Cerita baru yang sudah lama.

Thursday, June 6, 2013

Assalamualaikum.

Lama tak berceritakan. Banyak sebenarnya nak cerita. Cuma tak tahu nak mulakan yang mana.

Kehidupan sekarang? Alhamdulillah. Sejak berpindah dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, rasa lebih tenang. Bukan bermaksud keje semakin senang. Memang lebih tenang di sini.

Kalau ikutkan kerja memang kerja di JKR agak ringan berbanding di sini. Tapi alhamdulillah, saya masih mampu overcome semua masalah. Berkat pertolongan Allah. dan saya yakin selagi saya ikhlas dalam perjuangan saya tak perlu gentar. Kerana saya ada Allah.

Mungkin suasana di Terengganu membuatkan saya lebih tenang. Rumah lebih dekat. Anak2 juga dekat. Jalan tak sesak. Suami ada bersama. Lebih saya suka, bonda juga ada di depan mata. Rasa lebih tenang.

Semakin saya meniti hari tua (macam tua sangat, tapi tetap tua berbanding semalam) makin saya terpikir. Matlamat kita sebenarnya hidup di muka bumi ini. Betul kita perlukan makan minum. Tempat tinggal dan pakai. Oleh sebab itu, kita perlukan duit untuk mendapatkan segalanya. Maka kita perlu berkerja. Jika tidak mana nak dapatkan duit. Tapi tanggungjawab utama sebagai hamba Allah? Sudah tercapat atau belum?

Macam nanti kita bila di hadapan Allah? Cukup bersediakah? Mampukah amalan2 kita menyelamatkan kita atau hanya dosa yang mengiyakan segala perbuatan kita di muka bumi?

Seram bila fikirkan semua ini. Sejak ayah meninggal saya sentiasa terfikir, adakah kejahatan yang aku buat selama ini menjadi sumbangan buruk untuk ayah di dalam kubur? Nauzubillah. Ayah tak pernah bersalah. Semua didikan agama telah diberikan. Hanya saya yang tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sebab tu saya inginkan perubahan. Menjadi hambaNya yang taat.

Saya tak mahu memberikan apa2 sumbangan buruk utk ayah, mak mahupun suami saya. Saya tak mahu menjadi contoh buruk buat anak2 yang sedang meneroka alam Allah. Saya tak mahu menjadi masyarakat yang tidak menyumbangkan apa2 kebaikan.

Semoga Allah terus memberikan saya dan kita semua hidayah. Betulkan saya jika saya salah. Pimpin saya jika saya silap arah. Jom ubah jom!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails