Kisah Hari Semalam

Tuesday, August 3, 2010

Memang semalam saya banyak keje. Fail SSR perlu difinalisekan. Setiap dokumen perlu disemak teliti. Saya memang sibuk semalam. Dari pagi sampai ke petang. Dari report bulanan sampai ke slide SSR. Semua saya kene review balek. Untung ada assistant yang membantu. Teringan beban dan ter'release' stress di kepala. Walaupun hakikatnya jiwa dan hati bagaikan ditikam bertubi2 bila tgk ada yang goyang kaki dan ambil tak kisah dengan keriuhan dan kesibukan aku dan yang lain semalam. Hangin!
Macam biasa. Aku masih blum mampu meningkatkan production susu maisarah. Pagi semalam aku hanya mampu tinggalkan sebotol utk dia. SMS utk hasben "Bgtau ayg klu maisarah dah minum susu dia. Ayg akan balek asap". Pukul 9 aku call en fadel, "Maisarah dah bangun?" "Dia tido balek". "Ok. Klu bleh abg tidokan la dia. Bagi dia bangun lambat sket. Ayg tak sempat nak balek nih." huh. Ayat selfish seorang ibu. Mementingkan keje dari seorang yang bernyawa bernama anak.
Jam dah kol 11 pagi. aku dah perah 2 botol susu. Cukup utk bekalan maisarah sampai ke petang. Pukul 12 SMS en fadel masuk. "Bila nak balek? Susu maisarah dah abes." Aku reply "Ok. Ayg balek asap". Dok kerana leka buat keje akhirnya aku terlupe. "Ayg. Maisarah dah nges nk susu die." Gelabah. Trus capai kunci kereta dan bergegas balek rumah.
Otw ke rumah, hasben called lagi. "Katne dah?". "Caltex". "Cepat sket." Tak mampu berkata2 lagi trus tekan minyak dan memecut laju. Rasa sangat bersalah bila dah sampai rumah. Tengok muka maisarah tetiba air mata berlinang. Utk kesekian kalinya. Sowi maisarah. Mama ni selfish kan? Aku peluk2 Maisarah. Dalam hati terasa sayu tgk matanya yang seolah2 mintak simpati aku. Oh Tuhan...apa yang aku dah buat semenanye nih?
10 minit bersama maisarah memang tak cukup. Tapi apa nak buat. Keje masih banyak di opis. Bergegas balek ke opis. Pejalanan opis ke kinrara bukan lah satu jarak yang dekat. Demi maisarah perjalanan bagaikan sepantas kilat. Tapi bila nak balek semula ke opis, mulalah terasa perjalanan yang panjang.
Sampai di opis aku sms en fadel lagi. "Klu susu maisarah dah nak abes bgtau la. Maybe 2 botol tu sempat sampai kol 3 je kot." Dibalas ringkas en fadel. "Ok." Kol 3 aku text en fadel. "Susu Maisarah camne?" Reply dari dia, "Ada sebotol lagi. Dia tido tadi." Aku lega. Sumpah aku tak sempat nak balek sebab keje terlalu bnyk.
Hajat di hati memang nak balek awal. Las minit dapat call dari urusetia SSR. Slide show ada masalah. Damn! Terpaksa ubah slide. Fail SSR jugak masih ada yang perlu diedit! Tetibe plan bertukar. Terpaksa stay back sekejap utk siapkan keje. Suara dalam hati. Jgn balek lambat sangat. Sian maisarah susu die dah tadek tu. Ok.
Dapat sms dari en fadel. "Dah grak ke?". Ringkas aku jawab, "Blum." Time tu langsung aku lupa pasal susu maisarah. Sms kedua dari en fadel. "Bila nak balek?Susu xde ni." Aku tepuk dahi. tengok jam dah kol 6. Aku reply "Ok. Ayg balek sekarang." Trus capai handbag dan cabut keluar opis. Jam kat tangan dah kol 6.15. Kompem jam truk gile time ni. Dalam kete aku tak putus2 doa, ya Allah permudahkan dan lancarkan perjalanan ku.amin.
Nasib memang tak menyebelahi aku. Jalan jam teruk. Separuh perjalanan en fadel called "Kat mane?" "Bulatan kuda" "Cepat sket. Maisarah nangis ni." Series aku dengar suara maisarah menangis. Oh Tuhan. I did it again! Nak pecut dah tak mampu sbb jalan memang jam teruk. Dalam kereta badan dah berpeluh2 tringat maisarah yang menangis kelaparan mungkin.
En fadel called lagi "Katne dah?" "Baru kat petronas." "Cepat2." "Ayg cuba." Maisarah dah makin kuat menangis. Melalak lebih tepat. Sangat kuat. Aku tetiba menangis. Teruknya aku ni. Aku cuba drive laju2. Cilok sana sini. Cuba cucuk angin kete depan. Masih tak mampu memendekkan masa. Selepas hampir sejam drive dari opis aku sampai rumah. Bergegas keluar dari kete. Hanya sempat capai sebotol susu yang lain aku tinggalkan.
Masuk je rumah aku tgk maisarah tido dalam pelukan en fadel. Time tu rasa nak tikam je diri. Kenapa mama sabotaj anak sendiri??!!! Sungguh mama tak boleh maafkan diri sendiri. Aku terus panas kan susu. Capai botol maisarah. Tuang susu dan terus ke maisarah. Usap2 kepala dia. Pelok2 dia. Cium2 pipi dahi dia. Sedih. Sungguh aku sedih. Aku suapkan botol ke mulut dia. Nampak kesan air mata kat mata dia. Bulu mata dia masih lagi basah. Hidung dia kemerahan. Mungkin sebab menangis terlalu kuat. Rase nak menjerit time tu! Kenapa aku tak balek awal!!!!!!
Sowi maisarah. Sowi  sangat. Mama memang selfish! Mama memang kejam! Sian anak mama tunggu mama balek nak susu. Mama memang tak patut buat maisarah camni. Mama mintak maaf. Mama sayang sangat maisarah. Maafkan mama sayang....

mama sayang maisarah
xoxo

4 comments:

dcharmed said...

beb, aku bukan seorang ibu (yet) untuk bagi pendapat, tapi based on your stories... aku rasa kau tak perlu nak hukum diri. Dan kau juga tak perlu nak bebankan budak kecik.

Mungkin kadang-kadang rezeki tuhan bagi lain-lain, kalau kau tak dapat memenuhi kehendak, tak salah kalau kau pilih option kedua.

Selain itu, pada pendapat aku, selain daripada kau using pump to get your milk... why not kau breastfeed secara terus, walaupun sambil buat kerja, ribakan budak kecik, dan biar dia cuba dapatkan sebanyak mana dia nak. Sebelum kau gi kerja, force dia hisap susu, balik kerja force dia hisap susu.
Anyway, tu salah satu cara untuk menjana susu (aku dapat petua daripada orang tua)

Tak sedap duh, kalau kita selalu mengeluh setiap hari... tak elok. Nanti susu makin kering...

My naive 2 cents.

Nurul Affendi said...

thanzx babe sbb sudi bg pendapat. aku mmg nak bg direct feeding. masalahnye maisarah mmg tanak. mlm tadi pon aku dah try.still die tanak.
Nauzubillah. aku tanak susu makin kering. skang ni mmg aku dah sampai tahap aku bertawakkal sambil usaha mana yg aku mampu.
anyway thanzx alot adda!!
owh touching bila bukan ibu yg bg aku nasihat!!
hugs~

dcharmed said...

cuba sapukan somthing sweet so budak kecik tak rasa weird masa kau bagi direct breast-feed. Mungkin dia tak biasa... sbb dia dah selalu sgt hisap botol... :P

Dulu aku kecik2 mak aku letak sirap kononnya nak nampakkan macam darah so aku akan stop hisap susu... tapi sebenarnya sirap tu lagi menambahkan sedap minum susu! Buleehhhhh?!

Ummu Adnin said...

nurul..jangan sedih..itu cabaran nak bagi terbaik untuk maisarah..ko kena kuat..ko lebih kuat dari aku..so, maisarah akan minum susu mama dia lebih lama dari huda..

Ingat,yang penting ko try lebih perah waktu malam..try kumpul stok..kalau xsempat jugak, minggu depan time cuti, ko mesti kumpul stok..atleast dua botol..so, ko leh tenang sikit..bila asyik pikir pasal maisarah, susu, indirectly ko akan stress..directly, lebih effect pada production susu..

keep smiling, relaxs..u can do it..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails