ter'emo'

Wednesday, April 20, 2011

pagi tadi otw ke pejabat tetibe datang rasa sebak. smenanye sejak dari pagi aku mmg dah ter'emosi' bile dok terkenang kesah setahun yang lepas. camne susah payah nak dapatkan maisarah sorang. alhamdulillah Allah makbulkan jugak doa aku dan en fadel.

tapi aku bukan nak stori kisah maisarah. aku cume terkenang mak ayah aku je. walaupun baru je jumpe laswik tapi sangat tak puas. dah lama semenanye tak balek teganu. plan nak balek bulan 4 tapi sebab bnyk sangat cuti bulan 3 so terpaksa la aku batal niat. klu ikut plan skang aku dah kat teganu berjimba2 bersama mak dan ayah. huk huk huk.

aku tringat kesah setahun yg lepas. camne gigihnya mak ayah aku datang KL lepas dapat brite yg aku bleeding. demi anak yang menanti saat kelahiran cucu mereka, dalam usia yang orang kate dah tak bape seswai utk travel, mak ayah aku gigih jugak drive dr teganu utk sama bagi support. saat aku bertarung nyawa utk kluarkan maisarah dari perut, mak ayah tak putus-putus berdoa dari labour room. aku tak nampak tapi aku dapat rasakan. even sebelum aku masuk labour room lagi , mak ayah dah tak henti2 berdoa. sangat menyentuh kalbu!

sesudah maisarah kluar, sekali lagi mak ayah tak putus berdoa yang terbaek utk aku dan maisarah. mak pulak setiap pagi sentiasa membacakan quran ke telinga maisarah supaya die kerap mendengar ayat suci alquran. ada satu ayat dalam surah al-baqarah yang ada sebut nama maisarah. ayat tu mak slalu ulang bagi maisarah dgr. ayah aku pulak setiap kali sebelum kluar pergi masjid di subuh hari mesti datang jenguk maisarah dan berbisik sesuatu ke tlinga maisarah. aku tau ayah membisikkan kata2 nasehat serta doa yang terbaek buat maisarah.

mustahil aku bleh dapat yang lebih baek dari itu dari orang-orang lain. aku yakin hanya mak dan ayah sahaja yang mampu dan sanggup berbuat demikian. tu yang buat aku tetibe ter'emosi' di pagi hari. trasa nak terbang pulang ke terengganu time tu jugak! aku sedeh bile mengenangkan saat kelahiran kedua aku nanti mak ayah tiada di sisi kerana menunaikan ibadat haji mereka tahun ini. sape yang nak bagi aku sokongan? siapa yang nak bisikkan kata2 smangat sebelum enter labour room? siapa yang nak bacakan yassin di luar labour room sewaktu aku sedang bertarung nyawa?

tak sanggup rasanya nak hadap sorang2. kalaulah boleh aku ikut mak ayah ke Mekah nanti kan bagus! Ya ALLAH berikanlah kesihatan yang terbaek buat mak ayahku semoga mereka dapat menjalankan ibadat dengan sempurna. berikan mereka kesejanteraan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak ya ALLAH. sesungguhnya mak ayahku adalah yang anugerah yang terbaek utk kami adek beradek!

notakakiku: nak balek teganu!

1 comments:

Fadliana said...

sedih..mak dan abah kite ttp terbaikkk...xpe, mak ko akan ttp doakan dari mekah..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails