Maisarah 1st birthday

Wednesday, April 20, 2011

Maisarah,

Sedar tak sedar dah setahun umur maisarah. tau tak ape maknenye tu? Maksudnya arini harijadi maisarah!! HAPPY BIRTHDAY darling! Sori sebab mama tak buat pape celebration pon utk maisarah. bukan niat cuma kesuntukan masa. mama ngan ayah promise nanti kite celebrate sesama okey. better late than never kan sayang! satu lagi mama mintak maaf sbb tak spend arini dengan maisarah. memang mama dah niat nak cuti tapi mama dah banyak sangat amek cuti sejak mama dan kamu tak sehat 2 3 minggu yang lepas. Mama tanak orang lain pandang mama sebagai pekerja yang tak beretika. So mama terpaksa batalkan cuti mama. Maafkan mama ye sayang!

Maisarah konfem tak ingat stori yang terjadi setahun yang lepas. Let me refresh everything. Maisarah mula bagi sign a day awal dari tarikh kelahiran maisarah. Tanda2 Maisarah nak jumpe mama ngan ayah. We were very excited! Tapi of coz la mama a bit suspen. Hari tu ari isnin, cam biasa mama bangun pagi nak mandi utk pegi keje. Tengok2 mama dah mula bleeding. Tak banyak dan tak sakit. Mama bagitau ayah. Mama cakap maybe maisarah dah nak kluar. Then mama call nenek kat Terengganu, nenek advise tak payah pegi keje. Takot pape jadi kat opis susah. Ok. Mama batal niat nak g keje. Pagi tu jugak nenek dan atok serta Uncle Iman kamu datang all tyhe way from Terengganu nak bagi mama suppport.

Atok, nenek dan Uncle Iman sampai petang Isnin tu jugak lebih kurang pukul 4. Nenek dah muka glabah, die tanya mama, sakit tak? Mama jawab tak sakit pon. Tetibe nenek cakap. Lambat lagi la tu kot? Alaaa....mama mengeluh. Biar la cepat. Tak sabar nak tgk princess mama ni. Atok cakap, tak pe kite berdoa je sume selamat.

Malam tu maisarah dah makin agresif. Pukul 9malam, mama having contraction for every 15 minutes. Cik Ain called dari Kuantan cakap tak perlu pegi hospital lagi. Tunggu sakit tu datang setiap 5 minit. Ok la. Dia doktor. Die lebih arif. So mama sabar tahan sakit. Tapi yang ajaibnye mama tak rasa sakit pon. Sikit2 tu ada la tapi mama rasa sket pon tak mengganggu mama. Nenek suh pegi tido je rehatkan badan. So mama pon tido.

Bila mama sedar dari tido mama tengok jam dan mula kira sakit mama. OMG! Mama terasa sakit setiap 5 minit. Mama kejut ayah ajak pegi hospital! Mama tengok jam pukul 130 pagi. Mama pegi mandi dulu. Then ayah mandi. Pastu mama kejutkan atok dan nenek yang tgh tido bgtau yang mama nak pegi hospital. Atok nenek nak ikut. Lega rasanya hati mama masa tu sebab ramai yg bagi mama sokongan.

Sepanjang perjalanan ke hospital mama tak henti2 membaca surah Al-Insyiqaq. Mama jadi makin suspen. Mama still tak rasa sakit sangat cume perasaan suspen tu buatkan mama membisu sepanjang ke hospital serdang. Lebih kurang pukul 3.00 pagi sume sampai ke hospital. Mama register then nurse bawak mama pegi satu tempat utk cek perut dan bukaan mama. Oh yes..bukaan tu la nanti tempat maisarah nak kuar. ekekeke. Rerupenye baru 4cm. Lepas sume dah diperiksa mama dibawa ke labour room. Nurse mintak ayah amekkan baju dan pampers pertama kamu. Mama ingat lagi baju tido kaler coklat! kiut sangat. kecik je.

Mama tanya ayah dah pukul berapa? Ayah cakap kol 4.30pagi. Sebelum mama ke labour room mama jumpe atok nenek dulu. Mintak maaf dengan diorang. Mane la tau mama tak sempat jumpe diorang lepas lahirkan kamu. Mama tengok dari jauh nenek tgh bacakan yassin dan atok terkumat kamit membacakan sesuatu. Mama tau atok dan nenek tak henti2 dokan keselamatan dan kesihatan kite berdua. Masa tu mama rasa sangat touching. Bertuah mama ada atok dan nenek. Yang sentiasa bagi sokongan dan dorongan utk mama walaupun mama dah nak lahirkan kamu. Mama pegi dekat atok dan nenek dan mintak mereka teruskan berdoa utk kita, tetibe rasa terasa kelopak mata mama panas dan berair. Mama nangis. bukan sebab sedih tapi bangga sebab ada atok nenek kat sana.

Mama masuk ke labour room diiringi nurse. Time tu dah nak masuk pukul 5pagi. Ayah ada sekali masa tu. Memula ayah tak konfiden nak teman mama dalam labour room. Kalau maisarah nak tau, ayah ni takot darah. Die cepat panik klu nampak darah yang banyak. Tapi demi mama dan maisarah, ayah tutup mata je dengan sume tu. Ayah cari kekuatan utk teman kite berdua. Sayang ayah kan??! Oh ye...lupe mama nak bagitau maisarah, nurse yang iringi kelahiran maisarah tu kerek betul! Mama tak sempat amek name die ape. tapi die sangat tak frenly. Naseb baek mama dah mula sakit so mama tak amek pusing dengan apa yang die bebelkan! Mama cume genggam erat tangan ayah dan ayah asek sapu ubun2 kepala mama. Ayah cuba tenangkan mama yang masa tu sangat suspen! Mama tau ayah pon sama suspen. Tapi sebab ayah sorang yang macho so die nampak sangat kool! hehehe.

Start 530 mama dah tak tahan. Mama bgtau nurse yang mama terasa nak berak. Nurse yang kerek tu sambung bebel lagi. Datang nurse yang laen cek bukaan mama tetibe die menjerit! "Ok patient dah ready nak deliver!" Oh time tu mama tetibe kalut. Mama tak tau nak buat ape. Then datang la lagi 2 orang nurse dan sorang doktor! Lelaki pulak tu! haish! Diorang guide mama apa yang mama perlu buat. Tetibe suasana yang tenang jadi sangat havoc dan kelam kabut.

Maisarah rupenye dah tak sabar sangat nak kuar. Nurse jerit kat mama "ok puan, puan dah ready nak deliver ni. Puan kene push kuat2 macam puan berak sembelit. anak puan dah nak kuar ni" Time tu mama dah glabah. Kene push cam berak sembelit? memang nak tergelak tapi dah tadek masa nak gelak. Mama nak kosentret tolak kamu kluar. First and second round mama fail. Mama tak tau cara yang betul camne nak push kamu kluar. Ayah kat sebelah tak henti2 bagi support kat mama. Nurse kemudiannya advise mama cara yang betul. Die suruh mama pegang lutut mama dan push sekuat yang mungkin. Mama cuba lagi tapi still gagal. Sampai la tetibe nurse menjerit. "Puan, puan kene push kluar bagi abes, anak puan dah nampak rambut dah ni. Kalau puan tak buat betul2 anak puan lemas!" Dengar je perkataan lemas, ayah terus bisik kat tlinge mama, ayg kene kuat demi anak kite. mama yang dah separuh nyawa trus kembali mencari tenaga dan dengan skali push je alhamdulillah maisarah berjaya kluar dalam keadaan sehat. mama dengar maisarah menanges. mama pon sama menanges. nurse trus letak maisarah dekat dada mama. ayah pegang maisarah terus bisikkan iqamat sebagai tanda bahawa kamu dah lahir ke dunia dan itulah ayat pertama yang kamu dgr iaitu ALLAHU AKBAR!

Tepat jam 6pgi, tulah kali pertama mama pegang kamu. masa tu kamu kecik sangat. 3.4kg. mata pon blum bukak lagi. mama bisik kat ayah, anak kita bang! time tu mmg sangat touching! tak sabar nak tunjuk kamu kat atok nenek! Maisarah hanya berkesempatan jumpe atok dan nenek buat kali pertama pada jam 11 pagi. 5jam lepas kamu dilahirkan. lambatkan?! Ni sume gara2 masalah di labour room. tak payah la mama cite stori yang tak best. yang penting kamu dah lahir ke dunia dan menjadi penyeri hidup mama dan ayah.

sekarang maisarah dah setahun. jaoh lagi hidup kamu. walaupun baru setahun maisarah dengan mama dan ayah, hidup mama dan ayah jadi berbeza berbanding di awal perkahwinan kami. fokus mama dan ayah adalah lebih kepada kamu. maisarah sayang, mama sentiasa doa yang terbaek utk kamu. dalam setiap solat, tak putus mama sebut nama kamu dan kita sekeluarga. maisarah bakal menjadi kakak kepada adek2 maisarah which is mama sendiri pon blum tau bape ramai adek2 maisarah. heheh. tapi mama nak maisarah jadi sorang kakak yang bertanggungjawab. kakak yang boleh diharap. yang dapat jaga adek2 suatu hari nanti.

mama tau maisarah anak yang baek. semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kehidupan maisarah. semoga maisarah menjadi sorang insan yang solehah, beriman, bijak dan yang penting sentiasa hormatkan orang tua especially mama, ayah, atok, nenek dan nenek puchong kamu. selamat hari jadi sayang! mama sayang maisarah selamanya! muahzxs!!

Love,
mama dan ayah.

notakakiku: sedih sewaktu melangkah kluar dari rumah. terpaksa tinggalkan anak yang genap setahun arini!

5 comments:

Ummu Adnin said...

Happy birthday maisarah..semoga jadi anak solehah, bijak dan baik hati macam auntie..hehe..mmmuahhh..(kalau nak hadiah kn bagi kek..wakaka)

Nadiah said...

happy birthday maisarah!
sama2 kita sambut birthday hari ni ye....
~khaira~ ;)

Nadiah said...

Happy birthday maisarah!
Sama2 kita sambut birthday hari ni yee..

~khaira~ ;)

Nurul Affendi said...

aah kan. sama ngan besday khaira!

shaida said...

happy belated birthday maisarah..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu ye sayang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails