hantu tepung pelita is coming back!

Wednesday, August 3, 2011

walaupun bulan pose setan hantu sume kene ikat...tapi hantu tepung pelita tetap kembali.
time bulan pose ni la meriah dengan kueh tepung pelita. tapi dah 3 ari pose ni sebijik tepung pelita pon blum masuk perut aku!

smlm tgk gerai tepung pelita kat param punyalah ramai manusia!

gilak ah!

arini nekad gua nak redah cari tepung pelita!

yum yum..!!

for those yg rase tak puas beli kat param moh kite try buat sendiri nak??


RESIPI TEPUNG PELITA

BAHAN-BAHAN:
Tepung Beras
Daun Pandan (dptkan pati air daun pandan)
Pewarna Hijau (jika suka)
Santan
Gula
Garam
Air
Daun Pisang dibuat acuan 4 segi

LAPISAN BAWAH
Daun Pandan dlm 10 helai dihancurkan dgn sedikit air utk dptkan pati air daun pandan
1 cwn tepung beras + 3 cwn air + air daun pandan (kalu malas nak buat nie, cuma masukkan perisan pandan + pewarna hijau skit)
sebatikan semuanya

LAPISAN ATAS
1 cwn tepung beras + 4 cwn santan + sedikit garam (utk bagi rasa lemak)
sebatikan semuanya


CARA MEMBUAT
Dimulakan dgn lapisan bawah, dimasukkan gula 1 sudu kecil ke dlm acuan daun pisang + dimasukkan lapisan bawah (bewarna hijau) memenuhi setengah acuan daun pisang
dikukus sehingga masak & dikeluarkan
Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang & dikukus sekali lagi hingga masak.
Sudah siap & boleh le dimkn.

eh eh cam senang kan?? joms kite buat nak?! baru puas nak makan! muhahahahah~

notakakiku: smlm cari kueh jenifffer lopez tadek! sedeh!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails