Percutian di Lembah Temir 2017

Thursday, April 6, 2017

Assalamualaikum,


Tahun 2017 nenek belanja kami semua bercuti di Lembah Temir. Lembah Temir?? MEsti ramai yang tak tahu kat mana Lembah Temir ni. Aku pon first time dengar masa Cik Ain suruh survey pasal resort ni.

Well, Lembah Temir resort ni berada dalam daerah Raub. Kalau tanya aku,sumpah aku tak penah tau. Jau ke dalam ladang sawit tempatnya! Jauhhhhhhh sangat! Owner dia orang melayu okay!

Dari Putrajaya lebih kurang 2 jam 10 minit. Dekat je sebenarnya. Tapi sebab first time kan...so rasa macam jauh la. Jalan dia plak...tadek la cantik sangat. Jangan la plak nak harapkan jalan macam highway kalau ko dah kena sesah masuk Ladang Sawit! Memang dasat la jalan masuk ke sini. Untung la kalau bawak 4WD tak pon pick up macam hilux tu.

Rate kat sini kire per pax. Masa kami pergi tu caj RM250 per pax untuk dewasa dan RM125 per pax untuk kanak2. Mahal kan?? Kalau suruh bayar sendiri memang tak mampu! Hahaha. Kalau family aku je kire habis RM750. Kanak2 2 tahun ke bawah tak kena caj.

Yang bestnya, resort dia ni memang sebelah sungai yang sejuk lagi jernih. Makan diorang bagi . Sepanjang 2 hari 1 malam tu, kami dapat 2 lunch , 1 breakfast, 1 minum petang dan 1 dinner. Minuman sepanjang masa ko boleh minum kalau ko dok kat dining hall die tu. Memang tak de limit la.

Kalau musim durian, makanlah selagi mampu korang makan. Masa kami pergi ni bukan musim durian, so takde rezeki la nak mencekik sampai muntah. Tapi kite boleh makan apa je buah2an yang ada kat sana tanpa perlu kebenaran! Petiklah selagi mampu!

Macam2 buah ada. Sukun, Limau Bali, Durian, Pisang, Rambutan, Langsat, Ulam2an pon ada, Kendodong, semualah. sebut je nak pokok apa!

Kalau ada buah nak makan...makanlah! Kalau rasa nak petik ulam nak makan, makanlah! Memang diorang tak marah!

Fasiliti kat sana sangat2 ok. Bilik penginapan memang superb. Tapi tadek tv. Ekeke...Kata back to nature! Kawasan sangat bersih. Luas. Ada fasiliti nak buat teambuilding. Nak main paintball pon ada. Tapi kitorang tadek la buat semua tu. Kitorang just banyak mandi sungai sambil lepak tepi sungai gossip2 sesama beranak! Ekekeke...

Percutian macam ni memang paling dit unggu kami anak beranak. Semua turun! Dari family along, Kakngah, Family aku, Family Aby, Family Nor dan Iman. Of course sponsor utama nenek turut serta! Semua ada 23 orang! Ramaikan! Kalau ayah ada mesti lagi best! Alhamdulillah...percutian kali ni sempat jugak kami buatkan tahlil untuk ayah. Terima kasih ayah sebab besarkan kami semua!

Nak tau best tak best Lembah Temir Resort ni... meh terjah gambar yang ada!

Ni sungai yang penuh dengan ikan alpia danikan merah

Affendi's clan!

Jalan2 pusing resort

Jalan2 pusing resort. Naik hilux sumbat semua 23 orang!


Air terjun! Best tak?

Family diknor + ayu. Ekeke

Dari kiri. Cik Ain, En Husband, Ju dan Is! Best!

Jannah si kecik tomey!

Ayu si Raja Ikan, hahha


Sempat la posing seklai. Nak masuk takot!



Me. Diknor dan anak2.


Iyas hero mama

Bukan main hepi anak2

Ainul dan kucing tuan tanah!

Iyas. Breakfast sampai kol 10 lebih!

Iyas sejuk!

Nak tunjuk view belakang!

Mandi sampai lebam

My princess forever! Maisarah sayang!

Iyas. Maryam. Dalam bilik

Iyad.

Dengan sponsor utama!

Tq nenek!
Overall aku bagi 4 bintang dari 5 bintang! Nak tau details?  Sila hubungi tuan tanah.
Whatsapp je! Tapi kadang2 memang lambat la nak reply! Huhuhu.
  
HANIF 
+6012 211 2259
(office hours only 9am - 5pm)
http://www.lembahtemir.com/

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails