Year End Clearance!

Tuesday, December 11, 2012

Bukan.

Ni bukan iklan shopping. Bukan jugak iklan produk kuruskan badan. Mahupun produk kempiskan perut. (walaupun aku sdg ligan mencari produk tersebut!)
Ni adalah pemberitahuan bahawa segala baucer yg menggunung tinggi kene bagi setel abes!!
Hujung tahun, bulan yg mana akauntan semua dibekukan cuti kecuali yg sedang berpantang! Heh.
Tak smpt nk update blog. Tak sempat nk g lunch. Tak sempat nak ziarah kawan2 di blog masing masing.
Tapi sempat lagi aku nk update status kat fb. Sempat lagi nk jual tshirt gaza aku. Sempat lagi nk g pejabat pos untuk pos tshirt gaza tu.
Tapi sumpah. Semua tu kene buat laju2. Tulis laju2. Jalan laju2.

Eh...rasanya Allah bg tempoh masa yang sama untuk semua makhluknya.
Pandai2 laju bagikan masa.

Yang penting. Masih sempat solat jemaah. Masih sempat dgr tazkirah. Masih sempat membaca 'surat cinta'.
Masih punya waktu yg terluang untuk Allah.
Mudah mudahan.

Notakakiku: bantu aku ya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails