azam

Wednesday, December 26, 2012

setiap tahun tanam azam.
tapi endingnya tak penah nak cuba nilai diri sama ada tercapai dengan suksesnya atau sekadar nak bg tercapai je. ataupun mmg langsung tak tercapai.

tahun 2012 ni mmg meninggalkan seribu satu kenangan.
setahun penuh tanpa ayah.
tiba2 aku menjadi seorang yang kuat. luar biasa dari biasa.
kuat jiwa juga mental.
walaupun kekadang kembali menjadi taufufa bile melibatkan orang2 tersayang.
adat la kan? ;-)

aku sendiri tak percaya dengan apa yang ada pada diri sekarang.
semuanya dari Allah.
aku percaya ini adalah fitrah sebenar diri aku.
yang sebelum ni aku bnyak berpura2 dan cuba lari dari fitrah.
hakikatnya aku adalah insan yang hina dan terlalu lemah.
lantas akur dan patuh pada fitrah sebenar iaitu kembali ke jalan Allah.

aku masih cuba membetulkan diri.
masih banyak yang perlu aku betulkan.
aku masih belum sempurna.
ya Allah terasa diri ni terlalu kotor.

malu rasanya kalau dikenang hidup aku yg dulu.
tupon Allah masih sayang.
bersyukur. tq Allah.

tahun hadapan banyak misi yang aku perlu lakukan.
banyak agenda yang perlu aku selesaikan.
hidup aku bukan semata untuk aku.
hidup aku lebih bererti jika dapat memanfaatkan orang lain.
dan juga agama.

cukuplah kalau aku katakan azam ku tahun depan dan tahun2 berikutnya selagi masih diberi pinjam nyawa ini  untuk terus menghamba diri pada Ilahi.
akan ku pastikan anak2 serta suami turut serta dalam azam kali ni.
tabung palestin mesti dipenuhkan.
isu kemanusiaan dan agama mesti disampaikan pada semua tak kira usia.
aku bukan seorang ustazah mahupun ilmuwan.
tapi insyaAllah dengan ilmu sedikit pinjaman Allah ni akan kupastikan disampaikan dengan baik.

bantu aku ya Allah.
pimpin aku untuk menjadi hambaMu yang membantu agamaMu.

amin.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails