Celik Momz Sharing Knowledge: Part 1

Friday, July 20, 2012


Ramai dah tahu yang aku attend program Prof Muhaya last Saturday.

So aku nak share sebanyak mana ilmu yang aku dapat kat sana.
Tapi bukan la aku  nak sampaikan dengan gaya Prof Muhaya.
Apa yang nak disampaikan kat sini cuma point dan sedikit ulasan untuk memidahkan pemahaman kita semua.

Kali ni aku nak share satu tips yang Prof Muhaya sampaikan.
Tips untuk kekal bahagia.

"Macam mana nak hidup bahagia?"
"Kita kena bahagiakan orang dahulu barulah hidup kita bahagia."


Soalan yang mudah dengan jawapan yang sangat mudah..

Kita selalu menyangka hidup kita bahagia dengan adanya orang yang kita sayang keliling kita.
Kita menganggap kekayaan yang kita ada adalah kebahagiaan sebenar.
Rumah cantik dan  besar kita anggap itu bahagia.

Kita silap.

Kita selalu melupakan orang sekeliling kita.
Kita selalu tidak bersikap adil dengan orang lain yang bukan ahli keluarga kita.
Kita selalu lupa untuk senyum dan beri salam kepada makcik cleaner.
Kita lupa untuk berdekah kepada pencuci toilet.

Tak salah dan tak rugi langsung jika kita boleh bahagiakan mereka yang memerlukan.

Hidup lebih bermakna kita jika hidup kita dapat memanfaatkan orang lain.
Tidak perlu duit yang banyak untuk  menjadi pemurah.
Tidak perlu menjadi seorang yang kaya untuk jadi dermawan.

Satu ungkapan yang sangat aku suke.

"Saya akan dapat apa yang saya nak jika saya menolong ramai orang dapat apa yang mereka mahu"

bestkan?

Sesama kita renungkan.

Notakakiku: Hidup dan Matiku hanya untuk Allah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails