Boikoit Ke Tak?

Wednesday, November 21, 2012

Assalamualaikum.

Before cerita panjang meh sini aku sajikan korang dengan gambar2 di bawah ni:




dah banyak sangat yang mempertikaikan tindakan MEMBOIKOT dan TIDAK MEMBOIKOT produk2 US ni.
cam ni jelah Temah, Milah dan Jemah sekalian.
terpulanglah pada hati masing2 untuk buat apa juga tindakan.
sama ada nak boikot atau tak?
terpulanglah. tepuk dada tanya iman.

kalau nak boikot. teruskan boikit. boikot kerana Allah Taala.
bukan sebab nak ikut kawan. boikot sebagai tanda kita protes kezaliman Israel terhadap agama kita.
sekurang-kurangya mereka yang memboikot produk2 US ni telah menjalankan sedikit tanggungjawab dari mereka yang langsung tidak ambil peduli.
boikot bukan kerana niat untuk menjatuhkan atau menghilangkan punca pendapatan pekerja2 McD.

untuk mereka yang tidak memboikot.
takpe. masing2 punya hak dan pendapat tersendiri.
tak semestinya mereka tidak memboikot produk2 ini bermkana mereka tidak ambil kisah tentang isu palestin.
mungkin mereka punya cara tersendiri.
yang penting, teruskan berdoa kerana doa adalah senjta mukmin paling hebat!

so kesimpulannya. its ok to boikot or not to boikot.
as long as hati kita masih punya rasa ihsan dan belas terhadap mereka di sana.
cuma kekadang datang kata hati berbisik...setakat ni je ke yang mampu aku sumbangkan?
jangan bila nanti di akhirat sana Allah tanya..apa yang kamu lakukan demi menegakkan agama kamu?
terkial2 nak menjawab!
kan? nauzubillah!

notakakiku: 110 cawangan mekdi di japan dah tutup sebab kes boikot ni. kat malaysia bile lagi? agak2 kalau  sume cawangan mekdi tutup jatuh tak ekonomi mereka? mesti porak peranda kannnn? fikir2 kan lah!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails