Ibu Bapa mesti baca! Keburukan walker.

Monday, January 17, 2011

Ni aku hamek dari fb. member2 aku tag aku. so aku nk share la ngan korang especially member aku  ni mummy qareez.

Ketepikan Walker,Biarkan Anak meniarap

senario 1:
"Cantik walker maisarah (bukan nama sebenar), ada mainan di bahagian depannya. Inilah yg menyebabkan Syafiqah ke hulur ke hilir dgn walker pemberian neneknya." "
maisarah (bukan nama sebenar) ni br 6 bln. Kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama.Nanti dia menangis. Dia marah sbb badannya agak berat,dia tidak menjulur ke depan"

senario 2:
"Saya nak berkemas dan memasak terpaksalah masukkan dia ke walker. maisarah (bukan nama sebenar) suka duduk di depan pintu melihat org lalu lalang.Saya boleh bt kerja" ujar ibu maisarah (bukan nama sebenar) Inilah masalah yg dihadapi oleh ramai ibu di luar sana dan entah berapa ramai lagi anak-anak yg senasib dgn maisarah (bukan nama sebenar).

Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yg penting bg pembangunan fizikal dan intelek anak-anak

Dalam al-Quran surau al-Infithaar,Ayat 7-8 Allah berfirman:
"Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang,menurut rupa yg di kehendaki-Nya.Dia menyusun tubuhmu".

Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah. Penggunaan walker boleh memudaratkan anak.

Bila sudah ada walker, ibu bapa lebih bersikap membiarkan anak mereka sendirian. Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yg tidak diingin spt terjatuh dr walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yg sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak. Kita sering terlupa bila waktu kita senang.

Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera.Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dr dlm.Apa yg lebih penting ialah sekiranya anak diletak dlm walker,anak tidak berpeluang utk menjulur dan merangkak

Hakikat inilah yg perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberikan dia peluang utk berkembang dr segi fizikal dan intelektual Manfaat Anak Meniarap Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak.

Antara kebaikannya adalah :
+ Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak dr tahap 1 ke tahap 3 dan tahap 3
+ Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)
+ Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya
+ Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya
+ Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan
+ Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya
+ Membolehkan dia bergerak dgn tujuan meneroka
+ Mencegah segala masalah yg blh berlaku jika anak ditelentangkan
+ Memperkuatkan asas bg dia cpt berdiri dan menyusur
+ Meningkatkan asas bg anak memperoleh pertuturan yg baik

Di sini saya menyarankan agar ibu-ibu yg mempunyai walker di rumah eloklah disimpan saja.Walker banyak mendatangkan kesan buruk pada perkembangan anak-anak. Jika terlalu cepat dimasukkan ke dalam walker otot-otot leher yang masih lembut akan rosak. Ini merugikan anak

Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa utk mereka meneroka. Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu. Ibu-ibu mulalah lepas tangan dgn pekerjaan sehingga anak berkemungkinan anak terjatuh dr walker

Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Itulah persoalan yg ibu-ibu perlu jawab berdasarkan artikel ini.
 
notakakiku: tu sebab mama tanak belikan maisarah walker. nnt maisarah dah bleh jalan mama belikan pusher. kite jalan2 kat park ok?!

3 comments:

shaida said...

nak bt camne makcik..biskut aku leh sorokan or buang terus tp walker tue cmne?????nk sorok kt celah mane??tambah2 lagi ibu mertua ke yang "sisteer" tue...klu dieorng xde memang aku xbg pun..aku kene doa ge la nmpk nyer supaya qareez x suka duk dalam walker tue...

Yu'xan Lee said...

thanks nuruk share kan article nie, google2 gak mencari sebenarnyer.....sbb yu'xan mmg tak ber walker, daddy dia tak kasi...
tp bila org tya kenapa tak guna walker?? mummy dia tak tau nak jawap gape, ckp tak elok je la, hehehhe....

Nurul Affendi said...

setiap benda yang manusia create ni mmg ada cacat celanya. kita diberi akal dan fikiran so kita kene pandai memilih yang terbaek. kan???
sayang qareez and can can!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails