Insan Terpilih

Wednesday, March 16, 2011

Allah duga hambaNya dengan pelbagai cara. sama ada dugaan yang ringan atau seberat2 dugaan. ilang henfon pon sebenarnya dugaan. apatah lagi ilang orang tersayang.

MATI ITU PASTI. btol. sume orang akan rasa kehilangan. tak kira orang yang dekat dengan kita atau orang tu jaoh dan bukan sape2 pada kita. teringat entry aku yg lepas. kisah sorang sahabat yang aku langsung tak knal yang terlebih dahulu menemui Maha Pencipta.

sejak hari tu aku slalu kembali ke blog arwah dan belek2 coretan sahabat2 terdekat arwah. ternyata arwah seorang yang amazing. hanya kata2 indah dan ayat2 memuji yang diabadikan sahabat2 beliau sebagai kekuatan buat isteri arwah untuk terus yakin yang Allah terlalu sayangkan arwah.

walaupun aku tak penah knal isteri arwah atau lebih dikenali sebagai mawar@baya, tapi membaca kisah perjalanan kehidupan die buatkan aku nak kenal mawar dengan lebih rapat. membaca coretan terbaru selepas kejadian hitam tu buatkan aku percaya mawar bukan calang2 insan yang dipilih Allah untuk hadapi dugaan ini.

kejadian ni seolah2 satu signal untuk aku supaya lebih berhati2 dan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup aku. banyak dah ayat yang aku sentiasa tanam dalam hati ni supaya aku tidak akan lupa dan alpa. sekali lagi..MATI ITU PASTI dan mereka di sekeliling kita hanyalah pinjaman dunia untuk membuatkan hidup kita lebih bermakna dan lebih dekat dengan Allah.

Allahu akbar!

mmg dugaan buat mawar dan anak2 bukan suatu yang mudah tapi mereka adalah insan terpilih yang pastinya diberi seribu satu hikmah dan ganjaran oleh Allah SWT. mawar..andai kate kite bersahabat suatu masa nanti..ketahuilah bahawa kamu tidak pernah bersendirian.

notakakiku: berikan kekuatan buat mereka ya Allah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails