Hukum sunat bayi perempuan

Wednesday, February 16, 2011

Hukum Mengkhatan Anak Perempuan
Hukum Mengkhatan Anak Perempuan
Soalan : Ustazah, apakah hukum mengkhatan anak perempuan?

Jawapan : Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum mengkhatan / khitan. Oleh itu terdapat tiga versi pendapat, sebagaimana dihuraikan oleh Syaikh Muhammad Mukhtar Asy-Syinqithi dalam kitabnya Ahkamul Jirahah Ath-Thibbiyah wa Al-Atsar al-Mutarabbatu ‘Alaiha, ms. 161-162. Ringkasnya seperti berikut :

Pertama, khitan hukumnya wajib atas lelaki dan perempuan.  Ini pendapat ulama Syafi’iyah, Hanabilah, dan sebagian Malikiyah. [Imam Nawawi, Al-Majmu’, 1/300; Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/103; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167].

Kedua, khitan hukumnya sunnah (tidak wajib) atas lelaki dan juga perempuan.  Ini pendapat ulama Hanafiyah, Imam Malik, Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Imam Syaukani. [Imam Sarakhsi, Al-Mabsuth, 1/156; Ibnu Juzzai, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah, ms.167; Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/85; Imam Syaukani, Nailul Authar, 1/294].

Ketiga, khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan.  Ini pendapat Imam Ahmad dalam riwayat lain, sebahagian ulama Malikiyah dan ulama Zhahiriyah. [Ibnu Muflih, Al-Mubdi’, 1/104; An-Nafrawi, Al-Fawakih Ad-Dawani, 1/461, Ibnu Hazm, Al-Muhalla, 2/217].

Dari huraian di atas, nampak jelas bahawa para fuqaha menyepakati bahawa  khitan bagi perempuan disyariatkan (masyru’, iaitu mempunyai hukum syara’) dalam Islam. [Ibnu Hazm, Maratibul Ijma’, 1/157].

Memang ada perbezaan pendapat mengenai hukumnya antara wajib atau sunnah. Tapi tidak ada satu pun fuqaha yang berpendapat bahawa hukumnya makruh atau haram, atau menganggap khitan sebagai tindakan jenayah yang harus diperangi, seperti dakwaan kaum kafir dan kaum liberal dewasa ini. (Nida Abu Ahmad, Hukm Al-Islam fi Khitan Al-Banin wa Al-Banat, ms. 57; Abu Muhammad, Al-Khitan Syariah Ar-Rahman, ms. 16).

Setelah meneliti dalil-dalilnya, yang kuat (rajih) menurut kami adalah pendapat ketiga, iaitu khitan wajib atas lelaki, tapi sunnah (tidak wajib) atas perempuan.  Imam Ibnu Qudamah menyatakan, “Adapun hukum khitan, hukumnya wajib atas lelaki dan suatu kemuliaan (makrumah) atas perempuan, tidak wajib atas mereka.”  [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141].

Dalil wajibnya khitan lelaki, antara lain sabda Nabi SAW kepada seorang laki-laki yang masuk Islam, “Buanglah darimu bulu/rambut kekufuran dan berkhitanlah.”  [HR Abu Dawud. Hadis hasan. Syaikh Al-Albani, Irwa’ul Ghalil, 1/120].  Redaksi hadis “berkhitanlah” (ikhtatin) menunjukkan hukum wajib, dengan qarinah (penunjukan) bahawa jika lelaki tidak berkhitan, tidak akan sempurna thaharah-nya ketika dia membuang air kecil; sedangkan thaharah adalah wajib.

Imam Ahmad berkata, “Jika seorang lelaki tidak berkhitan, maka kulit akan menutupi hujung zakar dan tidak boleh bersih apa yang ada di sana.”  (Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 1/141).

Mengenai pensyariatan khitan perempuan, dalilnya antara lain, Nabi SAW pernah bersabda kepada para perempuan Anshar, “Hai para perempuan Anshar…hendaklah kamu berkhitan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.”  [HR Al-Bazzar. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/221].

Nabi SAW juga pernah bersabda kepada perempuan tukang khitan, “Jika kamu mengkhitan [perempuan], maka hendaklah kamu sisakan dan janganlah kamu berlebihan dalam memotong.”  [HR Abu Dawud. Hadis sahih. Syaikh Al-Albani, Silsilah Ash-Shahihah, 2/344].

Bagi yang mewajibkan khitan perempuan, kedua hadis di atas dianggap sebagai dalil wajibnya khitan atas perempuan, atas alasan kaedah usuliyah menetapkan makna perintah (amr) menunjukkan hukum wajib (al-ashlu fi al-amr lil al-wujub).  (Maryam Hindi, Khitan Al-Inats Baina Ulama Asy-Syariah wa Al-Uthaba, ms. 59).

Namun, kaedah usuliyah yang lebih sahih, makna perintah (amr) hanya menunjukkan tuntutan melakukan perbuatan (al-ashlu fi al-amr li ath-thalab), bukanlah automatik menunjukkan hukum wajib.  Yang menentukan amr itu menunjukkan wajib atau sunnah, adalah qarinah yang menyertai amr tersebut. [Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhsiyah Al-Islamiyah, 3/212].

Maka dari itu, hadis di atas hanya menunjukkan khitan perempuan adalah mandub (sunnah), dan bukan wajib. Sebab tidak terdapat qarinah yang menunjukkan kewajipan melaksanakan perintah (amr) dalam hadis di atas. Tidak adanya qarinah yang menyertai suatu perintah, adalah qarinah bahwa perintah yang ada menunjukkan hukum sunnah (mandub).  [Atha bin Khalil, Taisir Al-Wushul ila Al-Ushul, ms. 25; M. Husain Abdullah, Al-Wadhih fi Ushul Al-Fiqh, ms. 340].

Kesimpulannya: khitan bagi perempuan hukumnya sunnah, tidak wajib.

Wallahu a’lam.
Sumber: www.khilafah1924.org

Dicopy paste dari http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/2450-hukum-mengkhatan-anak-perempuan.
notakakiku: bawak maisarah sunat semalam. nak masuk 10bulan baru nak sunat. alhamdulillah semuanya berjalan lancar and she's doing juz great! anak mama hebat!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails