Menutup aurat untuk semua!

Wednesday, November 7, 2012


Bismillah.

Kalau ada sesiapa yang perasan atau pun tidak, sebenarnya saya sedang berjuang untuk menjadi muslim yang ohsem!
Saya mahu kelihatan cantik di pandangan Allah.
Berjuang menutup aurat dengan sempurna.

Terus terang masih banyak kekurangan.
Masih banyak yang perlu dipertingkatkan.
Masih banyak yang perlu saya ubah.

Di zaman yang serba moden ni untuk menjadi muslimah ohsem memang cabaran yang sukar.
Merenung semua pakaian lama dalam wardrobe rasanya seperti mahu mengalah.
Jeans, tshirts, blouse, kemeja...semua tersusun rapi dan masih baru2.
Tapi bila teringatkan keindahan di akhirat kelak...saya tekad!
Sekarang sedang cuba mengumpul beberapa jubah yang gojes dan stokin yang kalerful sebagai koleksi terbaru.
Tak mampu la nak memenuhkan ruangan wardrobe saya dengan pakaian baru hanya dalam tempoh sebulan dua! Setakat yang mampu.


Tudung saya masih blum capai kpi yang sebetulnya.
Begitu juga dengan lengan baju saya yang kekadang terselak menampakkan maruah saya!
Malu!
Misi sekarang adalah untuk mencari stongan yang cantik!
Ya Allah tetapkan hatiku yang sentiasa berdolak dalik ni! Amin.
Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Bantu aku ya Allah.

Lega sebab en fadel sentiasa memberi sokongan.

Pernah saya tanyakan..
"abg ok ke kalau ayg dress macam ni?"
"Tak up to date macam kawan2 abg? Diorang sume vouge!"
Jawapan mudah lagi ohsem!
"Laki diorang dapat dosa free!"
Oh en fadelku yang macho!
Terima kasih kerana memberi sokongan!


Btol! Saya tanak bagi saham neraka untuk suami saya!
Abg..kita masuk syurga sama2 ye..abg pimpin tangan ayg dan anak2! Amin.

Sebenarnya saya tidak layak dipanggil ustazah.
Tidak sama sekali.
Menutup aurat adalah tanggungjawab semua!
Bukan ustazah semata!
Kepada kawan2 yang sudi membimbing dan memberi dorongan...sokonglah saya!
Bantu saya dan pimpin saya untuk mendapat keredhaan dan cinta Allah.
Bantu saya untuk menjadi mama muslimah yang gojes lagi ohsem!

yeay!

notakakiku: sape tau mane nak dapat jubah murah sila roger ye! :)



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails