MAKANAN SUNNAH : RAHSIA KEBIJAKSANAAN YAHUDI

Thursday, December 23, 2010

Aku dah banyak kali baca pasal ni. Sekarang pon aku dah mula mengamalkan sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi dari orang ramai ni. Antara yang banyak bagi pengaruhaku adalah dari sumber ini yang mana aku mmg dah lama tertarik dengan cara die didik anak2 die.

So skang aku nak share ngan korang  yg mana masih blum tahu pasal benda alah ni!

Macam yang kite sume tahu, org Yahudi memang pandai-pandaibelaka. mereka golongan yg membaca dan mengkaji Al Quran, maka mereka tahu apa yg terbaik utk manusia dari Allah S.W.T tapi cam kita sume tau jugak, orang  Yahudi ni sememangnya kaum yg bongkak sombong. Org-org Yahudi, sejak dikandungkan,otak mereka diberi makanan-makanan sunnah melalui pemakanan ibu seperti yg disebut di dalam Al-Quran

APE DIE MAKANAN-MAKANAN SUNNAH?

makanan-makanan sunnah ni dah disebut pon dalam Al-Quran. Silap kite yang Islam ni baca Quran tanpa tahu penerangan di sebalik ayat tersebut. bukan nak kate orang! ni aku bgtau diri aku sendiri. maen menonong je baca. hukum hakam pon kekadang redah je. hmm...kene pertingkatkan ilmu aku  ni semenanye. camne nak ajar maisarah baca quran nanti? kan?

ok2.. meh aku bgtau contoh2 makanan sunnah ni:



1) Kacang Badam (Almond)

Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari disamping mencampurkan badam kedalam salad sayur dan buah-buahan bersama minyak zaitun..Lihat sahaja serabut yg menyerupai otak yg ada pd buah badam..ia merupakan perkhabaran Allah S.W.T kpd manusia mengenai khasiatnya.Kat malaysia ni badam mmg mahal. takpe2. tak banyak pon yang korang kene makan.amek 3 bijik setiap hari je pon dah cukup memadai.  lebih elok dimakan mentah, kerana jika dibakar, khasiatnya hilang. rasanya manis-manis..yummy!



2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda. ok2..tak yah beli kismis minda yang jual dalam kotak tu pon takpe. dulu aku kecik2 mak aku slalu bagi makan kismis cap LEGO. korang tau ak?? tapi skang dah susah nak dapat kan? ade lagi ke ek? paling best time bulan pose. aku ngn adek2 yg laen g rembat kismis yang nak buat biskut atau kek raya! wakakaka~ Kismis mmg sedap dikunyah bersama badam..ambil 7 biji sehari. insyaAllah ada perubahan!



3) Minyak Ikan

Mengandungi Omega 3 - DHA dan EPA baik utk pembentukan sel otak yg cerdas..Hati-hati memilih suplemen minyak ikan kerana ia mungkin mengandungi merkuri yg berbahaya dan ada pula yg menggunakan gelatin dari sumber yg tidak halal. seelok-eloknya. jgn dimakan bersama kapsul gelatin tersebut. minum minyaknya shj. ade jugak kot yang jual dalam bentuk liquid. try la qooqle kat mane2. dulu along aku slalu diberi minum minyak ikan kod. nak suh bagi ilang asma die. memang mujarab beb! try la!



4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan' Surah Maryam (Ayat 25-26)
telan sebiji kurma je sudah cukup nak hilangkan rasa lapar, tak caye? try la tgk! kan?



5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak.
Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)



6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati."
aku pon tak pernah try lagi habbatus sauda ni. tapi klu kat umah aku mak ayah aku mmg slalu ade stok la habbatus sauda ni. so tak dapek la aku nak describe camno rasenye. ade yang pernah rase? ape yg korang rase? tp pape pon percayalah pd khasiatnye. kan?




7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

aku memang fevret buah tin ni! klu leka mmg aku bleh abeskan sekotak! mase pantang dulu ni la yg aku makan time dok lepak berbaring tgk tv! huh~ bestnye time tu!

8) Ekstrak Daun Zaitun
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w.
"gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"

9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ni aku dah buat untuk maisarah. tapi sikit je. kene buat lagi.  Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan. Jika kesuntukkan masa,bacalah ayat 25-28 sebanyak 21 kali selepas solat subuh.

Selain bacaan surah Taha. menurut buku perubatan Nabawi dan Tabii'ie boleh lah diamalkan ayat-ayat berikut utk kecerdasan otak :

  • Zikir Ar-Rahman ( Ayat 7-40 ) 5x
  •  Surah Al- Qashash ( Ayat 51-55 )
  •  hafal Surah Al-Isra ayat 23 dan 24
  •  baca Surah Al'Alaa ( Surah 87 Juz 80 ) ayat 7&8 sebelum belajar
so cubalah. klu korang student lagi bagus korang try ni dari korang makan bende yang merapu2  yang tak tentu khasiatnye. aku dulu mase student tak sempat nak google pasal bende ni sume. tu yg kurang ariff tu! wakakak. alasan!

so tu la die antara makanan sunnah yang seelok-eloknya diamalkan oleh kita. klu agak2 korang dah tua bangka dah tak bleh nak masuk makan bende alah ni...bagi la anak2 makan. takpon adek2 kite yg tgh blaja tu makan. kan? sharing is caring!

btw... dalam blog ini die ada ajar cara nak makan keseluruhan bende kat atas tu! dengan cara mem'blend' sumer skali. terbaek gak! bleh buat jadi makanan minum petang! wakaka~ papepon..enjoy la camne cara pon korang nak! yang penting khasiat die memang terbaek !!

notakakiku: ok. aku dah lapa bile sebut pasal makan!

2 comments:

AL0nG said...

Salam..menarik perkongsian tentang makanan sunnah
Jenguk2lah page saya..
https://www.facebook.com/qasehgoldmarketing
Insha Allah memudahkan untuk mendapatkan makanan sunnah untuk anak2 dan keluarga... Terima Qaseh

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Asid Lemak Penting Untuk Kesihatan Jantung & Otak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails