2 tahun

Saturday, October 19, 2013

Genap 2 tahun ayah pergi.
Tak mungkin perkhabaran berita sedih itu mampu aku lupa.
Khabar duka yg diterima sebaik sahja khabar gembira dikongsi bersama.
Allah hebat. Allah Maha Mengetahui.
Ayah dibawa pergi dan diganti dgn seorang putera.
Alhamdulillah. Iyas juga genap 2 tahun hari ini.
Ya Allah aku percaya hanya mereka yg Kau pilih sahaja layak berada di tanah haramMu.
Jaga ayah baik2. Kau tempatkan ayah bersama golongan yang Kau kasihi ya Allah. Kau ampunkan segala dosa2nya dan kurniakan ganjaran yg terbaik buat ayah.
Kami semua rindu. Sangat rindu.
Tuhan beri kami peluang utk ketemu ayah lagi di sana kelak.
Amin.

Iyas, selamat ulang tahun. Jadi anak yg baik dan soleh seperti atuk ye.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails