Berikan anak yang terbaik!

Wednesday, February 16, 2011

Semua parents kat dunia ni mahukan yang terbaik utk anak2 mereka. Tapi sedar atau tak banyak parents yang tak tau pon apa makna yang terbaik utk anak2 mereka.

Terbaik bukanlah bermakna bagi semua yang mahal2 utk anak. Susu mahal. Diapers mahal. baju mahal. Mainan yang mahal2.Bukan jugak bermakna kita sediakan semua utk anak2 walaupun benda2 tu kurang digunakan.

Lately ni dalam dunia online dah bersepah2 orang jual produk2 baby. Dari perkara2 yang sememangnya penting sampailah perkara2 yang kurang pentingnya. Masa memula nak dapatkan maisarah mmg kalau boleh aku nak providekan dia dengan segalanya. Dari baby cot sampai la high chair utk die makan. Tapi bile buat kire2 utk hal2 remeh camtu..mmg tak berbaloi. Bukan kita nak berkira dengan anak tapi cukuplah sekadar yang terbaek utk anak. Lain la kalau parents tu mmg benar2 mampu dan duit tu dah tatau nak buat ape.

Bagi aku dan en fadel, kami nak anak ramai. Ikutkan aku mmg nak anak 6. tapi disebabkan faktor umur yang dah tak muda ni..5 je la kot. bayangkan klu aku dah provide macam2 utk maisarah..macam mana dengan adek2 die? sebagai parents kite kena la tunjukkan sikap yang baik. antaranya bersikap adil. klu tak..sampai ke tua anak kita makan ati dengan kita.

Memberikan yang terbaik tak limit pada barang2 yang mahal2 sahaja. Atau memberikan SEGALANYA untuk anak2 kita. Nasihat aku untuk diri sendiri dan kawan2 kat luar sana..jadilah parents yang bijak. yang dapat menilai yang mana memberikan impak terbaik utk anak2. seperti dah menjadi satu trend yang mana parents ni berlumba2 antara satu sama lain. masing2 mahu tunjukkan kehebatan dan kemampuan die pada yg lain. sedar tak sedar, tindakan kita tu sebenarnya merosakkan diri kita dan anak2.

banyak yang boleh kita buat utk mendidik dan menjadikan anak kita anak yang baik dunia akhirat. bukan semata dengan memberikan kemewahan utk mereka. kekadang kita kene fikir, anak aku adalah saham aku di akhirat kelak. andai kate aku pergi dulu...sampaikah doa anak2ku di sana nanti? hanya doa anak2 yang soleh mampu membantu kedua ibu bapanya di akhirat kelak. insyaAllah.

notakakiku: sekadar renungan buat diri sendiri.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails