Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

Friday, January 14, 2011

ni dikire aktiviti tahunan wajib oleh sumer gomen servant. perkara yang paling aku mencik ialah menilai prestasi orang! haish. aku tak reti nak bagi markah kat orang.

kepada mereka yang aku nilai...

saya cuba menjadi seorang yang paling adil. menilai kalian adalah satu perkara yag paling sukar dan perkara yang terakhir untuk saya lakukan. saya tau siapa saya dan saya tak layak menilai kalian. maafkan saya sekira markah yang diberikan tidak setimpal dengan usaha kalian dalam menjalankan tanggungjawab. apa yang saya berikan adalah berdasarkan apa yang saya lihat tanpa melibatkan emosi saya. di mata saya kalian mempunyai kekuatan tersendiri. tidak kira siapa kita, kita tetap mempunyai kelemahan kerana kita hanyalah manusia biasa. sekali lagi saya menyusun jari memohon kemaafan andai penilaian saya ini adalah salah. saya langsung tidak berniat kejam ke atas kalian. terima kasih kerana banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan saya.

akunye LNPT lak camne? hmm... pasrah je. aku tau aku siapa dan macam mana keje aku.

notakakiku: gigil tangan dan lutut untuk klik hantar!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails