bersyukur sebab mama ada Maisarah yg rajin dan bijak.
Tq Allah.
notakakiku: mama garang tak bermakna mama tak sayang!
10 Langkah Untuk Menjadi Ibu LEBIH BAIK!
Wednesday, February 18, 2015
- Usah abaikan bayi atau anak yang sedang menangis. Itu adalah cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Pujuk atau tenangkan mereka dahulu. Mereka hanyalah anak kecil.
- Sekiranya anak sedang tantrum serta mengamuk dan anda merasakan sudah hampir hilang sabar hanya menunggu masa sahaja untuk meletup- jauhkan diri dari situ. Usah cakap apa-apa hanya terus jauhkan diri dari anak sebentar. Tarik nafas dan istighfar.
- Apabila anak mengamuk, menangis, menendang, membaling barang dan sebagainya, biarkan sahaja. Buat tidak tahu agar anak tidak mengambil kesempatan. Contohnya “Oh lain kali jika aku menangis begini mesti mama akan belikan mainan itu”
- Biarkan anak-anak bermain dengan bebas di dalam rumah. Biarkan mereka berimaginasi, berdrama dan menjadi kreatif. Kemas mainan yang bersepah bila anda punya tenaga untuk mengemas. Atau boleh juga ajak anak-anak mengemas bersama-sama. Rumah kita hanya bersepah. Bukannya rumah yang kotor.
- Tidur semasa anak tidur.
- Elak daripada menggunakan perkataan “jangan”. Ianya secara automatik mengaitkan suatu yang negatif dan otak anak akan ‘block’ perkataan lain yang datang selepasnya.
- Sekiranya anda tidak suka dengan perbuatan anak, terus sahaja terangkan mengapa tidak baik dan apa tingkahlaku yang baik. Biarpun anak buat tidak tahu dan tidak mendengar. Duduk dengan mata anda separas dengan mata anak, pandang dan beritahu apa tingkahlaku yang baik dan wajar untuk situasi tersebut.
- Ambil ruang untuk diri sendiri biarpun hanya dengan secawan kopi dan sambil duduk di sofa menonton rancangan kegemaran anda.
- Berhiaslah di rumah- pakailah baju yang cantik, lipstick atau lipgloss serta pewangi biarpun hanya duduk di rumah. Ia memberi energi baru pada diri.
- Tiada satu pun aktiviti, permainan, gajet, atau alat yang lebih baik selain daripada diri anda sendiri. Anda sebagai ibu adalah penenang terbaik buat anak- renungan penuh kasih sayang, sentuhan, pelukan serta kata-kata semangat adalah suatu terapi serta merupakan ubat terbaik buat perkembangan anak. Tambahan pula ianya PERCUMA bukan !!
Kisah anak di awal tahun 2105
Sunday, January 11, 2015
Misi menghantar Maisarah yang ketika itu berumur 3 tahun 8 bulan ke sekolah bukanlah untuk menyekolahkan dia. Misi utama mama dan ayah adalah untuk membiasakan diri Maisarah dengan persekitaran sosial. Melatih Maisarah untuk lebih pandai bergaul dengan orang luar selain mama dan ayah dia. Melatih Maisarah untuk bertutur dengan vocab yang lebih banyak.