ini harta saya

Tuesday, September 11, 2012


Bismillah.
Alhamdulillah dikurniakan seorang ayah dan ibu yang bagi saya cukup sempurna.
Kami tak kaya harta.
Mak selalu pesan biar miskin asal kaya ilmu.
Ayah juga selalu ingatkan kami supaya penuhkan dada dengan ilmu bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu akhirat juga.
Inilah harta saya.
Satu2nya anugerah terindah yang Allah bagi pinjam.
Allah dah ambil ayah.
Entah esok lusa giliran siapa.
Mungkin saya dahulu?
Wallahua'lam.
Setiap kali bertemu org ramai mak pasti sebut, inilah harta yang arwah tinggalkan utk saya.
Betapa dia menganggap kami harta dunia akhiratnya.
Bukan rumah utk berteduh.
Bukan duit pencen utk belnja harian.
Inilah dia harta bonda...kami adik beradik.
InsyaAllah selagi harta ini masih bernyawa, takkan kami sia2kan harapan ayah bonda.
Semoga kami layak digelar anak soleh.
Semoga doa kami terus sampai buat ayahanda.
Semoga bonda bahagia dengan adanya kami.
Semoga hati kami terus bersatu menuju jalan Allah.
Amin.
Notakakiku: Untung kami punya ayah seperti dia. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails