Puasa ke 6

Thursday, July 26, 2012

Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.
Tapi aku baru dapat puasa 3 hari. Dan masih belum berpeluang untuk tunaikan terawih di masjid!
Sedih tu sedih tapi aku kena redha.

Semoga aku diberi peluang untuk sama berterawih di masjid kali ini.

Memandangkan aku tak dapat nak puasa, untuk mendapatkan pahala puasa, aku, pada setiap hari bekerja akan cuba bergegas pulang awal untuk menyiapkan menu berbuka untuk en fadel dan kak moh.

Sabda Rasullullah, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit".(HR at-Tirmizi)
Semoga Allah terima amal aku. Amin.

So far alhamdulillah aku sempat masak untuk mereka makan.
Dah tentulah dengan bantuan kakmoh kan?
Kak moh dah siap2 masak nasik. Aku balik kak moh join aku masak.

Kalau sempat aku try buat mknan sampingan.
Kalau tak smpat makan je apa yang ada.
Huhuhu.

First day puasa aku buat ayam percik. Beria kan? Saja nak meraikan bulan penuh barakah. Masak la beria sket.
Second day kitorang berbuka di rumah mak en fadel. Makan asam pedas ikan kembung. Memang sedap la. Konfem la kalah aku masak.
Puasa hari ketiga aku masak daging black paper.
Keempat aku masak gulai ikan tongkol.
Dan semalam aku masak rendang ayam.
Itu sumer lauk utama. Sayur, ikan goreng, sambal bilis dan lain2 tu kena ada jugak. Buat penyedap menu.

Gambar sori la tak sempat hamek.

Hari ni aku tatau lagi nk masak apa.
Tapi semalam en fadel request ulam.
Mane nak cari ulam ek?
Tgk lah kat kafe ade tak jual ulam.

Notakakiku: Seronok tgk orang makan masakan kita. Aiseh..kakmoh request nak puding karamel. Bleh gak buat satu. reramai bleh makan!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails