hari esok

Monday, November 28, 2011

tak sabar nak tunggu hari esok. insyaAllah bonda akan pulang ke tanahair setelah hampir 45 hari menunaikan ibadat haji. Bezanya kepulangan bonda kali ni berbanding kali pertama yang dulu adalah bonda akan pulang kesorangan tanpa ayahanda di sisi. Demi kasih dan cinta bonda, hati yang goyah redha terima hakikat bawah Allah lebih menyayangi ayahanda dan sebaik2 tempat untuk ayahanda adalah di Mekah Mukarramah.

Pastinya linangan air mata bakal mengiringi sambutan bonda tercinta. Suasana pasti berbeza. Semasa menghantar mereka berlepas ke Jeddah kami mengiringi bonda dan ayahanda. Tapi kali ni kami hanya mampu menjemput kepulangan sorang insan tercinta sahaja. Redha. InsyaAllah esok semua ada kecuali Iman yang terpaksa pulang lambat demi tanggungjawabnya sebagai pelajar. Sejak pagi lagi aku mula menghitung waktu dan hati makin tidak sabar untuk bertemu bonda. Ya Allah panjangkan umurku dan bonda dan berilah kami kesempatan untuk bertemu. Amin.

Ayah..ayah sentiasa di hati kaklang walaupun tidak pulang bersama mak. Kaklang rindu ayah. Masih lagi segar segala yang berlaku sepanjang kaklang di rumah 2 mggu sebelum ayah pergi. Kaklang tak mampu menahan rasa sedih setiap kali terpandang bucu meja. Ayah lapikkan kain pada bucu meja malam sebelum ayah bertolak ke Mekah untuk elak Maisarah terhantuk. Kaklang sedih menonton bola sebab kita sempat tonton trg vs kelantan bersama. Kaklang sedih pandang P1 ayah sebab ayah banyak cerita tentang P1. Kaklang sedih pandang meja makan sebab kaklang ada tegur ayah makan malam. Kaklang pelik tgk ayah makan malam dengan selera sebab ayah jarang makan nasi malam. Kaklang sedih tgk buku 555 ayah sebab ayah sempat listkan segala perancangan ayah dalam buku tu dan explen everything kat kaklang. Kaklang sedih tgk beg burung walit ayah sebab ayah sentiasa bercerita tentang rancangan burung walit ayah. Kaklang memang tak sangka sepanjang 2 mggu tu banyak perkara yang berlaku. andai dapat kaklang undur masa pastinya setiap saat akan kaklang penuhi dengan luangkan masa bersama.

Kaklang rindu ayah..

notakakiku: Pemudahkanlah kami melaksanakan segala randangan ayah ya Allah. amin.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails