hati yang kuat

Sunday, October 30, 2011

rindu datang lagi..
rindukan mak dan ayah.
lebih2 lgi tgk iyas membesar dan bertambah chubby.
teringat masa berpantang maisarah
tine tu mak ayah ade bersama
setiap pgi sebelum ayah ke surau mesti die cium maisarah
dan bisikkan kata2 nasehat kt tlinge naisarah.
pastinya pipi naisarah dan badannya melekat bau haruman attar ayah.
rindunya saat tu...
lepas balek dari surau ayah mesti jenguk lagi maisarah..
kali ni die dukung bawak masuk bilik.
lepas 10minit ayah keluar dgn mak.
ma pulak take over amek maisarah dan bawa maisarah ke depan.
dibacanya ayat quran dengan maisarah dipangku di ribanya.
untung maisarah..
selepas dimandikan dan disusukan..sekali lagi mak bawak maisarah ke ruang tamu dan mengaji lagi..
saat beruntung maisarah!
selama aku di terengganu itulah rutin ayah, mak dan maisarah.
rindu btol saat tu....
sangat2 rindu..

tapi kali ni iyas tak berkesempatan dan berpeluang seperti kakaknya, maisarah.
mama redha sebab mama dah tau awal yang mama terpaksa berpantang sendiri kali ni.
mmg dah direncanakan Allah kamu keluar pada watu atuk nenek tunaikan haji.
walaupun mama rasa sangat sedeh sbb atuk nenek takde tapi mama terpaksa teruskan jugak.
tapi mama sikitpon tak sangka yang iyas langsung tak berkempatan untuk kenal dengan atuk.
sampai sekarang mama rasa sangat menyesal sebab tak call atuk sebelum mama ke hospital utk lahirkan kamu.
knape mama tak call atuk dulu?
at least kalau mama call mesti atuk tau yg kamu akan lahir dalam beberapa jam lagi.
sungguh mama menyesal. knape tak diturutkan saja kata hati ketika itu.
mmg hati mama dah terdetik nak call atuk pagi tu cuma mama takot mama ganggu atuk yg sedang beribadat di mekah sana.
mama sedeh iyas...

tadi mama kemas2 baju yang berlipat.
baju2 atuk ade skali.
mama menangis lagi.
mama rindu sangat atuk..
mama tau mama dah terlambat utk buat semua perkara.
mama cuma berharap atuk tau yg same ni mama anggap atuk hero sejati mama.
mama dari kecik lagi sangat kagum dgn kehidupan atuk
hidup atuk masa kecik tak semewah dan seindah hidup kita iyas.
tapi atuk sikit pon tak pernah menyesal dgn hidup die.
malah die jadikan hidup die sebagai batu loncatan utk terus maju ke hadapan.
mama bersyukur sbb mama ade atuk.
atuk sorang ayah yang terbaek.
apa yang mama jadi sekarang adalah disebabkan atuk.
i am what i am because of you, ayah!

takde apa yg mama boleh buat sekarang.
mama dah terlambat utk cium pipi atuk.
mama dah terlambat utk cakap mama sayangkan atuk.
mama dah terlambat utk hadiahkan atuk macam2.
hanya doa yang mampu mendekatkan mama dan atuk.

ayah...kaklang sentiasa rindukan ayah. terima kasih sebab besarkan kaklang dengan baik. kaklang akan berusaha menjadi anak yg solehah yg ayah inginkan. kaklang nak doa kaklang sampai ke ayah. walaupun ayah dah tak bersama kami semua, kaklang akan teruskan segala usaha dan kebajikan yg ayah lakukan selama ini. InsyaAllah. kaklang akan jadi mak yang baek seperti yg ayah nasehatkan. kaklang akan jaga anak2 dengan baek. kaklang akan jaga rumahtangga dengan baek.

ya Allah..aku hambaMu yg lemah. aku memohon Kau kuatkan hati ini ya Allah. Kau rahmatilah roh ayahandaku. Kau terangilah kuburnya. Kau luaskanlah kuburnya. Jadikanlah kuburnya sebagai taman syurgaMu ya Allah. Kau terimalah segala amal yg telah dilakukannya. Kau ampunilah segala kesalahannya ya Allah. Kau tempatkan ayahandaku di kalangan orang yang kau kasihi, di tempat para solehin. ya Allah hanya doa yang mampu aku lakukan. aku mohon supaya Kau terima doa2ku ya Allah. Kau jadikan aku seorang anak yang solehah. ya Allah sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui segalanya. Kau adalah sebaek2 perancang. aku mohon supaya segalanya dipermudahkan. Kau sehatkan bondaku di sana. Semoga bondaku dapat menjalani ibadat haji dengan baek ya Allah. Kau terimalah ibadat bondaKu ya Allah. Amin amin rabbal alamin.

notakakiku: rindu sangat dekat mak!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails