Angan angan atau berangan

Thursday, November 14, 2013

Saya berangan nak berhenti kerja. Berangan nak bangun setiap hari dapat mengaji sementara tunggu anak2 bangun. Berangan mandikan anak setiap pagi sambil mengira dan mengeja bersama. Lepas tu sambung berangan nak breakfast dengan anak dan suami setiap pagi di meja makan bersama. Sesekali makan di luar pon takde salahnya.

Saya berangan kalau anak dh bersekolah sayalah yang menghantar dan menjemput mereka setiap hari tanpa miss. Saya juga yang akan hadir dalam setiap acara yang anak2 join di sekolah nanti. Saya berangan dapat bantu suami kembangkan bisnesnya sendiri. Duduk di meja bos sambil tengok duit masuk dan keluar.

Saya berangan dapat sumbangkan sesuatu utk society. Islam terutamanya. Saya nak bantu ramai orang. Semoga dengan masa yang lebih berbanding mereka yg komited dgn tugas di pejabat dapat saya salurkan pada masyarakat yang lebih memerlukan. Saya berangan nak aktif dalam mana2 NGO yang membantu muslim terutamanya.

Saya hari ini masih berangan dan pasang angan. Berangan je la yang saya mampu buat masa ini. Tapi setiap hari saya akan ajak anak berdoa.

"Iyas, Maisarah nak tak mama jaga dok rumah jaga Iyas , Maisarah sendiri?"
"Nak"
"Iyas, Maisarah nak tak mama yang mandikan setiap hari?"
"Nak"
"Iyas, Maisarah nak tak mama hantar pegi school?"
"Nak"

Hakikat sebenar mereka mungkin tidak mengerti tapi yang pasti doa mereka Allah jua yang mendengar. Semoga Allah permudahkan.

"Kalau Maisarah ngan Iyas nak...Maisarah ngan Iyas kena la doa macam ni...Ya Allah permudahkan dan kurniakan kami sekeluarga rezki yang halal lagi berkat. Dan permudahkan impian dan angan2 mama. Amin"
"Amin."

InsyaAllah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails