Bengkak Tonsil

Tuesday, October 12, 2010

smalam aku MC sebab aku demam. bukan sebab aku terlalu penat handle majlis tunang adek en fadel. tapi sebab tekak aku sakit. atau lebih tepat tonsil aku membengkak. ekceli since laswik lagi aku dah rase sakit tekak. ala2 cam nak selesema. tapi aku abaikan je dengan minum air masak dgn kadar yg banyak. tapi sabtu lepas aku dah start rase tak sedap. badan dah start seram sejuk. kejap2 badan panas. kejap2 badan ok. aku dah agak aku nak demam.

sian mak mertua aku. las2 aku demam ari adek en fadel bertunang. so kuranglah sorang tenaga kerja. jgn cakap tenaga kerja je yang kurang. riuh rendah pon kurang sebab aku langsung tak bleh bercakap. tekak aku ni perit sangat. pagi tu jugak aku g klinik. dapat la ubat kumur ngn antibiotik. aku ni klu bab2 ubat mmg aku dah besa telan. tapi nk dijadikan storie antibiotik aku tu baunye semacam! bak kate adek ipar aku "apsal bau die cam air kencing kucing kak nurul?" gulp! mmg pon! terus aku tak tergamak nak telan. dah ler tekak ni sakit. nak telan lak ubat camtu baunye.

atas desakan en fadel dan ibu mertuaku. aku telan jugak! nak suh ubat tu lalu tekak aku mak ai! sket punye ketat! dah ler dapat rase bau yg tak sedap tu! Allah je tau peritnye aku telan ubat tu.

after a day dgn ubat tu still gak tak ilang sakit aku. mlm ahad tu demam aku makin teruk. en fadel cakap tak bleh jadik. so senin tu kitorang g klinik kesihatan puchong lak. mane tau kot2 klinik kerajaan ni bleh bagi ubat power sket. mase sampai tu mak ai! manusia ramai giler! aku tekan amek no untuk pendaftaran. beh kuang ade 100 orang depan aku! mak ai! aku dah la tak larat. nak tggu pendaftaran pon sampai 100 org! gile pe! mau nye aku mati kejung kat klinik tu.

so en fadel pon bawak la aku g klinik prebet! cek punye cek tonsil aku getting worst! dah ade lapisan putih atas tonsil yg bengkak tu! padan la aku langsung tak bleh nak telan dan bercakap! aku bgtau la aku ade dapat antibiotik. die cakap maybe ubat tu tak serasi ngn aku. so die bg ubat laen. seb baek kali ni bau die bau ubat. which means tadek la busuk giler!

so ari ni bengkak tonsil aku blum surut. tapi demam aku dah kebah sket. hopefully aku bleh buat keje ngan baek. report jpka kene anta ujung mggu ni. mati aku. mati akal je pon! huhu~

before aku off meh aku stori sket pasal tonsil ni utk pengetahuan sume.


Tonsil adalah bebola tisu limfatik yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ianya terletak pada kiri, kanan, atas dan belakang permulaan lidah.


Bengkak tonsil atau Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:

  • bakteria (perlu rawatan antibiotik)
  • virus (tidak perlukan antibiotik)
  • parasit dan fungus (ni yang jadi kat aku!)
Tanda-tanda awal jangkitan ini ialah
  • sakit tekak
  • kering dalam mulut dan bibir merekah.
  • demam
  • sakit-sakit badan.
Rawatan awal yang boleh dibuat ialah
  • berkumur dengan air garam
  • minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).
  • Paracetamol juga boleh diambil sekiranya demam berlarutan. Jangkitan akan sembuh dalam masa 4-10 hari.
  • makan antibiotik

    notakakiku: klu dah parah sangat operation je yg mampu tolong sembuhkan! so kawan2 sayangi la tonsil anda! banyakkan minum air masak!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails