mama cekal~

Monday, August 30, 2010

ok. again. dis week production kembali menurun.
kurang 1 oz dari yg besa.
tapi bile tringat tradegi yang lepas, buat aku jadi bertambah cekal.
ingat pesan kawan2. jgn slalu mengeluh dan slalu berkata benda negatif.
insyaAllah kali ni saya akan lebih cekal.
semua kerana mahukan yang terbaek utk maisarah.

kenapa saya nak jugak breastfeed(BF) anak saya?
sedangkan saya masih ada option kedua iaitu sus formula.
ramai gak yang nasehat termasuk la MIL yang cakap..
"klu rasa susah sangat takpe la..bagi je susu tin tu. sama jugak otak budak. anak doktor pon minum susu tin"
takpe mak. slagi nurul mampu, nurul gigih usahakan yang terbaek untuk maisarah.

saya malas nak ulang stori kenaikan susu ibu pada bayi dan jugak ibu.
dalam internet dah melambak dan lately ni dalam paper dan magazine pon banyak kuar.
skang majoriti dah mula sedar akan kebaikan susu ibu ni.

Bagi baby, dia mendapat semua khasiat diperlukan sesuai dengan umurnya.
Susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi dan tiada susu formula yang mampu menyaingi kehebatan susu ini kerana ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
Ia juga membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi. Bayi yang diberi susu badan juga menunjukkan perkembangan psikomotor (hubungan antara otot dan otak) dan emosi lebih baik.
Bayi yang diberi susu badan kurang mengalami masalah alahan berbanding bayi yang membesar dengan susu formula. Penyusuan badan juga sebenarnya merangsang pembentukan rahang bayi dan mengurangkan masalah gigi berlubang.
Susu tin ni ada mengandungi gula walaupun rasanya tidak manis, dan ini sebabnya kebanyakan kanak-kanak yang diberi susu formula, terutama sejurus sebelum tidur, mempunyai masalah gigi reput dan berlubang.

Itu sebahagian daripada manfaat untuk bayi. Pada ibu, penyusuan badan mempercepatkan penyembuhan luka dan pengecutan rahim supaya kembali ke saiz asal serta menghentikan pendarahan selepas bersalin.
Dan yang penting, ia membentuk ikatan perasaan antara ibu dan anak, mengurangkan risiko berlakunya kemurungan selepas bersalin atau meroyan.walaupun masalah saya ada masalah dalam hal ni. (maisarah memang sampai sekarang tanak direct feeding!)

And the best part is...saya tak perlu susah payah menghangkut susu tin ke hulu kehilir sebab bekalan maisarah  ada pada badan saya.

saya bersyukur sebab sehingga hari ni saya mampu menyusukan maisarah dengan sepenuhnya. alhamdulillah. semoga Allah terus memberi rezeki yang banyak buat maisarah. Maisarah jangan risau ye. Walaupun stok maisarah tadek dalam fridge tu, mama akan tetap bekalkan maisarah dengan susu mama. Mama nak jadi sorang mama yang cekal. And thanzxs to en fadel selaku pendorong utama. Mama lebih cekal adanya ayah di sisi mama. Maisarah pon pendorong utama mama. I heart u both! Muahhzxss.

Kepada rakan2 yang masih terpikir sama ada nak BF bb atau tak..plz do your research first. Segala yang datang dari Allah adalah yang terbaek untuk hambaNya.

notakakiku: mama takkan give up~

1 comments:

Ummu Adnin said...

Sangat setuju! yang paling best, xperlu thermos kalau nak jalan2..bawak badan je..susu lah baby anda selagi mampu..sebab keputusan di tangan anda sendiri..yup! peranan en.suami sangat memberi motivasi..thanks to suamiku jua..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails