ubat maisarah : stori tentang gigi

Wednesday, January 2, 2013


Nilah dia ubat antibiotik maisarah.
Ubat yang buat aku n maisarah berperang.
Bersilat nak bagi mkan ubat.

Arahannya begini.
Sebiji ubat tu dihancurkan dan dibancuhkan ke 10ml air.
Letak dlm jus lg bagus kata ahli farmasi tu.
Amek syringe 5ml shj bg mkn.
Another 5ml boleh dimakan di waktu brikutnya.
Ubat ni makan tiga kali sehari.

Disebabkan pharmacist kp letak dlm jus so mama pon berusaha mencari air favourite maisarah.
Lalu mama belikan jus laici.
Mama ketuk bagi lumat.
Tuang dlam jus yg dah dibancuh.
Mama letak syringe. Sedut sampai 5ml.
Lepas tu bg makan.

Percubaan pertama. Letak kat bibir die. Die trus kata. No mama.
Gagal nak bg makan. Pdhl sebelum tu die makan ubat pcm syrup.
Ok je. Kali ni die refuse.

Tukar plan. Mama letak dlm gelas.
Bagi maisarah minum. Percubaan berjaya.
Maisarah minum tanpa sangsi.
Tapi lepas minum boleh nmpk muka die berubah.
Dia cakap. Yek...tak dap mama.
Mama sengih sebab percubaan berjaya.

Seterusnya begitu sampai hari kedua. Pelbagai helah mama buat nk bg maisarah mkn antibiotik.
Sdmua berjaya. Sampai hari kedua makan. Maisarah yg bijak mula sangsi dgn mama.
Die dah tahu trick mama nak bg makan ubat.
Mama bg dalam gelas macam biasa. Die ckp no sambil geleng kepala.
Ok...mama tukar balek letak dlm syringe sambil pegang botol ubat fvret die.
Konon tu ubat dr botol yg mama tgh pegang.
Die amek syringe, die kasi bau dulu.
Still ckp no mama.
Mama letak dlm bottle kitty die.
Die dh mula perasan...stil ckp no.
Mama stop dulu. Sambung balek dlm stgh jam. Nmpknye die sgt berhati2.
Segala gerak geri mama die perhatikan.

Die mula resah bile mama dah naik suara.
Die tutup mulut guna tgn sambil geleng kepala.
Mulut asik ulang sebut no mama.
Mama dah tadek pilihan. Antibiotik mesti dihbiskan.
Kalau tak gusi tak hilang bengkak.
Die mengamuk. Mama perlukan tenaga ayah.

Akhirnya terpkasa kami guna cara paling keras.
Memaksa maisarah membuka mulut dengan mengepit kaki dan tgnnye.
Memeluk kemas maisarah sambil tgn memegang pipinya meminta mulut dibuka.
Dgn syringe ditgn, mama terus jab masuk mulut maisarah. Tapi maisarah sgt bijak.
Die tak telan dan cuba keluarkan balek.
Begitulah hari2 berikutnya.
Mama putus asa. Maisarah mmg tanak mkn antibiotik.

Sampai la mama rasa sdr ubat tu...

Masya Allah.....pahitnya!!!
Pahit nak mati!!
Bbtol phit! Tu baru rasa hujung lidah. Ntah macam mana maisarah telan.
Padan la die mengamuk!

Dalam hati terus sumpah doktor yg bg die ubat tu. Bodoh btol!
Takkan budak 2 tahun ko bg ubat ni?!
Hati trus panas. Cuba pikirkan solution lain.
Mama tak sampai hati nak bg maisarah makan ubat tu.
Tanya cik ain n cikbi.
Ade x jenis syrup.
Alhamdulillah cikbi kate ade.

Mama trus ajak ayah pegi farmasi.
Mama dah tanak bergelut dgn maisarah.
Dua hari kami cari.
Tapi satu farmasi pon tadek yg jual. Sekali lagi hmpir putus asa.

Mama tanya pendapat cikbi. Alhamdulillah Allah tolong maisarah.
Cikbi cari di Terengganu. Ada.
Semlm cikbi dh pos.
InsyaAllah harini sampai.

Lpas ni kene continue mkn antibiotik balik.
Hopefully tak pahit macam yg awal tadi.
Sorry maisarah sbb paksa kamu mkn!
Mama syg maisarah!

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails