My every day!

Tuesday, May 27, 2014

Bangun pagi. Mandi. Solat Subuh.
Baca Quran semuka dua sambil membelek makna di sebalik bacaan.

Oh terlupa nak kejutkan si ayah.
Abang bangun, subuh. Mata terkebil2 tengok wife masih dalam pakaian putih lengkap.
Kejap lagi turn anak2 pula untuk dikejutkan.
Sementara tu masak air kat dapur dulu.
Extra sikit utk standby mandian anak.
Almaklumla rumah tadek water heater. ;)

Tepat pukul 7 perlahan kejutkan Maisarah dan Iyas.
Tapi kena buat suara happy2!
Maisarah bangun sayang! Harini nak pegi school lagi! Yeay!!
Liat. Pusing kiri dan kanan dulu.
Takpe mama sabar.
Iyas, bangun nak! Iyas nak jumpa teacher harini! Bestnya boleh main dengan kawan2.
Langsung tak bergerak. Lagi dasyat.
Takpe, mama kejutkan lagi sekali.
Cepat bangun anak2 mama. Kalau lambat mama tinggal! Lembut tapi tegas.
Serentak buka mata dan sedikit menggeliat.
Borak2 atas katil dulu utk warming up.
Dah ok baru ada daya untuk bangun dan berjalan ke bilik mandi.

Gosok gigi. Mandi. Mujur Maisarah ada. Kakak yang sangat bertanggungjawab.
Pastikan adik mandi bersih dan bersabun.
Tak perlu mama nak masuk sekali mandikan kamu berdua.
Mama! Siap! Nak towel!
Berlari mama dapatkan towel.
Lap2 badan. Pimpin tangan utk pakaikan baju sekolah.
Ayah dah siapkan semua susu dan keperluan sekolah. Good job ayah. Tak pernah biarkan mama kesorangan.
Dah ready pegi school?? Yesss!!!
Lets go!

Drive kereta menuju ke sekolah.
Dalam kereta berborak gembira.
Cerita mengenai sekolah. Cerita tentang aktiviti harian di sekolah.
Maisarah lebih bijak bercerita. Sampaikan cerita 2, 3 bulan lepas pon dia masih bercerita.
Mama dan Ayah layankan aje.
Sampai school Maisarah dan Iyas salam mama dan ayah.
Peluk cium jangan lupa! Main baik2 ye. Main puas2 ok!
Anak2 tersengih. Berjalan masuk tanpa toleh belakang. ya Allah jagakan mereka. Amin.

Mama dan ayah bergerak terus ke pejabat.
Sampai pejabat. Mama dan ayah siapkan mama-mana design yang masih pending.
Banyak job kali ni. Alhamdulillah. Rezeki anak2.
Gigih siapkan design. Dah selesai siapkan akaun syarikat.
Hmmm..bukan senang nak kaya. Cukuplah sekadar rezeki yang cukup dan berkat untuk anak2.
Tak perlu hidup mewah dengan harta.
Pukul 2 nanti mama nak pergi kedai kain.
Cari material baru utk koleksi hijab. Mencari duit sampingan lain. Rezeki di mana2. InsyaAllah.
Sementara tu upload beberapa design baru wedding card.
Bestnya kerja buat design. Free. Tak perlu tekanan.
Cuma kekadang ayah sebagai bos mama saja yang beri tekanan.
Tapi takpe. Urut2 sikit hilang la rasa marah ayah. Weee...
Bestnye kerja macam ni.

Tinggal ayah di pejabat. Mama keluar cari material.
Panasnya cuaca. Sambil memandu kepala ligat pikirkan pelbagai idea.
Nak buat itu ini. Perancangan macam2.
Semua demi anak2. Termasuk yang satu dalam perut ni.
Sabar ye sayang bulan 11 nanti kita jumpa.
InsyaAllah. Strategi perlu ada. Sebab nak besarkan anak bukan setahun dua. InsyaAllah kalau umur panjang sehingga kamu semua besar dan berdikari. Amin. InsyaAllah.

Kejap je dah pukul 4. Balik pejabat mama tengok ayah gigih susn kad yang dah siap utk dihantar ke pelanggan.
Kata ayah kejap lagi ada customer nak datang. Ayg tolong entertain.
Baik bos! Susun sample kad yang ada.
Alhamdulillah. Rezeki lagi. Berpuas hati dengan design dan material yang ada.
Bertambah lagi job design mama. Penat tapi seronok.
berbanding kerja mama sebagai orang gomen.
Asek ditekan dan didesak.
Boring.

Tepat jam 5 bergerak ke sekolah anak2.
Dari luar mama tengok maisarah dan iyas bermain berdua.
Itulah kamu. Di rumah berdua. Di sekolah berdua.
Macam tadek kawan lain. Mama dan ayah senyum bila liat kamu melompat gembira melihat kami.
Berlari dapatkan mama dan ayah. Tq teacher!

Jom balik!
Singgah kedai beli bihun tomyam. Itu sahaja yang mama minat utk makan.
Sampai rumah tomyam dua bungkus cukup untuk 4 orang.
Alhamdulillah.

Thats my life!
My every day!
Saya sayang keluarga saya.
Saya sayang kerja saya.
Tapi sayang semuanya berangan.
Mama masih di pejabat. Siapkan kerja2 gomen yang tertangguh.
Entah sampai bila. Kalau diberi pilihan mama nak bekerja sendiri. Tapi tiada yang yakin dengan mama.
Even mama sendiri kurang yakin pada diri.
Semoga Allah membantu. Dan semoga Allah melindungi kami sekeluarga.
Amin.

Berangan tak sudah! Weekkk!!!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails