#Save Gaza

Monday, November 19, 2012

Entri ehsan dari seorang sahabat Nurul Ain Hussin

Bismillahirrahmairrahim

"Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka, sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah."
( Hadith Riwayat Imam al-Bukhari )

*****

Sahabat-sahabat yang saya kagumi...
 Kita dah sama-sama mengucap syahadah. Kita dah berada dalam satu keterikatan hati.

Makanya, terasa tak kita? Awal Muharam kita disajikan dengan cuti tapi Palestin? Mereka berhujankan peluru. Kalau tak terasa ape-ape, something wrong kat iman kita. Check balik. 

Apa nak jawab bila Allah tanya kat akhirat nanti sedangkan tanah Palestin tanah umat islam, pusaka islam. Wajib ambil tahu. Seperkara lagi, kita sebenarnya berhutang dengan rakyat Palestin. Allah amanahkan mereka untuk jaga tanah umat Islam tapi ada tak sumbangan kita untuk mereka?

Mungkin kita memang tak mampu nak pergi sana dan berperang sama. 
Apa yang kita boleh buat adalah mantapkan individu Muslim dalam diri. Mengajak yang baik, mencegah yang mungkar.

Pastu, boikot? Kita cuba sedaya mungkin, jom.
Fikir-fikir semula, kita sangat mampu untuk boikot sebenarnya.

Untung kita kat sini ada pilihan untuk boikot atau tak. Saudara kita kat sana takda pilihan pun samada nak diserang atau tak. Nak menderita atau bahagia. 

"Tolonglah agama Allah. Nescaya Allah menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu."
[ Muhammad : 7 ]

Isu Palestin, isu saya, isu awak, isu dia, isu kita semua. (:

nota kaki : Israel memang silap menyangka kita umat islam takut mati. Setitis darah tumpah, seribu yang akan bangkit untuknya. Darah umat islam lebih mulia dari harta benda kita!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails