Janji Ditepati

Monday, October 1, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum.

Isnin datang lagi. hari pertama di minggu baru. Bukan favourite kebanyakan mereka terutamanya yang sudah bekerja. Walaupun macam2 berita baik yang PM Najib dah bagi Jumaat lepas aku yakin sikit pon tak boleh ubah OUR MONDAY BLUESSS!!! kan?

Aku ngan family baru je tiba dari Kuala Terengganu jam 12:30 malam tadi. Still penat sebab perjalanan pulang kami ke Terengganu kali ni adalah perjalanan yang bukan dalam perancangan kami tapi sudah dijadualkan oleh Allah.

Pakcik Zainal, adik ipar ayahandaku dijemput Allah untuk kembali ke Penciptanya. Jam 6:30 pagi hari Sabtu 29.9.2012. Diagnos gastrik. Meninggal di hospital Kuala Terengganu.

Terkejut. Sangat terkejut. Arwah Pakcik Zainal masih muda. Takde apa2 penyakit kronik sebelum ni. Meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Udin 19 tahun. Fifah 15 tahun. Bakal menduduki PMR 9 Oktober ini dan Farhan 13 tahun. Aku stil tak dapat nak bayangkan macam mana Udin nak pikul tanggungjawab ayah dia bantu ummi dia jaga keluarga. Ya Allah memang hebat dugaanMu.

Setelah kematian ayahanda tercinta, bondaku memang banyak bergantung pada Pakcik Zainal. Bukan bergantung macam mana. Kalau bonda memerlukan kudrat lelaki dalam menyelesaikan sesuatu masalah pada Pakcik Zainal la bonda mengadu. Boleh tolong setelkan masalah di pejabat tanah. Selesaikan masalah projek rumah ayah. Sebab arwah ni memang terkenal dengan budi bahasa dia. Kalau nak mintak ke pejabat mana2 memang arwah la sanggup offer diri. Arwah memang baik. Humble sangat.

Mati itu pasti. Janji Allah pada semua hambaNya. Kita semua pasti mati. Janji yang pasti akan ditepati. Tiada janji yang paling tepat melainkan janji Allah. Cuma masa dan saatnya dirahsiakan.

Sini aku pastekan antara tanda2 husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Semoga kita semua tergolong dalam golongan ini. Amin ya Allah. credit untuk detik islam.

1. Mengucap kalimah syahadah. Nabi SAW bersabda, "Barang siapa yang di akhir hayatnya mengucapkan la ilaha illallah (tidak ada Tuhan yang berhak untuk disembah, kecuali Allah SWT), maka ia masuk syurga." (HR Abu Daud)

2. Dahi atau kening berpeluh. Sebuah riwayat dari Buraidah bin Hashib ra, dia berada di Khurasan. Lalu, saudaranya kembali kepadanya dalam keadaan sakit sehingga ia sempat menyaksikan kematiannya

3. Meninggal dunia pada malam Jumaat atau siang harinyadiriwayatkan Abdullah bin Umar RA. Dia mendengar bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah siksa kubur." (HR Tirmizi).

4. Mati syahidAda lima macam mati syahid yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni disebabkan wabak (al-math'un), sakit perut (al-mabthun), karam atau tenggelam (al-ghariq), ditimpa tanah runtuh (shahibul hadm), dan syahid dalam perang di jalan Allah. (HR Bukhari dan Muslim)

Suka aku  ingatkan kita bukanlah hakim untuk menentukan baik atau tidak kematian seseorang itu. Allah yang lebih layak dan berhak. Sekali lagi jom kita semua berdoa supaya kita semua tergolong dalam golongan husnul khatimah. Amin Ya Allah.

notakakiku: Kuatkan semangat Makcik Dah dan anak2nya ya Allah.




0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails