Dajjal kuar kat Malaysia ke?

Friday, November 26, 2010

artikel ni haku amek dari sini
satu fakta atau kebetulan? aku pon tatau.
tapi yg pasti ia menarik untuk diamek tau.


Seorang pengunjung blog ini menghantar emel kepada kami mengatakan bahawa pelan lokasi Midvalley, Petaling Jaya jika dilihat menggunakan Google Maps adalah berbentuk Mata Dajjal (All Seeing Eye). Pengunjung tersebut juga tidak menyatakan sumber asal maklumat ini.

Penulis blog tu pon ade wat lakaran semula bentuk ‘mata’ tersebut berdasarkan imbasan carian Google Maps.




Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, di Midvalley juga adalah tempat sebuah consultant Yahudi beroperasi iaitu APCO Worldwide yang suatu masa dahulu menjadi pertikaian di Parlimen atas sebab keputusan kerajaan Malaysia membayar RM70 juta menggunakan khidmat APCO.
Di bawah ialah alamat APCO Worldwide yang menggunakan pejabat yang sama dengan Mind Team Sdn Bhd.
Alamat : APCO Worldwide Sdn. Bhd.Level 21, Suite 21.01, The Garden South Tower, Midvalley City
Pengarah Cawangan Malaysia : Paul Stadlen
Mid Valley City dimiliki sepenuhnya oleh IGB Corporation.

Apa yang menariknya, logo Midvalley sendiri seolah-olah berbentuk mata.
macam bentuk matakan?
menakutkan kan?? btol ke ideologi freemason dah makin menular di malaysia ni?? lepas satu2 orang ramai kupaskan. sangat menakutkan. tgk masalah sosial kat malaysia ni pon haku dah nek seram. even maisarah blum sampai setahun tapi rase bimbang nak besarkan anak tu cam maisarah tu dah anak dara. nauzubillah. sampai terpikir nak jadi surirumah semata nak tgk anak2 membesar depan mata. semoga aku dan en fadel berjaya membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah.

semoga Allah selamatkan aku dan keluarga dari perkara-perkara yang tak diingini. amin~

ideologi freemason ni sangat la menghorrorkan. tapi kite tak bleh wat tatau atau tak amek pedulik langsung! klu aku ade masa dan kesempatan..len kali aku tules artikel pasal freemason ni okek!

notakakiku: Ya Allah selamatkan umat Islam Malaysia dari terus hanyut dibuai keindahan nikmat duniaMu

1 comments:

fadhilah said...

sy mmg dah sakit hati ngn mv nih! skang parking rate da makin melampau! tadek maximum rate ok! semalam je dah kena RM10. mencik! kami telah bercadang untuk menukar tmpt dating ke OU dgn parking yg lebey murah. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails