tak siapa tahu bila ajal kita

Thursday, March 3, 2011

sejak pagi tadi aku asek dok browse kisah kemalangan yang menyayatkan hati sahabat kepada seorang sahabat aku.
mmg aku tak kenal.
tapi ntah kenapa ati aku tersentuh setiap kali baca kisah hidup die.
maybe sebab arwah meninggalkan seorang balu dan 2 orang princess yg sangat kecik.
sorang berumur 1 lebih dan sorang lagi baru je lepas pantang.
princess yg sangat kiut daninnocent.
yang tak tahu apa sebenarnye yg terjadi kat ayah die.
sedeh...
mmg hati aku tersentuh.
lebih2 lagi kawan2 arwah bnyk yang menceritakan kebaikan arwah.
walaupun tak kenal siapa arwah ni...tapi bile aku bace catatan sahabat2nya sama ada dekat atau jauh buatkan aku cam seolah2 kenal arwah.
dari bacaan aku arwah seorang yang sangat mulia hatinya.
sebab tu orang tua slalu cakap...orang baik slalu   mati awal sebab Allah sayang dia.
mungkin ada benarnya.

bukanlah satu perkara mudah untuk isteri arwah bangun menempuh hari akan datang.
tak dapat aku bayangkan klu aku kat tempat die.
di saat anak2 masih memerlukan belaian dan kasih sayang ayah die.
hanya satu kekuatan yang luar biasa dapat mengembalikan semangat isteri dia utk terus bangkit demi anak2 tersayang.
doa aku semoga dia lebih tenang dan dapat kembali semangatnya walaupun separuh jiwanya telah pergi.

oh Tuhanku.
andai kata tiba masa aku pulak, sama ada aku yang pergi dulu atau en fadel yg dulu pergi.
wallahua'lam.
kita tatau perancangan Allah.
segalanya dah tersusun rapi.
cuma menanti saat dan detik yang pastinya akan tiba jugak.
semoga aku dan en fadel bersentiasa dalam keadaan bersedia untuk masa itu.
amin~.

notakakiku: suami dan anak2 bukan hak milik kekal kita. hanya satu pinjaman untuk melengkapkan kehidupan indah kita semata.

1 comments:

Ummu Adnin said...

siapa tahu kan???kita semua pinjaman sementara sahaja..insaf betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails