Tips Utk Ibu Mengandung di Bulan Pose!

Tuesday, August 2, 2011

Ikutkan en fadel mmg die tak galakkan aku pose. die takot anak dalam perut tak dapat zat yang sepatutnya. pastu aku keletihan dan tidak bermaya. end up yg effect anak dalam perut jugak! tapi aku rase selagi aku gagah dan mampu berpose insyaAllah anak dalam perot ni pon gagah bersama! bb mama kuatkan! kite pose sebulan ye sayang...insyaAllah!
Smalam lepas bukak pose perut aku dah sebu dah! Nak muntah je kejenye. Dgn blakang belah kiri aku sakitnye tambah ngan batuk aku yg tak ilang2 lagi tapi getting better la. so muntah tu buatkan aku bertambah letih dan penat.

So arini aku google sket tips puasa untuk ibu mengandung cam aku ni! Jom bace sesame!

Tips agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan


  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.
notakakiku: terbace satu artikel..jgn sebok nak kejarkan keberkatan dan kerahmatan bulan puasa anak dalam kandungan diabaikan. ibu mesti pikirkan yang terbaek untuk dirinya dan anak dalam kandungannya! ya Allah kuatkan diriku mengharungi bulan penuh keberkatanMu ini. amin~

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails